Sunday, 1 December 2013
KERAJAAN KEDAH BERI TEMPOH SEBULAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ HENTI EKSPKOITASI KANAK KANAK KUTIP DERMA
Kerajaan negeri memberi tempoh sebulan kepada sekolah agama atau maahad tahfiz persendirian di Kedah untuk menghentikan semua aktiviti kutipan derma amal berunsurkan eksploitasi yang menggunakan pelajar majoritinya kanak-kanak.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ini kerana kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan sedemikian dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menghentikan operasi premis terbabit terutama yang tidak berdaftar.
"Tindakan tegas wajar diambil kerana sudah banyak laporan mengenai aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak berkenaan diterima.
"Mereka ini asalnya datang ke maahad tahfiz untuk menuntut ilmu, namun disuruh mengutip derma...jadi kita akan ambil tindakan jika perlu," katanya.-BH ONLINE
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda