bloggers1united.blogspot.com |
Memang perit untuk menjadi blogger pro-UMNO/BN. Masa mula-mula berblog dulu, semuanya berjuang atas kapasiti nak bantu UMNO. Ada yang beri kritikan membina terhadap UMNO dan ada pula yang marah pada UMNO.
Lepas tu, bila UMNO dah makin berubah dan kuat, blogger-blogger pro-UMNO/BN makin lega. Ramai yang bersatu hati menyokong satu-satu agenda kerajaan. Mulalah ada grouping.
Bila dah ada grouping, mulalah berpolitik sesama blogger. Ada yang macam tu dan ada yang macam ni. Ada yang berbayar dan ada yang masih tidak berbayar. Dan yang paling pasti, masih ramai lagi bloggers yang berjuang demi Alif, Ba dan Ta.
Tidak dinafikan bahawa wang memang penting untuk blogger bergerak. Namun malang, kerana wang jugalah blogger pro-UMNO/BN berpecah, bergaduh dan sebagainya. Ada yang tuduh group itu dan ada yang tuduh group ini.
Macam-macam berlaku dan tak payahlah diceritakan di sini. Kalau nak cerita, setahun pun tak habis.
Jadi, aku rasa terpanggil untuk menyatukan blogger-blogger pro-UMNO/BN di seluruh negara untuk disenaraikan di main blog ini. Dan syarat utama untuk tersenarai di sini ialah...
BLOGGER TERSEBUT PERLU UNTUK MENINGGALKAN SEBAGAL KEPENTINGAN PERIBADINYA, TERUTAMANYA BERHUBUNG SOAL WANG.
Antara syarat lain untuk tersenarai di sini ialah...
1. Bersatu dalam apa jua hal isu bagi mempertahankan UMNO/BN.
2. Menyerang pakatan pembangkang secara konsisten.
3. Aktif dan sentiasa update blog setiap hari.
4. Tidak menyebut soal wang, melainkan perjuangan.
5. Meletakkan banner Bloggers United di blog masing-masing.
6. Berjuang seperti mana para blogger terawal dulu yang tidak kenal erti "demand itu dan ini".
7. Tidak bermain politik atau bergaduh sesama sendiri.
Syarat-syarat di atas boleh berubah mengikut kesesuaian semasa. Dan yang paling penting, sesiapa saja yang melanggar syarat-syarat di atas akan dikeluarkan dari main blog ini secara automatik tertakluk atas budi bicara ADMIN-ADMIN.
Sesiapa yang sanggup, sila mohon melalui ruangan komen.
Bloggers United ditubuhkan untuk menyatupadukan blogger-blogger pro-UMNO/BN tanpa sebarang kepentingan dan bersifat tidak berpihak. Perpaduan ini akan dikategorikan mengikut negeri-negeri masing-masing dan semua blogger di setiap negeri perlu bergerak bersama di negeri masing-masing.
Bloggers United juga tidak mempunyai Ketua. Cuma ada ADMIN-ADMIN yang membentuk kaunsel-kaunsel sahaja mengikut negeri masing-masing.
Bloggers United memberikan fokus di peringkat negeri sahaja dan mana-mana blogger yang tidak bermastautin di negeri yang diwakili akan dianggap tidak layak. Namun jika ada permintaan, maka akan dipertimbangkan mengikut budi bicara ADMIN-ADMIN.
Sekian, harap maklum.
Admin Bloggers United.
3 comments:
Harap Berjaya..
Cadangan pakteh: Logo dan nama biarlah terus kepada UMNO/BN. Jika kita namakan lain seperti blogger A team....akhirnya akan wujud lagi 1 kumpulan iaitu group blogger A team.
bagi Pakteh...sekadar ada logo blogger UMNO pun dah bagus....(kat blog pakteh tu blogger UMNO utara..sapa buat xtau).
Apapun...Pakteh menyokong semua group blogger Pro UMNO....yang penting matlamat dan tujuan jelas.
terima kasih atas sokongan pakteh..kami harapkan lepas ni tak ada lagi wujudnya puak puak diantara blogger..dunia kita sama sahaja..
selamat berpuasa semua rakan@
Post a Comment