Saturday, 7 December 2013

TERKINI !!! GELOMBANG KE 2 BANJIR DI KUANTAN BERMULA TENGAH MALAM INI



Peningkatan air di Kuantan dijangka berlaku secara mendadak mulai tengah malam ini ekoran pertembungan air pasang besar dengan peningkatan air di hulu daerahnya berikutan hujan lebat pada sebelah siang.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata peningkatan air dijangka berlaku sehingga 2 pagi.

UMNO BARU SEDAR KUASA MEDIA BARU ???




Perhimpunan Agung Umno 2013, yang sedang berlangsung bukan sahaja diikuti menerusi laporan media cetak dan siaran langsung media elektronik, sebaliknya juga menerusi media baharu dan laman sosial, membolehkan perkembangan terkini parti politik terbesar di Malaysia diketahui lebih pantas.

Tidak perlu berada secara fizikal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), venue perhimpunan tahunan Umno, anggota parti dan masyarakat umum boleh mendapatkan maklumat dan hebahan laporan secara on-line dan tepat masa sama ada menerusi Twitter, Facebook, Instagram dan applikasi laman sembang Whatsapp dan WeChat.

UMNO KEDAH FOKUS USUL KENAIKKAN HARGA BARANG LEPAS PRU 13 #PAU13




Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.

Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan yang akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Othman dari Jerlun.

Friday, 6 December 2013

KASI DEDAH !!! BETULKAH DAKWAAN PEMBANGKANG CANDI LEMBAH BUJANG MUSNAH ??



Semalam aku berkesempatan melawat beberapa tapak candi di Lembah Bujang bersama sama rakan TMK untuk melihat sendiri dakwaan portal pembangkang serta pemimpin pembangkang yang amat galak mengeluarkan kenyataan kononnya seluruh candi di Lembah bujang musnah dek kegagalan kerajaan negeri memantau tapak tapak candi berkenaan..

Kami bermula dengan melawat tapak candi yang dirobohkan pemaju seterusnya ke kampung candi, Kampung Bujang, dan tapak baru (kilang besi) yang masih dikaji pihak USM ..

BERAPA BILION DUIT RAKYAT MALAYSIA LEBUR AKIBAT SIKAP LAGAK RAKYAT SINGAPURA ??




Berita hari ini melaporkan terdapat satu kemalangan di lebuhraya plus dekat Seremban membabitkan 3 buah kenderaan kategori Supercar.

Ketiga tiga kereta Lamborghini yang hangus terbakar itu  dimiliki warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Kalau dilihat pada gambar, semua orang boleh bayangkan ketiga tiga kereta ini sedang berlumba.. kereta paling hadapan terbabas lalu kereta yang lain merempuh dari belakang..

IBU TUNGGAL GUNA IDEA KREATIF HADAPI BANJIR




Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

BANJIR !! HAMPIR 35 RIBU MANGSA DIPINDAHKAN !! JUMLAH MAKIN MENINGKAT



Sebanyak 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Pahang dalam keadaan cuaca mendung pagi Jumaat. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan ini adalah dari lapan daerah – Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.

“Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,” katanya.

Thursday, 5 December 2013

#PAU2013 !! VIDEO JIJIK NUAR BERAHIM DI TAYANG KEPADA PERWAKILAN UMNO




Video yang memaparkan ketua pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lepas ditayangkan kepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.

Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden Umno menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.

@khairykj BIRO MEDIA BARU PERLU DI GANTI DENGAN BIRO INSTAGRAM #Lifestyle

Tak perlulah aku menulis panjang lebar pasal mamat yang pegang biro media baru nie..

Cuma aku nak highlight pasal lifestyle yang dia maksudkan.. ce tengok gambar nie.....



#TanyaIbdil !! KENYATAAN @ibdil DIPUTAR BELIT ATAU MEMANG SI BAHALOL NIE KAKI PUTAR BELIT ?? #Bedalibdil !!!



Mungkin tak perlu aku perkenalkan lagi si mamat diatas sebab aku yakin ramai pembaca dah tahu kisah yang berlaku semalam.. Hampir kebanyakkan blogger politik Pro Umno dan Pro Kerajaan menghalakan muncung senapang kearahnya di sebabkan kelancangan mulutnya tak tumpah seperti lubang kunyit sedang mengemut kencang..

Kisahnya bermula apabila si mat bergedil a.k.a Chairman Biro Media Baru yang diamanahkan oleh si Kay Jay untuk menjaga ( Media SoooSiaall ) diwawancara oleh team media sosial.. ketika itulah terkeluarnya kata kata seperti menghunus keris dijantung para pengiat media siber pro Umno..

Wednesday, 4 December 2013

PANASS !!! GUAN ENG TERINGIN JADI TOKONG PRA SEJARAH ATAS CANDI LEMBAH BUJANG ??!!







Translate dari kenyataan tokong guan eng diatas

Kerajaan Kedah digesa untuk meminta keterangan mereka yang bertanggungjawab untuk kemusnahan runtuhan kuil berabad-abad lamanya di Sungai Batu, Lembah Bujang, dan bukan semata-mata mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pemaju.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam menyeru rakan Kedah beliau, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk mendakwa pihak-pihak yang terlibat bersalah jika mereka telah melanggar undang-undang itu, berkata: "Jika undang-undang telah dipecahkan, maka orang-orang zalim itu harus didakwa.

Tiba tiba sahaja si tokong Guan Eng menjadi begitu minat tentang sejarah lebih lebih lagi ianya melibatkan nama " Hindu-Buddha " Nak tahu kenapa ??

PANASS !! NAIB KETUA PEMUDA UMNO CARI GADUH DENGAN BLOGGER ?? #WANBERUK



Semalam, aku dimaklumkan oleh beberapa sahabat blogger yang sedang bertugas di PWTC telah di "sound" oleh NKP Umno berimej koperat ketika terserempak dengan beliau di laman Media

Malah ketika rakan blogger aku sedang merakam gambar NKP koperat nie, dia siap sound sekali lagi kata " ini musuh aku " dihadapan rakan rakan pemuda Umno yang lain sewaktu program makan tengah hari anjuran Pemuda di PWTC.

Menurut apa yang ditulis oleh blogger Sangkakalajari9, kisahnya bermula apabila bekas Ketua Pemuda Perak ini telah mengupah beberapa orang blogger termasuklah Sangkakala untuk menjadi jentera siber beliau semasa pemilihan agung pemuda UMNO dan Khairul atau azwanbro telah berjanji untuk memberikan imbuhan diatas kerja kerja tersebut.

BIAQ BETUI NI ?? ERMA FATIMAH BAYAR SAMAN RABECA NUR ISLAM GUNA SYILING 5 SEN ??





Baru baru ini dengar cerita bahawa Rabeca Nur Islam menang saman keatas Pengarah dan Produser terkenal Erma Fatimah.. Saman berkenaan dibuat untuk menuntut baki bayaran drama Dejavu di Kinabalu yang dilakonkan oleh Rabeca terhadap Erma Fatimah dan syarikatnya..

Difahamkan produksi tersebut gagal menjelaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus pada tahun lalu.

Namun yang menariknya adalah, Erma Fatimah membayar saman tersebut dengan mengunakan wang syiling 5 sen berjumlah RM 11,200 ..

Barangkali Erma Fatimah mendapat inspirasi dari syarikat Samsung dimana membayar saman syarikat Apple mengunakan wang 5 sen..

Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.-mStar Online

Tuesday, 3 December 2013

PANASS !!! TNB NAIKKAN 22% TARIF ELEKTRIK DALAM MASA 2 TAHUN ?? PM @najibrazak KENA UBAH SLOGAN NIE



Artikel di bawah aku petik dari blog Gap

DI BAWAH ADALAH FAKTA KENYATAAN RASMI TNB 20/8/2013.


FAKTA 1.



Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna.


FAKTA 2


“Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.




FAKTA 3


“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.

ISU CANDI !! @proframa @nsurendrann @lawyers4liberty MENYALAK MACAM ANJING DI KEDAH TAPI TAPAK ARKEOLOGI DI KEPALA BATAS PENANG DIBIAR MACAM SAMPAH !!!




Kisah Candi Lembah Bujang di Kedah telah menjadi isu penting dimana sekarang ini isu terbabit dipolitikkan oleh para pemimpin parti pembangkang, khususnya dari PKR dan DAP, termasuklah oleh Prof. Ramasamy DAP dari Pulau Pinang.

Mereka ingin menjadi jaguh kononnya kerajaan kedah sengaja membiarkan candi itu dirobohkan oleh pihak pemaju..

PANASS !!! PEMAJU SWASTA BUTA SEJARAH CUBA LENYAPKAN TAMADUN KEDAH DI LEMBAH BUJANG @MukhrizMahathir



Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan mengenai khazanah warisan sejarah turun temurun Malaysia iaitu Candi di Lembah Bujang telah dirobohkan oleh pihak pemaju swasta untuk tujuan pembangunan..

Aku difahamkan candi yang terdapat di atas tanah dalam kawasan Sg Batu itu milik persendirian.. Candi berkenaan dikelilingi ladang kelapa sawit.

Kenapa isu tentang Candi Lembah Bujang ni menjadi perhatian ramai ?? salah satunya aku yakin isu ini bukan isu perkauman atau soal merobohkan tempat beribadat sesuatu agama, tetapi ianya adalah SALAH SATU WARISAN SEJARAH TERULUNG NEGERI KEDAH dimana ketika itu Kerajaan Tua Kedah adalah salah satunya Kerajaan  sebelum empayar Kesultanan Melayu Melaka..

Hampir kesemua rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri mahu mempertahankan tempat bersejarah itu daripada dirobohkan. Kawasan arkeologi Lembah Bujang merupakan peninggalan warisan sejarah yang masih lagi dalam kajian pihak USM..

Monday, 2 December 2013

PANASS !!! UMNO IKTIRAF MAHASISWA TEMPATAN UNTUK BERUCAP DI PERSIDANGAN UMNO @razaliibrahim @tunfaisal



Ahkhirnya selepas selesai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang berlangsung pada hari Ahad 1/12/2013 semalam, Mahasiswa IPT tempatan telah diberi peluang untuk berucap pada Persidangan Umno melalui usaha Datuk Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro IPT Malaysia serta sokongan tak berbelah bahagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab Umno Luar negara.

Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR).

Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.

Baca Seterusnya

@najibrazak SUDAH SAMPAI MASANYA KERAJAAN PERKENALKAN METER ELEKTRIK PREPAID



Siang tadi Menteri Tenaga mengumumkan kadar baru tarif elektrik dinaikkan sebanyak 4.99 sen bagi semenanjung dan 5 sen bagi Sabah dan Sarawak.

Kenaikkan tarif baru ini sedikit sebanyak Membebankan penguna dimana hampir semua keperluan rakyat dinaikan secara mendadak selepas PRU 13.

Kita faham kenaikkan ini berpunca akibat peningkatan kos bahan api yang tak dapat dielakkan

ADUN SG LIMAU ANJUR PROGRAM TAPI MEMILIH ??


Buat program berkhatan beramai ramai tapi letak syarat 50 teraeal sahaja. ingatkan percuma yang 50 aeal tu rupa rupanya kena bayar jugak..

Alahai Adun Sg Limau. Kalau nak buat program tu biarlah ikhlas tanpa letak syarat..Takkan program khatan pun nak ambil untung kot..


PANASS !! BAGAIMANA NASIB PENIAGA MELAYU DI PASAR SENI YANG DI TINDAS SYARIKAT PENGURUSAN CINABENG ???




Masih ingat lagi kisah peniaga Pasar Seni yang ditindas oleh Syarikat Pengurusan milik Cinabeng ??

Sudah beberapa kali artikel mengenai peniaga peniaga Melayu bumiputera di Pasar Seni ditindas oleh syarikat pengurusan Central Market didedahkan dalam blog ini, malah beberapa rakan blogger juga menulis kisah yang sama tentang apa yang terjadi di sana..

Namun, adalah wajar bagi aku menulis sekali lagi bagi menekan pihak terbabit agar memberi tumpuan dengan masalah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang disepak terajang oleh pihak pengurusan..

Ini laporan yang dibuat oleh salah seorang peniaga yang disepak terajang oleh pengurusan CM

Sunday, 1 December 2013

PEMUDA PAS RAJA FITNAH ABAD INI ??




Status di FBnya merujuk kepada Ust Kazim Elias berbunyi

Mohd Akmal Kamarudin
Yesterday via mobile

Pagi ini...

Jam 6.15pg. Hp ana berbunyi. Seorang suara yg sangat dikenali... "Syeikh, jangan hentam ana. Dengar dulu penjelasan ana...ana akan terangkan pada enta kenapa ana masuk jd MT..."

Ana hanya diam dan sesekali berbunyi...hurrmmm...

"Ana nak perjuangkan Islam dari dalam dan bentuk dasarnya. Anwar gagal...Jamil Khir gagal...Fathul Bari pun gagal...mungkin Allah takdirkan, ana yg boleh ubah UMNO ke arah pengislahan yg lebih baik....."

Ana diamkan diri lagi.

"...Enta dtg la malam ini. Dtg ke PPR Setapak. Ana buat sidang media mlm ni...."

Ana buka mulut. Wallahi, ana sesuatu perkara Ustaz diamkan. Cuba jujur dgn ana... apa alasan Ustaz sebenarnya dan apa habuannya...?

Akhirnya... "Hurrrmmm... sebenarnya, mereka janji nak bantu pusat pengajian ana dan mereka nak bg ana jaga Jakim atau setaraf dgnnya."

Rasa2....siapa di atas?

#msj dari ustaz kite

Dan ini pula jawapan dari Ust Kazim

KERAJAAN KEDAH BERI TEMPOH SEBULAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ HENTI EKSPKOITASI KANAK KANAK KUTIP DERMA


Kerajaan negeri memberi tempoh sebulan kepada sekolah agama atau maahad tahfiz persendirian di Kedah untuk menghentikan semua aktiviti kutipan derma amal berunsurkan eksploitasi yang menggunakan pelajar majoritinya kanak-kanak.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ini kerana kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan sedemikian dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menghentikan operasi premis terbabit terutama yang tidak berdaftar.

HERO THE FAST AND THE FURIOUS MAUT KEMALANGAN JALAN RAYA #RIPPaulWalker




Aktor Hollywood yang terkenal dengan lakonan dalam filem The Fast and The Furious, Paul Walker, 40, meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, California.

Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup.

Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.
Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas.-MyNewsHub

Dibawah adalah video terakhir  Walker


UST KAZIM BELUM BUAT KEPUTUSAN TERIMA MT UMNO




Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.