Friday, 19 April 2013

PANASS !! BAPAK MB, ANAK EXCO TU PUN KALAU MENANG LAAA




Sekarang terjawablah sudah apa yang tersirat di sebalik kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini beberapa kali menyatakan kesungguhannya untuk bertanding pilihan raya sehingga akhir hayatnya.

Ia tidak hanya berlegar pada sifat kemaruk Nik Aziz pada kuasa dunia seakan mahu bertongkat langit sampai mati, sebaliknya mempunyai maksud lain juga melibatkan kepentingan darah dagingnya sendiri.

Apa lagi kalau bukan untuk memastikan anak lelaki kesayangannya, Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat benar-benar terjamin kedudukan dan tempat selamat untuknya sebagai calon rasmi PAS dalam PRU-13.



Bagi Nik Aziz legasinya perlu diteruskan untuk itu walau dalam keadaan sakit dan sering jatuh pitam keletihan hatta nyawa di hujung kerongkong pun akan digagahkan jua bertanding dalam PRU-13.

Tanpa pengaruh Nik Aziz sukar untuk Nik Abduh mendapat tempat dalam parti apatah lagi diangkat mewakili PAS dalam PRU-13, tapi memandangkan batang tubuh Nik Aziz masih menguasai PAS maka mudahlah mencipta ruang untuknya melakar masa depan politik.

Mengikut pengumuman rasmi PAS, Nik Abduh akan diletakkan di Parlimen Pasir Mas meskipun sebelum ini anak MB Kelantan itu sudah disahkan tempatnya di Parlimen Rantau Panjang, sebuah kawasan selamat kerana ia merupakan kubu kuat PAS.

Kawasan Parlimen lain termasuk Pasir Mas langsung ditolaknya mentah-mentah malah kurang disenangi Nik Aziz sendiri kerana tahu ia berisiko tinggi dalam keadaan semarak Gelombang Merah sedang menghakis pengaruh PAS tika ini.

Tapi senario berubah dan tak semena-mena timbul semula kejantanan Nik Abduh untuk beradu nasib di Pasir Mas setelah wujud kemungkinan pertarungan tiga penjuru di situ melibatkan calon BN, Che Johan Che Pa dan calon Bebas, Ibrahim Ali.

Berbunga riang hati Nik Abduh sama seperti ayahandanya, Nik Aziz yang kelegaan kerana menjangkakan kerusi Pasir Mas hampir pasti milik putera politiknya. Jangan terkejut, selepas ini kempen PAS akan banyak tertumpu di Pasir Mas demi memastikan kemenangan Nik Abduh.

9 comments:

terjuntiruk said...

Ayah menteri besar,anak exco,menantu yg dipertua majlis bandaran...lengkap kelantan darul nik aziz.

Anonymous said...

Bn dan bebas bertarung sama...nampak macam pas yg boleh menang..ada komen dari yg lain?

Anonymous said...

UMNO Pasir Mas akan kalah pru 13 krn calon UMNO ialah Che Johan tidak setanding dengan anak Nik Aziz. Hanya Ibrahim Ali sahaja yang mampu dan setanding mengalahkan anak Nik Aziz di Pasir Mas. Undi BN akan pecah dua iaitu Che Johan dan Ibrahim Ali sekaligus memberi kemenangan pada pas. Jadi Najib mesti selesaikan perkara ini segera sebelum penamaan calon 20/4.2013

Anonymous said...

parlimen pasir mas kena ikut cara di parlimen Gelang Patah iaitu Ibrahim Ali(UMNO) VS Anak nik aziz(PAS)


Dengan cara ini UMNO boleh menang di pasir mas

Anonymous said...

kami org pmas takkan mahu abdooh mewakili kami. Jalan dalam kampung kami pun dia tak tahu, inikan nak jadi wakil...Piraah....MABUK KUASA!!

Anonymous said...

Saja nk tanya...... Mahadet dok pulun kempen nk bg Mukhriz menang x pa pulak???

Anonymous said...

Tun M bertanding PRU ni ka macai?? Tun M jadi PM ka la ni??

Anonymous said...

Memang dia x bertanding dan x jd PM macai woi tp dia dok pulun bg anak dia jd MB Kedah... Itu pun x nampak ma wahai macai???

Anonymous said...

Support tak boleh ka,..masa che det jd pm, anak dia tak tanding politik lg, tp niki dan abduh sm2 tanding,,,parti anak beranak la..dulu cakap nepotisme tak boleh,,la boleh pulo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive