Aku tak tau nak mula macamana bila baca kenyataan Anwar berhubung dakwaan akhbar manila times dan reuters..
Anwar kata media media Umno/BN tulis dia jumpa dengan sultan sulu...hahaha..Nampak tak putar belit Anwar kali ni..Dia tuduh semua media, blogger pro kerajaan tak reti beza antara misuari dengan sultan sulu..Takdak satu pun media ataupun blogger pro kerajaan tulis Anwar jumpa Sultan Sulu.. Semua tulis gambar Anwar dengan Misuari..
Kalau la aku ada kat situ, nak ja aku bagitau kat dia, ingat blogger blogger pro kerajaan ni bodoh macam blogger cacai pakatan ka.. Beza MILF dan MNLF pun blogger cacai tak tau.. 2 hari lepas lidah bewak rasmi Pas kata Ebrahim Murad Al Haj yang tandatangan proses pendamaian adalah sultan sulu.. Padahal itulah pemimpin MILF yang bersungguh sungguh mahukan pendamaian antara bangsamoro dan kerajaan Filipina hasil daripada kerjasama kerajaan malaysia..
Bukan macam misuari pemimpin MNLF yang lebih cenderung kearah kekerasan dan peperangan seperti apa yang terjadi di Lahad Datu sekarang.
Persoalan yang anwar tak mampu jelaskan setakat ini adalah intipati perjumpaan beliau dengan Misuari.. Kenapa masih merahsiakan?? Apa janji Anwar kepada Misuari (wakil sultan sulu) kalau pakatan berjaya kuasai sabah?? Pekara ini anwar perlu jelaskan dahulu seperti apa yang didakwa dalam portal Filipina..
Kalau lihat artikel aku pagi tadi, Anwar dah sebut Sabah akan hilang dalam setiap ceramahnya semalam 4 bulan berturut turut dari bulan Disember hingga kini.. Malah sewaktu Jelajah pakatan di Sabah, Anwar juga menyebut untuk merdekakan Sabah..
Apakah maksud Anwar untuk merdekakan Sabah dulu telah berlaku di Lahad Datu sekarang??
Setelah bertegas dan menafikan pembabitannya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.
"Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?" ujar Anwar pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan semasa di Lahad Datu, Anwar menyifatkan tindakan kerajaan segera menggunakan seluruh kekuatan yang ada dengan menurunkan pasukan tentera dan polis selaras dengan desakan perikatan pembangkang itu semalam.
"Kami tidak menentang Sulu tetapi kami menentang sekumpulan penceroboh yang bersenjata," tegas Anwar lagi.
Menurut Ketua Umum PKR itu, pihaknya tetap mahukan rundingan meja bulat antara Pakatan Rakyat (PR), Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bagi membincangkan insiden yang sudah meragut lapan nyawa satria negara.
"Setakat ini mereka belum ada jawapan, biasalah," kata Anwar.
Anwar juga memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.
"Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi.
"Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu," ujar Anwar lagi.
Tambahnya, media yang bebas dan mahu mengimbangi pemberitaan mereka malangnya tidak berlaku di Malaysia sepertimana di TV3 dan Utusan Malaysia.
TV3 dan Utusan berhadapan saman masing-masing RM100 juta jika gagal mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan Anwar dalang insiden di Lahad Datu.
5 comments:
Kalau Orang Sulu 'takeover' itu bukan maksud Sabah merdeka, itu makna Sabah dijajah.Rationale kamu tak munasabah
Runa
tgok betapa bijak dan liciknya anwar yg berkelulusn ijazah bahasa mnggunakan kata2.
meskipun sudah jelas gambar itu dia jumpa misuari, tapi dia masih gunakan perkatan 'sama ada' dlm sidang medianya utk menimbulkn persepsi dan keraguan seolah2 dia mungkin ada jumpa misuari atau tidak. padahal dia mmg ada jumpa bdasarkn gambar.
then dlm masa yg sama pula dia kata bhw org sangka yg misuari itu sultan sulu sdgkn mmg apa yg disebarkn dlm media dan blog, myatakn yg dijumpa anwar adalah misuari bukan sultan sulu.
licik mmg licik. sbb itu dia selalu menang dlm saman krn pandai manipulasi kata2 dan hujah meskipun jelas dia salah.
Lain kali jgn pilih org belajar bahasa main politik.dia ni hanya pandai berkata2 kerja tak tahu.
brp la sgt umngok bayo ko nk cacai ni? pastu duit tu lak ko bagi makan anak bini ko? betul la ko ni xde hotak!
oi bahalol!!! kan lagi elok ko keje kayuh beca..halal 100% dari ko menyebar dakyah yg ko sendiri pun x tau betul ke x betul???!!!
x tau la nk ckp...
astagfirullahhhhhhhhhhh...
Post a Comment