Monday, 28 October 2013

PANASS !!! #PRKSgLimau !! PAS MENGAKU GUNA GAMBAR SUPER IMPOSE UNTUK TIPU PENGUNDI #DunSgLimau !! @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


calon Pas sendiri edar risalah, takkan tak perasan ?

Akhirnya Pas Kedah hari ini terpaksa mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu yang telah disuperimpose untuk dijadikan bahan sebaran di Sg Limau..

Tetapi, Pas masih tidak mengakui bahawa gambar yang super impose itu dibuat oleh mereka, sebaliknya menyalahkan pereka grafik yang dilantik oleh Pas untuk menyediakan design berkenaan..

Amiruddin selaku Pengarah Operasi Pas memberitahu dalam sidang media pagi tadi, pihak mereka tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli.. Yang menghairankannya semua sumber dan bahan yang diberikan kepada syarikat pereka design itu diberi oleh urusetia Pas sendiri..

Pihak designer memasukkan segala info dan gambar yang dihantarkan oleh pihak urusetia dan setelah harga dipersetujui, syarikat terus mencetak dan membekalkan kepada urusetia..



Ini bermakna, semua bahan atau gambar yang dibekalkan itu datangnya dari pihak Pas sendiri, bukannya dari pihak syarikat pereka..Sebelum sidang media ini dibuat, khabarnya Pas mengadakan satu mesyuarat tergempar kononnya untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti siapa yang memalsukan gambar berkenaan seolah olah mahu menjatuhkan imej Pas..

Sebelum ini Pas mendakwa mereka mempunyai banyak koleksi gambar calon bersama arwah bagi membuktikan bahawa calon Pas memang akrab dengan arwah.. Tetapi sampai sekarang tak ada satu pun gambar peribadi calon bersama arwah, sebaliknya hanya ada gambar program ketika calon Pas menjadi Pengarah Pasti Kedah, dan arwah Ust Azizan sebagai MB dalam majlis yang dianjurkan..

Seperti gambar dibawah



Kalau nak diikutkan, gambar peribadi arwah dengan pemimpin BN pun ada..YAB PM DS Najib, YAB Tun Dr Mahathir, YAB DP Mukhriz pun kerap berjumpa arwah..DS Zambery pun anak didik arwah jugak..

Kalau betul betul calon Pas memang anak didik Ust Azizan, mesti ada gambar calon melawat arwah ketika sakit.. Masa awal awal dicalonkan, calon Pas si Azam ni sendiri cakap takkan guna gambar arwah.. Tapi sekarang terpaksa guna pelbagai cara untuk tarik pengundi walaupun terpaksa menipu...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive