Thursday, 23 February 2012
TUDIAA!! ANWAR PENING DI CABAR @Khairykj !!
Bagai ayam lepas bertaji, Anwar Ibrahim dilihat kehilangan punca dan arah menjelaskan kenyataan kontroversi beliau yakni “(saya) menyokong segala tindakan bagi menjaga keselamatan negara Israel” di akhbar The Wall Street Journal (WSJ) apatah lagi selepas beliau disanggah teruk oleh orang Islam di luar dan di dalam negara, termasuklah daripada rakan kongsi politiknya, Pas.
Manakan tidak, ini kerana Anwar secara terang-terangannya menonjolkan belang sebenar beliau yang memberi sokongan penuh dan umum (blanket support) kepada Israel untuk melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan negara tersebut.
Secara spesifik, kenyataan Anwar telah menghalalkan kezaliman dan keganasan rejim Israel yang telah menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestin.
Ribuan nyawa Palestin yang terkorban selama puluhan tahun penjajahan Israel, pembinaan tembok yang memenjarakan rakyat Palestin dan menghalang perjalanan mereka untuk mencari rezeki, sekatan ekonomi yang mengakibatkan penduduk Semenanjung Gaza miskin dan derita di samping pembunuhan sembilan sukarelawan antarabangsa dalam Misi Kemanusiaan Flotilla 2010, semuanya dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara.
Tidakkah Anwar sedar bahawa kenyataan beliau secara langsung mengiktiraf pembunuhan tersebut dan memberi lampu hijau untuk kezaliman ini diteruskan?
Setelah kenyataan beliau menimbulkan kemarahan orang ramai, Anwar telah cuba untuk melepaskan diri daripada kesalahannya dengan pelbagai alasan.
Yang pertama, beliau menyalahkan media arus perdana dengan mengatakan kenyataan beliau tidak dipetik sepenuhnya. Beliau sebut bahawa sokongan itu bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin menjadi realiti.
Tetapi jika kita kaji apa yang diterbitkan dalam WSJ, kita sedar bahawa Anwar merujuk kepada pengiktirafan diplomatik untuk Israel sebagai langkah yang bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin dipenuhi. Itu berbeza dengan kenyataan pertama iaitu keselamatan Israel perlu dijamin dengan apa cara pun.
Kenyataan itu tidak datang dengan apa-apa syarat tetapi dibuat secara sokongan mutlak.
Inilah yang menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin Islam termasuk dari Palestin rasa marah, kecewa dan mempertikaikan kredibiliti Anwar sebagai seorang yang sering mempromosi diri sebagai pejuang dunia Islam.
Bila dah tersepit dengan kenyataan yang jelas pro-Israel, tidak hairanlah apabila Anwar cuba mengalihkan perhatian dengan serangan terhadap kerajaan Malaysia yang dikatakan membenarkan perdagangan dengan Israel. Mengikut beliau, ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional bersekongkol dan menyokong Israel.
Walaupun tuduhannya itu agak dramatik, saya memahami mungkin inilah satu-satunya cara terdesak untuk beliau membersihkan ‘dosa’ memberi sokongan mutlak kepada Israel dengan cara menyalahkan orang lain.
Pertama, kita kena tanya soalan adakah benar Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel sebab seperti yang diketahui umum, kita tiada sebarang hubungan diplomatik atau politik dengan negara tersebut?
Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel.
Mungkin Anwar mudah lupa, tetapi saya masih ingat bahawa beliau sendiri yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996.
Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa. Ada yang tanya, kalau dia memang buat dahulu, kenapa sekarang tidak ubah balik dan langsung melarang perdagangan dengan Israel? Yang pertama, perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat swasta. Ia tidak digalakkan oleh kerajaan.
Kedua, kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seantero dunia termasuk Israel.
Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai negara.
Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara, termasuk Malaysia dan Israel. Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji.
Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel. Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan.
Tetapi dalam keghairahan Anwar dan konco-konconya cuba menutup kesalahan kenyataan pro-Israel beliau, mereka sanggup menyerang perdagangan antara syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui globalisasi merumitkan halangan-halangan perdagangan.
Namun, jika pembangkang masih berterusan dengan hujah ini untuk pertahankan kenyataan Anwar, saya nak cabar mereka buat pendirian bersama sebagai Pakatan Rakyat (PR), bahawa jika mereka menang pilihan raya kelak, semua perdagangan yang saya sebut di atas akan dilarang oleh mereka. Berani ke tidak mereka buat demikian?
Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. Jika Anwar sudah tidak setuju dengan kelonggaran yang beliau sendiri beri pada 1996 untuk membenarkan perdagangan swasta bersama syarikat-syarikat yang ada di Israel, saya cabar beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat minta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada kilang dan pejabat syarikat-syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola yang beroperasi di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah atas sebab mereka mengimport barangan dari Israel.
Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional.
Yang jelas di sini ialah wujudnya perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel atas tuntutan dan keperluan globalisasi jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam WSJ.
Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana sedar bukannya Israel yang dizalimi tetapi sebaliknya adalah rakyat Palestin.
Yang paling sedih ialah bagaimana seorang pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam sejagat begitu enggan untuk menarik balik kenyataan beliau walaupun konteksnya jelas menunjukkan sokongan mutlak kepada Israel sehingga menghalalkan pembunuhan rakyat Palestin.
Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya? Walau apa pun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel.
Khairy Jamaluddin-sinar09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA
Popular Posts
-
HIASAN Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.Malangnya,kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik...
-
SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan ru...
-
Selain nahas Air France dari Rio De Jenario ke Paris yang menjunam ke dalam lautan Atlantik pada 1 Jun,2009...insiden hampir dengan Mala...
-
mangsa Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank t...
-
MEMANG benar apa yang dikatakan Mona, tak sampai 10 minit, dia kembali semula kepada saya. Liuk-lentuk saya lihat dia berjalan sambil ...
-
Malu sungguh Singapore apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia p...
-
Info : (MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki ya...
-
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan sat...
-
Tatkala seluruh warga Dunia bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, ada jugak juruterbang yang lahir dari syarikat penerbangan tambang m...
-
Video ini diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di...
Followers
Blog Archive
-
►
2015
(25)
- ► 07/05 - 07/12 (1)
- ► 06/21 - 06/28 (1)
- ► 06/07 - 06/14 (1)
- ► 05/31 - 06/07 (2)
- ► 04/12 - 04/19 (2)
- ► 04/05 - 04/12 (2)
- ► 03/29 - 04/05 (3)
- ► 03/08 - 03/15 (6)
- ► 03/01 - 03/08 (2)
- ► 02/15 - 02/22 (2)
- ► 01/18 - 01/25 (3)
-
►
2014
(577)
- ► 12/28 - 01/04 (1)
- ► 12/14 - 12/21 (1)
- ► 11/23 - 11/30 (2)
- ► 11/16 - 11/23 (3)
- ► 11/09 - 11/16 (3)
- ► 10/19 - 10/26 (2)
- ► 10/12 - 10/19 (2)
- ► 10/05 - 10/12 (1)
- ► 09/28 - 10/05 (3)
- ► 09/21 - 09/28 (1)
- ► 09/14 - 09/21 (1)
- ► 09/07 - 09/14 (3)
- ► 08/31 - 09/07 (3)
- ► 08/24 - 08/31 (4)
- ► 08/17 - 08/24 (2)
- ► 08/10 - 08/17 (7)
- ► 08/03 - 08/10 (4)
- ► 07/27 - 08/03 (7)
- ► 07/20 - 07/27 (6)
- ► 07/13 - 07/20 (15)
- ► 07/06 - 07/13 (10)
- ► 06/29 - 07/06 (13)
- ► 06/22 - 06/29 (11)
- ► 06/15 - 06/22 (16)
- ► 06/08 - 06/15 (16)
- ► 06/01 - 06/08 (10)
- ► 05/25 - 06/01 (15)
- ► 05/18 - 05/25 (22)
- ► 05/11 - 05/18 (20)
- ► 05/04 - 05/11 (19)
- ► 04/27 - 05/04 (18)
- ► 04/20 - 04/27 (21)
- ► 04/13 - 04/20 (21)
- ► 04/06 - 04/13 (22)
- ► 03/30 - 04/06 (25)
- ► 03/23 - 03/30 (22)
- ► 03/16 - 03/23 (31)
- ► 03/09 - 03/16 (35)
- ► 03/02 - 03/09 (28)
- ► 02/23 - 03/02 (17)
- ► 02/16 - 02/23 (17)
- ► 02/09 - 02/16 (16)
- ► 02/02 - 02/09 (17)
- ► 01/26 - 02/02 (15)
- ► 01/19 - 01/26 (15)
- ► 01/12 - 01/19 (18)
- ► 01/05 - 01/12 (16)
-
►
2013
(1946)
- ► 12/29 - 01/05 (18)
- ► 12/22 - 12/29 (20)
- ► 12/15 - 12/22 (15)
- ► 12/08 - 12/15 (19)
- ► 12/01 - 12/08 (24)
- ► 11/24 - 12/01 (21)
- ► 11/17 - 11/24 (23)
- ► 11/10 - 11/17 (24)
- ► 11/03 - 11/10 (28)
- ► 10/27 - 11/03 (35)
- ► 10/20 - 10/27 (27)
- ► 10/13 - 10/20 (32)
- ► 10/06 - 10/13 (33)
- ► 09/29 - 10/06 (37)
- ► 09/22 - 09/29 (32)
- ► 09/15 - 09/22 (30)
- ► 09/08 - 09/15 (29)
- ► 09/01 - 09/08 (29)
- ► 08/25 - 09/01 (30)
- ► 08/18 - 08/25 (34)
- ► 08/11 - 08/18 (26)
- ► 08/04 - 08/11 (29)
- ► 07/28 - 08/04 (32)
- ► 07/21 - 07/28 (35)
- ► 07/14 - 07/21 (34)
- ► 07/07 - 07/14 (28)
- ► 06/30 - 07/07 (34)
- ► 06/23 - 06/30 (37)
- ► 06/16 - 06/23 (35)
- ► 06/09 - 06/16 (33)
- ► 06/02 - 06/09 (37)
- ► 05/26 - 06/02 (38)
- ► 05/19 - 05/26 (40)
- ► 05/12 - 05/19 (40)
- ► 05/05 - 05/12 (52)
- ► 04/28 - 05/05 (51)
- ► 04/21 - 04/28 (53)
- ► 04/14 - 04/21 (50)
- ► 04/07 - 04/14 (56)
- ► 03/31 - 04/07 (54)
- ► 03/24 - 03/31 (48)
- ► 03/17 - 03/24 (49)
- ► 03/10 - 03/17 (53)
- ► 03/03 - 03/10 (50)
- ► 02/24 - 03/03 (40)
- ► 02/17 - 02/24 (52)
- ► 02/10 - 02/17 (50)
- ► 02/03 - 02/10 (54)
- ► 01/27 - 02/03 (46)
- ► 01/20 - 01/27 (52)
- ► 01/13 - 01/20 (54)
- ► 01/06 - 01/13 (64)
-
▼
2012
(2572)
- ► 12/30 - 01/06 (52)
- ► 12/23 - 12/30 (50)
- ► 12/16 - 12/23 (54)
- ► 12/09 - 12/16 (53)
- ► 12/02 - 12/09 (39)
- ► 11/25 - 12/02 (64)
- ► 11/18 - 11/25 (48)
- ► 11/11 - 11/18 (48)
- ► 11/04 - 11/11 (47)
- ► 10/28 - 11/04 (43)
- ► 10/21 - 10/28 (44)
- ► 10/14 - 10/21 (44)
- ► 10/07 - 10/14 (50)
- ► 09/30 - 10/07 (47)
- ► 09/23 - 09/30 (47)
- ► 09/16 - 09/23 (41)
- ► 09/09 - 09/16 (44)
- ► 09/02 - 09/09 (59)
- ► 08/26 - 09/02 (44)
- ► 08/19 - 08/26 (38)
- ► 08/12 - 08/19 (45)
- ► 08/05 - 08/12 (45)
- ► 07/29 - 08/05 (53)
- ► 07/22 - 07/29 (58)
- ► 07/15 - 07/22 (50)
- ► 07/08 - 07/15 (50)
- ► 07/01 - 07/08 (47)
- ► 06/24 - 07/01 (43)
- ► 06/17 - 06/24 (47)
- ► 06/10 - 06/17 (52)
- ► 06/03 - 06/10 (52)
- ► 05/27 - 06/03 (58)
- ► 05/20 - 05/27 (55)
- ► 05/13 - 05/20 (54)
- ► 05/06 - 05/13 (69)
- ► 04/29 - 05/06 (63)
- ► 04/22 - 04/29 (55)
- ► 04/15 - 04/22 (52)
- ► 04/08 - 04/15 (54)
- ► 04/01 - 04/08 (49)
- ► 03/25 - 04/01 (42)
- ► 03/18 - 03/25 (46)
- ► 03/11 - 03/18 (41)
- ► 03/04 - 03/11 (43)
- ► 02/26 - 03/04 (45)
-
▼
02/19 - 02/26
(47)
- LIVE !!! MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH BAHASA SIAM WAT ...
- PANAS!!! HADI AWANG KENA SOUND "IKUT SUKA AKU LA N...
- VIDEO!!! PEMUDA UMNO HAMBAT AMK DI PEJABAT PKR
- LIVE !!! SAMBUTAN YAB DATO SRI NAJIB TUN ABDUL RAZ...
- TUDIAA!! HANYA ANWAR SAJA FAHAM APA ORANG NI KATA!...
- CUCI MATA 18SX!! BENARKAN GADIS INI SEDANG BERBOGEL??
- GUAN ENG RASIS !! API 13 MEI CUBA DI TIUPKAN KEMBA...
- KASI PANAS!!! SIAPA EXCO PAS KEDAH DI SIASAT SPRM ...
- TUDIAA!! RM86.9 JUTA HILANG KERANA DASAR C.A.T GUA...
- PANAS!!! PAS KEDAH DI TIMPA BALA !!! KEMELUT DALAM...
- PANAS!!! LAGI PENIAGA DI TINDAS OLEH PAS KEDAH??!!
- PANAS!! JO BEDUL MESTI TERIMA HAKIKAT YANG RAKYAT ...
- TUDIAA!! KEMPEN #ABAI DI SELURUH NEGARA !!??
- BERITA YANG BARU DITERIMA !!! EXCO KEDAH PULAU MB??
- TUDIAA!! ANWAR PENING DI CABAR @Khairykj !!
- PANAS!! PAS BUTA ATAU BUAT BUAT BUTA??
- TUDIAA!! ISTERI AZIZAN RAZAK TUNTUT CERAI???
- TUDIAA!!! LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN??
- SUPERHOT!!! SKUAD SKODENG PAS PERAK KANTOI DI TANG...
- KASI PANAS!!! KENAPA PELAJAR UITM BENCI @datosahol???
- PANAS!!! SIAPA YANG LEBIH RASIS ANTARA GUAN ENG DE...
- KASI PANAS!! ANWAR TERLUPA DIA YANG LULUSKAN IMPOR...
- KASI PANAS!! 3 X UNDI PAS SAMA PAHALA DENGAN BUAT ...
- PANAS!!! PAKATAN DIAM BILA PESAWAT AIRBUS A320 MIL...
- APA NI !! KETUA PEMUDA SEPUTEH BALUN TERESA COCK??
- TUDIAA!! NILAI AKIDAH MANUSIA BERNAMA NIK AJIS
- BANTUAN DI PERLUKAN UNTUK ADIK FARIS!!
- PANAS!! CELAKA DUNIA DAN AKHIRAT BUAT CALON PAS ...
- TUDIAA!!! LAGI BUKTI KEPIMPINAN DS NAJIB DI TOLAK ...
- PANAS!!! SEKALI LAGI NIK AJIS DI LIWAT OLEH ANWAR??
- TAHNIAH @aznilnawawiHM KERANA DI LANTIK MENJADI SE...
- PANAS!! SELANGOR YANG BENARKAN KAPAL ISRAEL BERDAG...
- KASI PANAS!!! BAKAL CALON PKR AMBIK DUIT BR1M??
- PANAS!!! SENDIRI BUAT KECOH,SEKALI LAGI UMNO KENA??
- SERBU!!! AWAT PEMIMPIN PAS NI SUKA PERASAN LEBIH??
- TUDIAA!!! ANWAR SEDAP SEDAP UMNO JUGAK YANG KENA??
- PANAS!! PERJUANGAN PAS YANG WAJIB DI TOLAK!!!
- PANAS!! RAKYAT KECEWA KUPON JOM SHOPPING HANYA RET...
- Israel: Anwar Pentingkan Diri
- VIDEO DR ASRI !!BLOGGER JANGAN TUDUH TANPA BUKTI!!!
- TUDIAA!! BUKTI ANWAR RAKAN BAIK ZIONIS??!!
- TUDIAA!! BUKTI RAKYAT MAKIN MENOLAK KERAJAAN PAS K...
- DEDAH !!! @nohomar Dedah Dalang Pasir Selangor??
- TUDIAA!! KERAJAAN PAS KEDAH KEDEKUT??!!
- PANAS!!! IBLIS&SYAITAN PUN TABIK SPRING SAMA HARAK...
- PANAS!!! PAS LANTIK CINA MABUK SEBAGAI PENASIHAT A...
- ALAMAK!! ORANG PAKATAN MESTI TAU VIDEO APA NI??
- ► 02/12 - 02/19 (51)
- ► 02/05 - 02/12 (42)
- ► 01/29 - 02/05 (34)
- ► 01/22 - 01/29 (43)
- ► 01/15 - 01/22 (33)
- ► 01/08 - 01/15 (51)
- ► 01/01 - 01/08 (47)
-
►
2011
(120)
- ► 12/25 - 01/01 (31)
- ► 12/18 - 12/25 (38)
- ► 12/11 - 12/18 (20)
- ► 12/04 - 12/11 (29)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
1 comment:
La mati-mati homo cun ni ingat depa tu keluar dari satu bontot.
Post a Comment