Saturday, 2 March 2013

PANASS !! LAGI BUKTI KAITAN ANWAR TERLIBAT DALAM PENCEROBOHAN LAHAD DATU ?!

 
Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro.

Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkanserangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.



 

Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.

   

 Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah. Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.


   

Malah pihak perisik Filipina dan juga Laporan dari REUTERS sendiri mengesahkan bahawa terdapat penglibatan pihak pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim didalam krisis di Sabah tersebut. (BACA SINI) Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri.

Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu. Cuba teliti gambar lelaki dibawah ini yang mengepalai kumpulan yang mendakwa mereka merupakan Tentera DiRaja Sultan Sulu di Lahad Datu...

 

Dan juga gambar lelaki yang berdamping dengan Nur Misuari didalam MNLF sebelum ini.. Adakah ianya pelanduk dua serupa atau lelaki berkenaan adalah orang yang sama?

 

 Ini membuktikan penglibatan pihak tersebut dengan krisis di Lahad Datu sekaligus mengaitkan Anwar Ibrahim serta Pakatan pembangkang berikutan hubungan baiknya dengan Nur Misuari.

Tambahan pula untuk apa Anwar mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MNLF tersebut hanya beberapa bulan sebelum krisis bermula jika tiada sebarang agenda yang dibincangkan?

Dan mengapa Anwar beria-ia menafikan perjumpaan tersebut setelah didedahkan oleh media antarabangsa sebelum gambar pertemuannya didedahkan kepada umum?
 Sumber : MPP Online

4 comments:

Afghan Warrior said...

mad kutty n the geng yg creat kes lahad datu...tujuan nak haruharakan nagara bg jadi dharurat utk mengekalkan kuasa ameno/bee end...nak tutup project ic ameno di sabah geng kiram ni selalu dok minum tea dgn ceo san meguil ltd. philiphino...nak kenakan DSAI...matlaamat depa semua nak halalkan cara

Anonymous said...

Gambar orang yang dalam bulatan,adalah uztaz khabir.komander MNLF di JOLO.bukan ketua penceroboh di lahad datu.

Anonymous said...

Kuat kabel kenal org MNLF nih? Ada sedara kot kat sana atau ada direct contact utk dtg malaysia kasik huru hara...? Bila kata Anwar punya hal, cepat je cacai2 PR ni pertahankan....Tian Chua punya komen tu valid sgt la tu...? Bila jadik insiden sandiwara UMNO...Anwar jumpa Misuari tu buat apa...? Nak bincang pasal apa? Misuari ada kuasa ke kat Filipina yg bole nak dibincangkan? Jaga baik kawan....jgn sampai makan diri hanya sbb nak perubahan keparat Anwar...

Anonymous said...

Anwar dan pembangkang buat huru hara di Malaysia untok kuasa dan harta.Penganas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive