Sunday, 28 October 2012

JUAL GORENG PISANG TEPI JALAN LEBIH UNTUNG DARI PROJEK BALAK DI PAPUA !!




Dasar Kerajaan PAS Kedah: Labur Dulu, Kaji Kemudian

Apabila mendapat tahu bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam menjawab mengenai pertikaian pelaburan Kedah Corp Berhad (KCB) yang hangat diperkatakan, saya lekas-lekas mencari penjelasan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Bukan apa, saya nak tahu sangat apakah alasan yang akan diberikan oleh Azizan tentang pelaburan antarabangsa yang ditandatangani selepas PAS mengambil alih Kedah dari tangan BN.

Khabarnya, PAS sangat “hebat” berniaga. Kalau tidak, takkanlah Kohilal begitu pesat “maju” dan mencatat “keuntungan” berlipat ganda.

Meneliti jawapan Menteri Besar Kedah itu, saya dapati penjelasan yang diberikan melayakkannya untuk saya “bakul sampahkan” saja jawapan itu.



Kata Azizan, pelaburan yang dibuat KCB itu dilakukan tanpa persetujuan pihak Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan Kerajaan PAS Negeri Kedah dimana tiada kajian dijalankan mengenai pelaburan tersebut.

Menteri Besar itu memberitahu bahawa setelah pelaburan bernilai ratusan ribu ringgit itu ditandatangani, barulah kerajaan pimpinannya tahu mengenai pelaburan tersebut dan kajian teliti telah dijalankan mengenainya.

Hasil dari kajian tersebut, barulah mereka tahu bahawa pelaburan itu berisiko tinggi dan agak merugikan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah tersebut dan menggesa agar perjanjian serta projek tersebut dibatalkan segera.

Azizan mempersalahkan pihak pengurusan KCB dan dia selamba menyatakan bahawa kerugian RM6.4 juta yang ditanggung itu adalah merupakan asam garam dunia perniagaan, terutamanya berkaitan soal pelaburan.

Berkali-kali saya ulang baca penjelasan Azizan Razak itu, namun setiap kali membaca, saya tidak jumpa satu perkataan “maaf” atau “ampun” dari pihak Kerajaan PAS yang mentadbir negeri Jelapang Padi itu.

Justeru itu saya menyimpulkan bahawa Menteri Besar itu langsung tidak rasa bersalah meskipun kepimpinannya telah menyebabkan jutaan ringgit wang rakyat Kedah hilang begitu saja.

Jelaslah di sini bahawa rakyat Kedah kini memiliki seorang Menteri Besar yang bongkak dan angkuh kerana enggan meminta maaf meskipun telah melesapkan wang mereka.

Saya tertanya-tanya, dari jawapan yang Azizan berikan itu juga, ia jelas menunjukkan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah mengamalkan dasar “melabur dahulu dan kaji kemudian pun tak apa”.

Ertinya, beri duit dulu kepada kontraktor, dan kemudia barulah Azizan dan konco-konconya berfikir dan mengkaji sama ada pelaburan itu menguntungkan atau sebaliknya.

Pada saya, ini adalah pertama kali saya mendengar sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar yang sangat-sangat “loqlaq” dan merugikan itu.

Setelah menyedari bahawa tindakan KCB yang bernaung di bawah MBI itu melakukan pelaburan yang merugikan wang rakyat, Azizan tampil dengan “muka sepuluh sen” mengharapkan rakyat Kedah memahami tentang RISIKO PERNIAGAAN.

Siapa yang bertanggungjawab meletakkan risiko tinggi terhadap pelaburan yang menggunakan wang rakyat itu? Budak tadika PASTI, kah?

Sepatutnya, sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sepenggal, Azizan dengan rendah hati meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana telah menyebabkan wang jutaan ringgit milik mereka lesap atas ketidakcekapannya mentadbir.

Azizan sewajarnya mengaku bahawa dia tidak bijak mentadbir urus wang rakyat dan selalu “tidur” berbanding mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sebagai Menteri Besar yang menaungi semua agensi di bawah Kerajaan Negeri, Azizan wajib bertanggungjawab atas segala perancangan pelaburan di dalam pentadbirannya dan tidak meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pihak yang ditugaskan.

Misalnya, apakah wajar seorang ahli perniagaan menyerahkan segala urusan perniagaannya kepada orang bawahan sedangkan dia sebok naik turun pentas ceramah dan tidak mengambil tahu langsung mengenai soal perniagaannya.

Kalau orang bawahannya tipu wang syarikat dan urusniaga yang dijalankan syarikatnya itu merugikan, bagaimana? Wajarkah seorang “boss” bersikap lepas tangan dan menyalahkan orang bawahnya jika ada masalah yang timbul?

Justeru itulah saya terus “bakul sampahkan” saja jawapan yang Azizan berikan. Ingatkan jawapannya “powerful” dan sukar disanggah. Rupanya Azizan juga memiliki IQ yang lebih kurang serendah Mahfuz Omar juga.

Mungkin para pemimpin PAS di Kedah ini ditakdirkan memiliki otak dan tidak punya akal, kot?


MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive