Tuesday, 4 December 2012

ANWAR PERKENAL WATAK HERO TAMIL SEMPENA #PAU2012 DAN PRU13 ?




CERITA Deeepak ni sebenarnya bukan susah sangat nak faham. Plot sebenarnya satu je, nak burukkan Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah, UMNO dan kerajaan. Selain nak hidupkan semula kisah Altantunya yang semakin pudar dari hari ke hari.

Kisah sebenarnya cerita Deepak ini ialah masalah dia dengan Raja Ropiaah, berhubung pembelian tanah, itu sahaja, tak lebih tak kurang.

Apa kaitan lain yang cuba ditimbulkan pembangkang adalah kaitan yang dibuat-buat, contohnya mengaitkan kes Deepak ni dengan pembunuhan Altantunya, takde kaitan pun. Begitu juga tindakan mengaitkan kes Deepak ni dengan NFC, pun sama, takde kaitan langsung.

Pembangkang sengaja tokok tambah nak bagi panjang cerita yang sebenarnya pendek saja. Pokok pangkalnya yang semua orang perlu tahu, ini soal jual beli tanah antara syarikat Deepak dengan Raja Ropiaah.



Yang jadi fancy pada cerita ni ialah tindakan Deepak cari pembangkang untuk beri tekanan kepada PM sebab PM tidak mahu masuk campur dengan urusan perniagaannya dengan Raja Ropiaah. Buktinya ada pada surat yang ditulis syarikat Deepak kepada Perdana Menteri yang memohon campur tangan, tapi tidak mendapat perhatian pemimpin ulung negara tersebut.

Inilan masalah perniagaan, apa pulak kepentingannya untuk Perdana Menteri masuk campur? Selesailah sesama sendiri, kalau masih tak selesai juga, pergi mahkamah, selesai masalah.

Kenapa mesti nak tulis surat minta PM masuk campur?

Sudah tentu dalam hal ini, “cap jari” Anwar ada di mana-mana. Yang paling menonjol ialah peguam yang dicari Deepak untuk membantunya (sebagai ganti menyebarkan cerita tak baik mengenai Rosmah) bernama R. Sivarasa, Naib Presiden PKR, yang juga orang kuat Anwar zaman berzaman.

Ada banyak peguam dalam Malaysia yang boleh dicari Deepak, tapi bila Sivarasa juga yang dipilih, dalam masa yang sama Deepak bercakap tentang Rosmah, PM dan Altantunya, kita tahu dah ini semua bukan kebetulan, tapi drama yang diarahkan oleh seorang dan seorang sahaja – Anwar Ibrahim.

Mengaitkan pembunuhan Altantunya itu sendiri adalah “cap jari” Anwar yang paling nyata. Kita perlu ingat, Altantunya dan Scorpene adalah 2 kisah yang langsung tak berkaitan dengan Perdana Menteri, tapi seboleh-bolehnya nak diadakan juga kaitan oleh Anwar.

Dah merata dia pergi cuba menghidupkan cerita ini balik, tapi sapinanya kononnya dah dikeluarkan kepada Perdana Menteri dan individu tertentu, tetap tak nampak, perbicaraan yang dikatakan sedang berlangsung di Mahkamah Perancis itupun, rupanya tidak wujud.

Inilah hati busuk Anwar, tak habis-habis nak mereka cipta cerita untuk memburukkan Perdana Menteri dan keluarganya. Datang pulak peniaga karpet terdesak macam Deepak, umpama bulan jatuh ke ribalah.

Tapi Anwar lupa, kita dah bersedia lama. Nama Rosmah timbul je, kita tahulah apa nak buat. Cari taktik lainlah Nuar ooi…

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive