Saturday, 24 March 2012

MAMAT NI PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM !!?



AIDCNews – 22/03/12 – “Orang ini dengan faham liberalisme agamanya untuk mendapatkan sedikit habuan di dunia memberi promosi besar-besaran..kamu orang Hindu..kamu orang Buddha..kamu orang Kristian boleh sama-sama menggunakan perkataan Allah..Dia ini..’mamat ini’ yang mewajarkan..pasal undi..pasal nak pergi Putrajaya”, kata Ustaz Ismail Mina dalam ceramah Program Akidah di kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor, 9 Mac.

“Kamu berperanan untuk mengelirukan umat Islam di dalam wilayah kekuasaan kamu..ini paling bahaya.

“Di dalam keadaan ‘orang ini tidak ada kuasa politik..mereka telah menyebarluaskan fahaman ini..bayangkan.. apa lagi (jika) mereka ini memiliki kuasa politik”, katanya.



Menurutnya fahaman liberalisme dan pluralisme adalah satu fahaman baru ciptaan musuh Islam yang menggunakan jurucakap orang Islam untuk menghancurkan akidah umat Islam dari dalam.

“Syirik (menduakan Allah) di zaman sekarang ini..dipopularkan..dibawa..dimasyhurkan..oleh seorang aktivis politik.

“Dia bukan ajak masyarakat Islam sembah batu atau buah tamar, tetapi mengajak, mengajar..menyebar, mempromosi (satu fahaman) yang dinamakan liberalisme dan pluralisme (agama)”, katanya

Ismail yang juga sahabat lama Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gerakan mempromosi liberalisme dan pluralisme agama itu akan membuka pintu kepada gerakan permurtadan besar-besaran yang sudah dibanteras sejak dari zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman Khalifah Ar Rashidin.

Runtuhnya Kerajaan Islam Andalusia

Menurut Ismail, runtuhnya kerajaan Islam di Andalusia, Sepanyol, 700 ratus tahun lalu kerana umat Islam berpecah dan menjadi alat kepada Kristian.

“Ingat pemurtdan besar-besaran berlaku di Semenanjung Iberia atau di Sepanyol atau di Andalusia apabila kekuasaan Islam kalah kerana kerajaan-kerajaan Islam dan orang-orang Islam di sekeliling Granada menjadi agen permurtadan.

“Menjadi agen kepada Kristian, menjahanamkan kerajaan yang berteraskan Islam”, katanya.

Menurut sejarah ‘Andalusia’ adalah nama yang diberikan oleh Tariq ibni Ziad ketika berjaya mendarat di Gibralta pada 30 April 711 yang merujuk kepada kerajaan Islam di Semenanjung Iberian, Sepanyol.

Kejayaan Tariq itu menyebabkan lapan ibu kota Andalusia berjaya ditakluki iaitu Cardoba, Granada, Almería, Cádiz, Huelva, Jaén, Málaga dan Sevilla.

Kerajaan Islam Andalusia berjaya bertahan selama 800 tahun dari tahun 711 hingga 1492 M sebelum dihancurkan oleh tentera Kristian Katholik yang dipimpin oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Castile.

Saat-saat kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berakhir di Kota Granada, di bawah Raja Abu Abdullah. Sebelum turun takhta, Raja Abu Abdullah telah ‘memeterai perjanjian’ dengan kerajaan Kristian Sepanyol, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella yang melibatkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan masyarakat Islam di Sepanyol.

Namun perjanjian itu telah dimungkiri, ribuan umat Islam yang dijanjikan keselamatan untuk berlayar ke Afrika telah dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Detik menyayat hati itu diceritakan secara terperinci dalam buku “al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah” (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan “al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus” (Sekelumit Sejarah Andalus), malah turut dinukilkan oleh seorang ulama terkenal Ibn Hazam dalam kitab mashurnya “al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal”.

Kisah ketakutan dan ancaman keselamatan umat Islam di Sepanyol di bawah kerajaan Kristian digambarkan secara terperinci.

Ketika itu, umat Islam bersembunyi di dalam rumah masing-masing, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol.

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam akan dijaga ketika meninggalkan Sepanyol. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu, bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu dan selepas itu dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka dan membakarnya.

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Kemudian, tentera Kristian itu membunuh umat Islam yang sedang berkumpul di pelabuhan itu. Darah melimpah di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam di Sepanyol yang tidak boleh dilupakan.

Selepas kejadian itu, kerajaan Kristian memerintah Sepanyol selama 300 tahun dan dihapuskan semua tanda atau simbol Islam yang kekal di Andalusia sebelum ini.

Saki baki umat Islam yang masih hidup diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dan kerana tiada pilihan lain, ada di kalangan umat Islam yang terpaksa murtad.

Maharaja Akhbar, Din Ilahi

Ismail turut menyorot gerakan pemurtadan juga berlaku di India semasa pemerintahan Maharaja Akhbar yang mencipta agama baru yang dinamakan ‘Din Ilahi’.

Menurut wikipedia, Maharaja Akhbar adalah merujuk kepada Jalaluddin Muhammad Akbar yang menjadi pemerintah Empayar Mughal daripada 1556 hingga 1605.

Akhbar adalah seorang maharaja yang menggalakkan debat antara agama (freedom of religion).

Akhbar juga mempunyai hubungan yang baik dengan Gereja Katolik, yang sentiasa menghantar para paderi Jesuit untuk berdebat dalam perdebatan antara agama itu.

Sekurang-kurangnya tiga daripada cucunya telah dibaptis sebagai Katolik, walaupun mereka menjadi Muslim dalam kehidupan mereka.

Selain Kristian, penganut Hindu dan golongan Ateis juga turut terlibat dalam perdebatan antara agama itu.

Resolusi dari debat atau dialog antara agama itu, akhirnya Akbar mencapai satu kesimpulan bahawa semua agama adalah benar, maka diciptanya satu lagi agama baru diberi nama ‘Din-i-Ilahi’ “Agama Tuhan” yang bertujuan untuk memuja dan mengagungkan dirinya semata-mata.

Agama ‘Din-i-Ilahi’ adalah kombinasi antara agama Islam, Kristian, Hindu, dan lain-lain.

Selepas terciptanya agama baru itu,, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat masjid-masjid telah ditutup dan dimusnahkan dan sesiapa yang mahu memasuki kota itu perlu mengatakan, “Tiada tuhan melainkan Allah, dan Akbar adalah rasulnya”.

Apabila Akbar membuka kedai arak, maharaja itu juga telah menempah darah babi untuk dicampurkan dengan arak tersebut.

Ramai ulama’ memprotes tindakan itu dan memfatwakan Akbar telah melakukan perbuatan syirik.

Tahun-tahun terakhir Akbar dirundung malang akibat daripada salahlaku anak-anaknya. Dua anaknya meninggal dunia akibat ketagihan arak. Anak ketiga, Salim, yang kemudiannya dikenali sebagai Maharaja Jahangir, bangkit melancarkan pemberontakan terhadap ayahnya itu.

SUMBER AIDC

MTK
Nama Allah pun dia sanggup jual apatah lagi Negara Malaysia ni..pundek punya bang non

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive