Thursday, 27 June 2013

ANWAR JUGA LAYAK JADI P.M DI AUSTRALIA



Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Kevin Rudd atas kemenangan beliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard bagi permilihan kepimpinan Parti Buruh Australia..

Beliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard, yang berikrar untuk bersara daripada politik dalam pilihan raya akan datang, dengan memperoleh 57 undi berbanding 45 pada Rabu malam di Canberra.

Rudd, yang fasih berbahasa Mandarin, menjadi Pengerusi Parti Buruh dan bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Khamis pagi.



Timbalan perdana menteri baru ialah Anthony Albanese yang menggantikan Wayne Swan.

Sementara itu, anak kelahiran Malaysia Penny Wong, dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Senat yang menjadikan beliau ahli politik ketiga paling berkuasa di Australia selepas perdana menteri dan timbalannya.

Wong, seorang daripada ahli politik paling dihormati dan dikagumi di Australia, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah, dan menjadi peguam di Adelaide sebelum menyertai parlimen.

Kalau Penny Wong boleh dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Senat dan menjadi ahli politik ketiga paling berkuasa di Australia, takkan Anwar tak layak kot ? Anwar kan ada ramai kawan baik dan disukai oleh semua rakyat di dunia termasuk di Australia maka Anwar juga layak untuk menjadi ahli politik di sana..

Undang undang Australia tak larang orang luar cebur bidang politik disana.. Kalau Anwar rasa masih layak untuk menjadi PM, rasanya masih ada masa lagi untuk berkempen di Australia memandangkan pilihanraya akan dilansungkan pada bulan september..

Cubalah mana tau dapat jadi PM..


MTK
P.M = Pi Mampoih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive