Thursday, 15 December 2011

BIKIN PANAS!! HAMPA AMBIK DUIT 500 LEPAS TU 100 MASUK TABUNG PARTI..





                       MAT PUT CAKAP DUIT CUKUP.TAPI MAT SABU TIAP2 KALI CERAMAH LANCAR TABUNG..SAPA BETUI SAPA TIPU?

KUALA LUMPUR - Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta ahli parti pembangkang yang menerima RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipersoal beberapa pihak.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, permintaan itu tidak sesuai kerana BR1M, bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain yang berunsur politik.


“Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka,” katanya.


Beliau berkata, walaupun perkara itu, terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti.


Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia tindakan tidak bertang­gungjawab.


“Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti.


"Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini,” katanya.


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan parti pembangkang, ia perbuatan tidak bertanggungjawab kerana wang itu diberikan untuk meringankan beban rakyat.


“Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga dan ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan,” katanya.


Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar bagaimanapun menafikan Pas ada menghantar SMS itu dan berkata, parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.


“Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut,” katanya.




MTK
KERJA PAS PAW DUIT RAKYAT.DUIT MEMALI YANG BERJUTA TU HILANG P MANA PUN X TAU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive