Info : (MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnyabersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).
Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datusekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasilekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.
Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... WaAllahualam..
4 comments:
Sultan Sulu baru terjaga dari tidur yg baginda telah dibuai oleh mimpi2 indah termasuk mimpi mahu menjadikan Sabah negeri dibawah jajahan taklok baginda. Udah terlambat tuanku lebih baik dok diam2 terima jelah RM5,300/- itu sebagai gaji bulanan tuanku. Ampun Tuanku
Nak dikatakan kesultanan pernah memerintah sabah pun sebenarnya tidak benar kerana pemerintahan tersebut bukan secara mutlak kws pantai barat sabah masih di bawah kekuasaan brunei sementara kws pedlamn masih ditadbir secara kesukuan. Ini bermakna pemerinthn kesultanan sulu hanya tertumu do kws pantai timur shj. Jadi apa asas tuntutn kesultanam sulu ke atas sabah...
'MEMERINTAH SABAH' itu tidak benar , itu perkataan yang tidak tepat samasekali,
a] bukan seluruh negeri sabah diperintah atau milik kesultanan sulu, hanya pada kawasan kecil iaitu pesisir pantai dari sandakan [bukan seluruh sandakan] hingga tungku dan lahad datu, [hanya sebahagian kecil dalam kawasan tersebut]
b] kawasan pedalaman atas dan bawah tidak pernah dimiliki sesiapa , kawasan Ranau , Tambunan hingga keningau dan sook hingga Nabawan , Tamparuli, Kudat, Kota Belud , adalah free ..
c] kesultanan sulu kini hanya tinggal nama, dalam perlembagaan filipina tiada istilah sultan sulu, tiada dalam dunia ini mengiktiraf kesultanan sulu kini .
d] sultan kiram melantik diri sendiri sebagai sultan, dalam rumpun keluarga kiram sendiri tak iktiraf .
Go org2x sabah pertahankan sabah,sabah milik kita bukan sultan sulu.
Post a Comment