Mengapa isu Dato' Sahol Hamid dimainkan oleh MalaysiaKini? Apakah ada agenda disebalik kebangkitan kes yang sudah lama berlalu? Apakah MalaysiaKini sudah ketandusan isu untuk menyerang institusi kerajaan dan Dato' Sahol jadi mangsa?
Menurut sumber, Keris diberitahu bahawa isu ini bukanlah isu berbangkit dan ia adalah cerita lama ketika beliau menjawat jawatan TNC UiTM. 4 atau 5 tahun yang sudah rasanya dan Keris juga berasa sedikit hairan tentang mengapa secara tiba-tiba ia menjadi perbualan. Yang paling menarik adalah perkataan 'MENAFIKAN DAKWAAN' kerana seperti yang dimaklumkan tidak ada pihak MalaysiaKini yang datang dan berjumpa dengan Dato Sahol, bagaimana pula kenyataan itu dikeluarkan?
Sebenarnya Keris menulis ini adalah untuk memberi amaran bahawa pasti ada agenda tersembunyi mengapa isu ini dibangkitkan samada mahu merosakkan imej UiTM atau mahu mencalarkan kredibiliti Dato' Sahol.
Yang pastinya Dato' Sahol yang merupakan seorang individu yang popular dikalangan pelajar UiTM kerana beliau telah banyak membuat perubahan dan pembangunan untuk UiTM. Jadi hati-hati jika membaca sebarang artikel oleh MalaysiaKini.
Siapa Dato' Sahol? InsyaAllah Keris akan beritahu siapa Dato Sahol yang sentiasa MalaysiaKini 'cemburu' ini. Persoalan isu ini ada kebocoran atau ada musang berbulu ayam?
KERIS7LOK
No comments:
Post a Comment