Friday, 20 September 2013
UCAPAN PENUH @MukhrizMahathir UMUM BERTANDING NAIB PRESIDEN #MM4VP
Ucapan YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir, Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah 1730hrs 19 September 2013
Assalamualaikum WBT
Yang dimuliakan Pengerusi Majlis
Yang Berhormat Dato Paduka Ahmad Bashah Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Dato-Dato, Saudara-saudari Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Yang saya kasihi Ketua-ketua Bahagian, dan rakan-rakan yang sudi hadir bersama dari seluruh pelusuk negara (Kita berikan tepukan gemuruh)
Yang dikasihi Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-bahagian
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian-bahagian 4 peringkat
Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap Cawangan 4 peringkat
Tuan-tuan. Puan-puan, Warga Keluarga UMNO Negeri Kedah
Para wartawan dan petugas media
Anggota-anggota Keselamatan
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa penghargaan yang tinggi kepada kesemua yang sudi hadir pada petang ini. Tiada ungkapan yang sesuai dapat mengambarkan kepuasan kita untuk kembali berkumpul di rumah kita ini, Seri Mentaloon, setelah lebih 5 tahun tidak berpeluang menggunakannya.
Marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan. Dengan izinNya jualah, keluarga UMNO dapat kembali berkumpul di dewan yang kita bina megah ini. Dengan izinNya jualah, kita kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai.
Dengan kuasa politik yang sedang kita pegang ini jugalah, akan kita genggam erat amanah rakyat, memberi khidmat demi meningkatkan Syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair.
UMNO telah melalui pelbagai pengalaman. Bermulanya dengan berusaha menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam menentang pembentukan Malayan Union, beralih kepada perjuangan memerdekakan negara. UMNO telah diuji sejak Pilihanraya pada tahun 1955, kemudian melalui pahit getir perpecahan kaum pada tahun 1969.
UMNO diasak dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan, memajukan bangsa sambil terus berusaha mengekalkan keharmonian antara kaum.
Hari ini, setiap rakyat Malaysia sebenarnya telah berpeluang menikmati hasil perjuangan UMNO. Tanpa kira bangsa, agama, keturunan atau ideologi politik, setiap rakyat telah menikmati peluang untuk belajar, mengguna perkhidmatan kesihatan dan memperoleh kekayaan hasil daripada dasar yang dibuat oleh UMNO.
Kalau seseorang itu jatuh sakit, lantas dipanggil ambulans untuk ke hospital, UMNO lah yang usahakan agar perkhidmatan ambulans itu wujud, jalan yang dilalui ambulans itu juga dibina Kerajaan yang ditunjangi UMNO, hospital tujuan pesakit juga hasil titik peluh UMNO, doktor dan nurse dilatih oleh sistem pendidikan yang diperjuangkan UMNO, pendekata tiada yang berlaku dinegara kita ini yang UMNO tidak dari segi polisi Kerajaan dan perlaksanaannya. Begitu besarnya perjuangan UMNO yang tidak disedari dan tidak diiktiraf ramai. Inilah sumbangan fardu kifayah UMNO untuk seluruh rakyat Malaysia.
Namun hakikatnya, UMNO juga telah di kecam, di tentang dan di khianat. Hari ini, kita telah melihat dengan jelas tanpa selindung, anak-anak bangsa kita yang sanggup bersekongkol dengan mereka yang sejak awal menentang cita-cita perjuangan. Musuh kita jelas menghina Agama Islam dengan lantang dan berani mendesak Kalimah Suci Allah digunakan dalam kitab selain al Quran ulkarim. Mereka memesongkan fikiran rakyat dengan alasan hak asasi, keadilan dan hak kesamarataan antara kaum.
Apabila UMNO Kedah merintis usaha untuk menyekat penyebaran fahaman Syiah di negara, jelas ianya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pendokong2 ahli Sunnah wal Jamaah dari pelbagai latarbelakang politik. Malah penyokong penyokong tegar PAS dan penggiat pondok2 agama yang dahulunya lebih cenderung kepada PAS juga mulai meyakini UMNO, terus bersama kita dalam menyekat kemaraan Syiah.
Kini apabila pemimpin2 PAS di negeri Kedah ini juga tidak menyokong enakmen jenayah syariah baru yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kedah baru baru ini, jelas terbukti keberanian UMNO untuk mempertahankan kesucian Islam lah yang disambut baik oleh segenap lapisan ummat di negeri ini.
UMNO berdepan dengan mereka ini. Cita-cita perjuangan kita untuk meningkatkan syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair terbantut dengan tanggungjawab untuk melawan akidah songsang mereka. Namun, apa juga alasan dan halangan daripada puak seperti ini, tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Untuk itu, UMNO mesti pandai menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Setiap kita mesti memahami permasalahan rakyat dan merasai denyut nadi mereka. UMNO mesti terus kekal relevan di mata rakyat. UMNO juga mesti Berani Berubah!
Saudara-saudari warga Keluarga UMNO sekalian, Setiap yang kita lakukan mesti membawa maksud yang selari dengan landasan perjuangan asal UMNO. Begitu juga setiap tindakan kita sebagai pewaris perjuangan ini mestilah dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti pusaka bangsa ini. Jangan ada diantara kita yang mendahulukan kepentingan diri, keluarga mahupun kumpulan lebih dari kepentingan parti.
Saya berceloteh tentang perkara-perkara ini kerana kita semua sedia maklum akan kehadiran musim pemilihan bagi mengisi jawatan-jawatan parti di semua peringkat. Mengikut sejarah lama UMNO, inilah musim yang akan menentukan kekuatan kepimpinan orang Melayu di Bumi Malaysia ini. Inilah waktunya, jika kita tidak memelihara tindakan-tindakan kita, ianya boleh melemahkan, bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi kepada keseluruhan bangsa.
Saya amat berharap, pemilihan parti yang akan kita lalui di peringkat Bahagian dan Pusat tidak berapa lama lagi akan memberi semangat baru kepada setiap seorang dari kita. Proses demokrasi yang digunakan, jika dipelihara dengan sempurna tentu akan memberi perolehan yang terbaik untuk setiap seorang dari kita.
Dalam masa yang sama, hak untuk menawarkan diri dalam sebarang jawatan yang layak kita tandingi bukan bermaksud kita harus segera mengisi borang pencalonan. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden contohnya, layak di tandingi oleh ramai pemimpin yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tetapi, kita sebagai ahli parti yang taat setia dan insaf akan keburukan yang boleh dibawa melalui pertandingan jawatan tertinggi parti, sebolehnya menolak mereka yang kepingin menjawat jawatan tertinggi itu.
Ini adalah kerana, kepimpinan yang sedia ada adalah merupakan gandingan yang terbaik dan wajar diberikan sokongan seratus peratus. Saya dengan tegas ingin memberi komitmen Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk mempertahankan YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Jika ada pihak atau individu yang berhasrat untuk mencabar kedudukan tersebut, UMNO Kedah akan bersatu mempertahankan kedua pemimpin kita ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Negeri Kedah ini terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Keagungan Kerajaan Kedah yang tertua di Asia Tenggara dan masih kekal merupakan satu kebanggaan bukan saja bagi kita anak-anak Kedah tetapi bagi seluruh rakyat di negara ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah merupakan anak Kedah. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang anak guru yang juga merupakan anak Kedah. Mereka telah begitu banyak berjasa kepada negara dan kita berbangga dengan pencapaian mereka.
Kita percaya, kegemilangan anak-anak Kedah ini dalam mengharumkan nama negeri dan membawa kemakmuran kepada negara boleh diteruskan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada di masa kini. Kejayaan Barisan Nasional kembali memegang tampuk Kerajaan Negeri Kedah adalah bukti kebolehan dan komitmen para pemimpin kita, terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO.
Kebolehan dan daya kepimpinan mereka ini wajar diberi pengiktirafan. Mereka-mereka ini wajar diberikan tanggungjawab yang lebih besar dalam sama-sama merencana perjalanan parti kita.
Walaupun kejayaan besar yang telah kita perolehi, tentu sekali kita tidak mampu menjadikan setiap pemimpin Negeri Kedah sebagai pemimpin di peringkat Kebangsaan.
Dalam perkara itu, saya amat bersyukur dengan komitmen dan tolak ansur dikalangan Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Kami telah sama-sama duduk berbincang dan mencadangkan pemimpin diantara kami yang boleh kita ketengahkan ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO. Begitu juga, di kalangan Pergerakan sayap-sayap.
Pada petang yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil peluang untuk memperkenalkan calon-calon Majlis Tertinggi yang akan mewakili kita dari Negeri Kedah. Saya amat berharap agar kesemua mereka akan mendapat doa restu dan sokongan padu dari keseluruhan jentera UMNO Negeri Kedah.
Calon Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
i. Yang Berbahagia Tan Sri Badaruddin Ameruddin
Calon-calon Ahli Majlis Tertinggi
i. Yang Berhormat Dato’ Seri Mahadzer Khalid
Ketua UMNO Bahagian Padang Terap merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
ii. Yang Berhormat Dato’ Azeez Rahim
Ketua UMNO Bahagian Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO
iii. Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Tuan-tuan yang saya hormati dan kasihi sekalian, inilah calon-calon yang akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat pusat. Marilah kita sama-sama berusaha keras, berdoa dan memastikan agar kesemua mereka terpilih agar dapat membawa suara kita ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya mengharapkan agar setiap dari kita, keluarga UMNO Negeri Kedah memberikan kesetiaan dan sokongan kepada setiap calon ini. Boleh? Sokongan yang sama saya harap dapat diberikan kepada calon-calon dari Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda seperti yang telah diperkenalkan tadi.
Hadirin sekalian, telah berminggu-minggu saya disapa dengan persoalan apakah saya akan menawarkan diri dalam apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Sejak mula saya menjadi ahli UMNO, saya hanya berhasrat untuk menumpahkan khidmat bakti saya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Berulang kali saya tegaskan, UMNO bukanlah tempat untuk membina kerjaya atau mengumpul kekayaan. UMNO adalah wadah perjuangan bangsa. Walau sejengkal ilmu yang ada dalam diri saya, akan saya kongsikan bagi membina negara bangsa.
Saya amat gembira apabila Barisan Nasional berjaya dalam Pilihanraya yang baru lepas. Tumpuan selepas kejayaan tersebut adalah untuk mengekalkannya. Saya tidak pernah merancang untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri, jauh sekali menyusun strategi untuk menduduki kerusi Menteri Besar mahupun Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Namun sebagai ahli parti, kita harus sentiasa bersedia memikul apa juga tanggungjawab yang diarahkan.
Kita juga harus melihat kehadapan. Parti-parti lawan telahpun memulakan persiapan menghadapi Pilihanraya umum yang ke 14 dari sekarang. Di ketika itu, mungkin AI sudah tiada dalam kancah politik negara. Mungkin juga tiada LKS, NA, KS dan Haji H. UMNO akan berhadapan dengan ramai pemimpin-pemimpin muka baru yang kini ditonjolkan dan diberi tanggungjawab menggalas jawatan jawatan penting parti masing masingdan Kerajaan diperingkat negeri.
Di pihak kita, apakah persiapan yang telah kita lakukan. Apakah kita telah membuat persiapan dan perancangan strategik untuk terus memegang tampuk pemerintahan Negara. Apakah kita telah bersedia untuk meraih undi daripada lebih 3 juta pengundi baru nanti. Inilah persoalan yang paling penting difikirkan sebelum kita sama-sama membuat keputusan dan membantu pemimpin kita mengemudi parti.
UMNO juga merupakan sebuah parti yang amat bergantung kepada kesetiaan ahlinya. Pengikut dan pemimpin saling melengkapi. Sebagai pemimpin Negeri, saya juga tidak dapat tidak, mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut. Antara nasihat yang banyak saya terima ialah untuk memastikan saya terus memberi khidmat, jika boleh, ke peringkat yang lebih tinggi. Nasihat-nasihat ini, semakin menjadi sebagai satu harapan. Sebagai pemimpin, saya semestinya tidak boleh lari dari perkara ini, yang juga merupakan satu tanggungjawab.
Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya sesungguhnya menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya sekali lagi menyeru agar seluruh warga keluarga UMNO Negeri Kedah untuk bersama saya memberikan sokongan padu kepada gandingan mantap mereka berdua.
Saya juga bertegas, bahawa pemilihan UMNO adalah merupakan satu proses demokrasi bagi membolehkan ahli-ahlinya membuat pilihan. Setiap pemimpin yang ada, tentunya telah berusaha dengan penuh setia dan bertanggungjawab.
Pembaharuan yang difikirkan perlu dibuat, mesti dilakukan dengan penuh berhemah. Jangan ada keji-mengeji, tohmah atau memperkecilkan sesama pemimpin. Yang lebih penting sekali jangan sekali2 kita mencemarkan nama baik UMNO dengan amalan2 dalam proses pemilihan kita ini yang tentu akan merosakkan parti. Ingat kepada Allah yang esa dan balasan di dunia dan akhirat. UMNO mesti kekal kuat dan bersatu berlandaskan kepada nilai dan budaya yang murni.
Hadirin-hadirat warga keluarga UMNO yang saya kasihi. Setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, saya telah memikirkan apakah jawatan yang sesuai untuk saya dipertanggungjawabkan. Saya telah memikirkan kesesuaian masa dan amanah yang tinggi bagi setiap jawatan. Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia.
Saya telah menimbang perkara ini dari setiap sudut.Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali kepangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pembangunan Malaysia, Kedah yang DYMM Tuanku Sultan nya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yg DiPertuan Agong sebanyak dua kali……..
bagi pemilihan parti kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
Saya mohon doa restu dari setiap warga keluarga UMNO Negeri Kedah. Saya mohon sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi. Hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
BERANI…..BERUBAH
BERANI…..BERUBAH
BERANI…..BERUBAH
Wassalamualaikum wbt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA
Popular Posts
-
HIASAN Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.Malangnya,kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik...
-
SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan ru...
-
Selain nahas Air France dari Rio De Jenario ke Paris yang menjunam ke dalam lautan Atlantik pada 1 Jun,2009...insiden hampir dengan Mala...
-
mangsa Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank t...
-
MEMANG benar apa yang dikatakan Mona, tak sampai 10 minit, dia kembali semula kepada saya. Liuk-lentuk saya lihat dia berjalan sambil ...
-
Malu sungguh Singapore apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia p...
-
Info : (MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki ya...
-
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan sat...
-
Tatkala seluruh warga Dunia bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, ada jugak juruterbang yang lahir dari syarikat penerbangan tambang m...
-
Video ini diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di...
Followers
Blog Archive
-
►
2015
(25)
- ► 07/05 - 07/12 (1)
- ► 06/21 - 06/28 (1)
- ► 06/07 - 06/14 (1)
- ► 05/31 - 06/07 (2)
- ► 04/12 - 04/19 (2)
- ► 04/05 - 04/12 (2)
- ► 03/29 - 04/05 (3)
- ► 03/08 - 03/15 (6)
- ► 03/01 - 03/08 (2)
- ► 02/15 - 02/22 (2)
- ► 01/18 - 01/25 (3)
-
►
2014
(577)
- ► 12/28 - 01/04 (1)
- ► 12/14 - 12/21 (1)
- ► 11/23 - 11/30 (2)
- ► 11/16 - 11/23 (3)
- ► 11/09 - 11/16 (3)
- ► 10/19 - 10/26 (2)
- ► 10/12 - 10/19 (2)
- ► 10/05 - 10/12 (1)
- ► 09/28 - 10/05 (3)
- ► 09/21 - 09/28 (1)
- ► 09/14 - 09/21 (1)
- ► 09/07 - 09/14 (3)
- ► 08/31 - 09/07 (3)
- ► 08/24 - 08/31 (4)
- ► 08/17 - 08/24 (2)
- ► 08/10 - 08/17 (7)
- ► 08/03 - 08/10 (4)
- ► 07/27 - 08/03 (7)
- ► 07/20 - 07/27 (6)
- ► 07/13 - 07/20 (15)
- ► 07/06 - 07/13 (10)
- ► 06/29 - 07/06 (13)
- ► 06/22 - 06/29 (11)
- ► 06/15 - 06/22 (16)
- ► 06/08 - 06/15 (16)
- ► 06/01 - 06/08 (10)
- ► 05/25 - 06/01 (15)
- ► 05/18 - 05/25 (22)
- ► 05/11 - 05/18 (20)
- ► 05/04 - 05/11 (19)
- ► 04/27 - 05/04 (18)
- ► 04/20 - 04/27 (21)
- ► 04/13 - 04/20 (21)
- ► 04/06 - 04/13 (22)
- ► 03/30 - 04/06 (25)
- ► 03/23 - 03/30 (22)
- ► 03/16 - 03/23 (31)
- ► 03/09 - 03/16 (35)
- ► 03/02 - 03/09 (28)
- ► 02/23 - 03/02 (17)
- ► 02/16 - 02/23 (17)
- ► 02/09 - 02/16 (16)
- ► 02/02 - 02/09 (17)
- ► 01/26 - 02/02 (15)
- ► 01/19 - 01/26 (15)
- ► 01/12 - 01/19 (18)
- ► 01/05 - 01/12 (16)
-
▼
2013
(1946)
- ► 12/29 - 01/05 (18)
- ► 12/22 - 12/29 (20)
- ► 12/15 - 12/22 (15)
- ► 12/08 - 12/15 (19)
- ► 12/01 - 12/08 (24)
- ► 11/24 - 12/01 (21)
- ► 11/17 - 11/24 (23)
- ► 11/10 - 11/17 (24)
- ► 11/03 - 11/10 (28)
- ► 10/27 - 11/03 (35)
- ► 10/20 - 10/27 (27)
- ► 10/13 - 10/20 (32)
- ► 10/06 - 10/13 (33)
- ► 09/29 - 10/06 (37)
- ► 09/22 - 09/29 (32)
-
▼
09/15 - 09/22
(30)
- NAJIB MUHYIDDIN MENANG TANPA BERTANDING !!!
- @MukhrizMahathir NAIK BUKAN KERANA PENGARUH BAPA !...
- ZALIM !!! RUMAH KEBAJIKAN ANIAYA ANAK YATIM
- IKTIBAR BUAT SEMUA !! AKIBAT MENCABAR KEKUASAAN AL...
- UCAPAN PENUH @MukhrizMahathir UMUM BERTANDING NAIB...
- MCA PUN NAK ABU MAYAT CHIN PENG BAWA BALIK MALAYSI...
- DINASTI LIM TERPAKSA BERBOHONG NAK KEKAL KUASA DAL...
- TERKINI !!! @MukhrizMahathir SAH BERTANDING NAIB P...
- GEMPARRR !! MUKHRIZ UMUM CALON BERTANDING PEMILIHA...
- PANASS !! PENSYARAH SYIAH KAHWIN MUTAAH MAIN DALAM...
- TERKINI !!! MUKHRIZ DAH UMUM NAK BERTANDING JAWATA...
- ANWAR TAMPIL IMEJ BERSIH NAK BUKTIKAN DIA BUKAN PE...
- BANGSA CINA YANG BIADAP !!
- VIDEO KHAS BUAT MAT MAT REMPIT DI MALAYSIA !!!
- PAS BAHLOL !!! PAS BANGKANG PROGRAM PERKASAKAN EKO...
- @MukhrizMahathir CALON PILIHAN TEPAT NAIB PRESIDEN...
- ERPANASS !!! ANWAR CUCUK BOTOX BAGI NAMPAK JAMBU ?...
- MUFTI KEDAH BERSEDIA HADAPI TINDAKKAN KEPALA SYIAH...
- PANASS !! PEMIKIR STRATEGI DAP KATA TAK ADA UNDI B...
- #LIWAT2 !! ANWAR CIPTA KESALAHAN TEKNIKAL
- 16 SEPTEMBER !! KEMATIAN CHIN PENG DAH DIRANCANG S...
- PANASS !! DS NAJIB BERTEGAS TAK BENARKAN ABU MAYAT...
- PANASSS !!! BEKAS SUA TS SANUSI JUNID TAWAR DIRI K...
- PERWAKILAN DIMINTA BIJAK MEMBUAT PILIHAN @tunfaisa...
- BAPAK KOMUNIS CHIN PENG MATI DI BANGKOK
- KONVOI SYM PULAU PINANG REMPUH 4X4 DI CHERATING
- BILA PEMUDA PR NAK BUAT PERARAKKAN SAMBUTAN 5 TAHU...
- #BERANIBERUBAH !! AKHRAMSYAH SANUSI BERENTAP KERUS...
- PANASS !!! NIK ABDUH TAIKUN BALAK DI KELANTAN ???
- DAP PERSOAL ISMAIL TAK FASIH BAHASA PERANCIS DILAN...
- ► 09/08 - 09/15 (29)
- ► 09/01 - 09/08 (29)
- ► 08/25 - 09/01 (30)
- ► 08/18 - 08/25 (34)
- ► 08/11 - 08/18 (26)
- ► 08/04 - 08/11 (29)
- ► 07/28 - 08/04 (32)
- ► 07/21 - 07/28 (35)
- ► 07/14 - 07/21 (34)
- ► 07/07 - 07/14 (28)
- ► 06/30 - 07/07 (34)
- ► 06/23 - 06/30 (37)
- ► 06/16 - 06/23 (35)
- ► 06/09 - 06/16 (33)
- ► 06/02 - 06/09 (37)
- ► 05/26 - 06/02 (38)
- ► 05/19 - 05/26 (40)
- ► 05/12 - 05/19 (40)
- ► 05/05 - 05/12 (52)
- ► 04/28 - 05/05 (51)
- ► 04/21 - 04/28 (53)
- ► 04/14 - 04/21 (50)
- ► 04/07 - 04/14 (56)
- ► 03/31 - 04/07 (54)
- ► 03/24 - 03/31 (48)
- ► 03/17 - 03/24 (49)
- ► 03/10 - 03/17 (53)
- ► 03/03 - 03/10 (50)
- ► 02/24 - 03/03 (40)
- ► 02/17 - 02/24 (52)
- ► 02/10 - 02/17 (50)
- ► 02/03 - 02/10 (54)
- ► 01/27 - 02/03 (46)
- ► 01/20 - 01/27 (52)
- ► 01/13 - 01/20 (54)
- ► 01/06 - 01/13 (64)
-
►
2012
(2572)
- ► 12/30 - 01/06 (52)
- ► 12/23 - 12/30 (50)
- ► 12/16 - 12/23 (54)
- ► 12/09 - 12/16 (53)
- ► 12/02 - 12/09 (39)
- ► 11/25 - 12/02 (64)
- ► 11/18 - 11/25 (48)
- ► 11/11 - 11/18 (48)
- ► 11/04 - 11/11 (47)
- ► 10/28 - 11/04 (43)
- ► 10/21 - 10/28 (44)
- ► 10/14 - 10/21 (44)
- ► 10/07 - 10/14 (50)
- ► 09/30 - 10/07 (47)
- ► 09/23 - 09/30 (47)
- ► 09/16 - 09/23 (41)
- ► 09/09 - 09/16 (44)
- ► 09/02 - 09/09 (59)
- ► 08/26 - 09/02 (44)
- ► 08/19 - 08/26 (38)
- ► 08/12 - 08/19 (45)
- ► 08/05 - 08/12 (45)
- ► 07/29 - 08/05 (53)
- ► 07/22 - 07/29 (58)
- ► 07/15 - 07/22 (50)
- ► 07/08 - 07/15 (50)
- ► 07/01 - 07/08 (47)
- ► 06/24 - 07/01 (43)
- ► 06/17 - 06/24 (47)
- ► 06/10 - 06/17 (52)
- ► 06/03 - 06/10 (52)
- ► 05/27 - 06/03 (58)
- ► 05/20 - 05/27 (55)
- ► 05/13 - 05/20 (54)
- ► 05/06 - 05/13 (69)
- ► 04/29 - 05/06 (63)
- ► 04/22 - 04/29 (55)
- ► 04/15 - 04/22 (52)
- ► 04/08 - 04/15 (54)
- ► 04/01 - 04/08 (49)
- ► 03/25 - 04/01 (42)
- ► 03/18 - 03/25 (46)
- ► 03/11 - 03/18 (41)
- ► 03/04 - 03/11 (43)
- ► 02/26 - 03/04 (45)
- ► 02/19 - 02/26 (47)
- ► 02/12 - 02/19 (51)
- ► 02/05 - 02/12 (42)
- ► 01/29 - 02/05 (34)
- ► 01/22 - 01/29 (43)
- ► 01/15 - 01/22 (33)
- ► 01/08 - 01/15 (51)
- ► 01/01 - 01/08 (47)
-
►
2011
(120)
- ► 12/25 - 01/01 (31)
- ► 12/18 - 12/25 (38)
- ► 12/11 - 12/18 (20)
- ► 12/04 - 12/11 (29)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
No comments:
Post a Comment