gambar lama sekadar hiasan |
Sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Kedah telah menghantar agak ramai deligasi untuk misi Pameran di Hannover, Jerman (Hanoover, Masse)yang berlangsung dari 19 hingga 23 April 2010. Wang perbelanjaan ini ditanggung oleh rakyat yang mengharapkan kerajaan baru ini lebih berwaspada dalam menggunakan wang rakyat sebagaimana kempen-kempen mereka sebelum berkuasa.
Malangnya, ditakdirkan Allah, letusan gunung berapi di Iceland telah menyebabkan semua penerbangan ke Eropah di batalkan diatas sebab-sebab keselamatan. Pihak Penerbangan Malaysia juga turut menggantung penerbangan ke Eropah dan menawarkan pilihan untuk membayar kembali tambah penuh, menangguh kemasa hadapan atau ke Rom sebagai ganti memandangkan Rom masih belum diselubungi abuk gunung berapi.
Oleh kerana urusan pemeran tersebut adalah di Hannover, Jerman dan tidak mungkin delegasi ini sampai kesana melalui jalan darat dari Rom memandangkan semua perkhidmatan darat telah penuh ekoran pembatalan penerbangan, sepatutnya delegasi ini memilih untuk tidak pergi, dan menuntut kembali wang rakyat yang boleh diselamatkan.
Tetapi panggilan benua eropah sungguh menggiurkan. Mereka memilih untuk melencong ke Rom, dan mudah diketahui bahawa tujuan delegasi ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk tujuan melancong ke bandar pelancongan tersebut kerana tiada pameran yang diadakan di Rom.
Sedang mereka bercakap tentang amanah kepada rakyat, mereka pula yang gunakan wang rakyat untuk tujuan melancong, sedangkan wang tersebut patut didapatkan kembali daripada Malaysia Airlines. Begitu juga dengan penempatan dihotel yang sepatutnya dibuat di Hannover, telah ditukar ke Italy untuk memenuhi nafsu melancung pemimpin PAS.
Disebabkan aggapan bahawa Ustaz Azizan selalu tertidur, maka ada kemungkinan Ustaz Azizan juga tidak menyedari perkara ini, malah tanpa pengetahuan mendalam, Ustaz Azizan akan jadi tukang nafi dan tukang taichi.
Rakyat bolehlah melihat betapa amanah dan betapa prihatin mereka ini kepada rakyat dan wang rakyat. Inilah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, iaitu perjuangan makan angin ke Rom.
Baca selanjutnya
No comments:
Post a Comment