Monday, 21 July 2014

#MH17 !! 251 MAYAT TELAH DIJUMPAI




Pasukan penyelamat menjumpai 251 mayat dan 86 cebisan daging sehingga petang semalam di tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas dan sebuah kereta api dengan gerabak dingin sudah tiba untuk mengambil mayat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang menyiasat bencana itu berkata kereta api pertama yang dimuatkan dengan mayat hampir 200 mangsa kini tersangkut di stesen bandar Torez kerana pihak pengganas menghalang jalan keluar. – Reuters

2 comments:

Anonymous said...

Aku heran betullah kenapa kuasa begitu besaq diberi pd. Kem. Pengangkutan; patutnya Kem. PERTAHANAN turut serta sbg. pakar FORENSIK bedah mayat (yg. sekrg. dimonopoli si pakar Barat-ZIONIS) , pakar bahan letupan dan kepakaran lain dlm. badan penyiasat antarabangsa tu! Kem. Luar/Kem. Pertahanan memang patut masuk campur dgn. AGRESIF, kerana insiden MH17 ini berkaitan Geopolitik-paling DAJAL ZIONIS-Israel dan penyokong NATO-Baratnya, yg. menguasai rejim Ukraine tu (lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495, Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014; dan di - http://www.intrepidreport.com/archives/13639 , Strategy of killing civilians in Gaza and eastern Ukraine has same culprits, By Wayne Madsen, Posted on July 18, 2014 )! Jgn. hanya serahkan pd Kem- Pengangkutan – kerana insiden MH11 ini bukan kemalangan biasa! Di samping itu, rejim Ukraine seolah tak nak beri kerjasama pd. Malaysia (lihat di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/07/liowtionglai-ukraine-tidak-jamin.html , @LiowTiongLai : Ukraine tidak jamin keselamatan petugas, July 21, 2014), sedangkan si Barat, OSCE/INTERPOL senang saja masuk dan dijamin keselamatan mereka!

Lihat pemilihan Kem. Pengangkutan ini di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140722 , /dn_05/3-pakar-Malaysia-ke-lokasi-kemalangan-hari-ini ,
3 pakar Malaysia ke lokasi kemalangan hari ini:

KIEV (Ukraine) 21 Julai - Malaysia telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pakar untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan di lokasi kemalangan MH17, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu telah dipilih selepas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) meminta Malaysia untuk menamakan tiga pakar bertauliah bagi menyertai pasukan penyiasat antabangsa.
Tambahnya, OSCE juga memberi jaminan kepada mereka bahawa ia telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia mengenai keselamatan dan keselamatan pasukan penyiasat.
"Kami telah memberikan keutamaan kepada keselamatan mereka dan telah beberapa kali meminta jaminan dari OSCE. Ia adalah pesawat kami dan kita perlu mengetahui siapa yang menembaknya. Kami juga akan memastikan Malaysia turut menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pasukan yang akan menghantar laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, itu berlepas dari sini pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan.

Dua ahli pasukan itu daripada DCA iaitu Kapten Philip Joseph Selvaraju, 42, dan Mohd. Naemy Fahimy Mustapa, 38, manakala anggota yang ketiga ialah Pengarah Kejuruteraan Malaysia Airlines, Azahari Dahlan, 53......

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Jadi aku harap 2 Black Boxes tu dlm. KAWALAN amat KETAT Pengarah Kejuruteraan Malaysia Airlines SAHAJA, En. Azahari Dahlan dan pegawai-pegawai TERTINGGI KEM. PERTAHANAN kita yg. dilapurkan telah berlepas ke Ukraine - setelah diserahkan tadi oleh Pemberontak pro-Russia.

Makcik Sambal Belacan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive