Wednesday, 4 December 2013

PANASS !!! GUAN ENG TERINGIN JADI TOKONG PRA SEJARAH ATAS CANDI LEMBAH BUJANG ??!!







Translate dari kenyataan tokong guan eng diatas

Kerajaan Kedah digesa untuk meminta keterangan mereka yang bertanggungjawab untuk kemusnahan runtuhan kuil berabad-abad lamanya di Sungai Batu, Lembah Bujang, dan bukan semata-mata mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pemaju.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam menyeru rakan Kedah beliau, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk mendakwa pihak-pihak yang terlibat bersalah jika mereka telah melanggar undang-undang itu, berkata: "Jika undang-undang telah dipecahkan, maka orang-orang zalim itu harus didakwa.

Tiba tiba sahaja si tokong Guan Eng menjadi begitu minat tentang sejarah lebih lebih lagi ianya melibatkan nama " Hindu-Buddha " Nak tahu kenapa ??



Sebabnya Guan Eng saja nak tonjolkan diri kononya pejuang sejarah dan cuba mengajar Mukhriz menyuruh mengambil tindakkan terhadap pemaju Tapi lupakah dia tentang sejarah Kg Buah Pala dia sendiri nak hapuskan?? Ada guan eng larang pemaju supaya menghentikan kerja meroboh di kg Buah Pala??

Masyarakat India mendakwa Kg Buah Pala adalah warisan orang India tapi?? Ada guan eng ambil kisah ??

Ini fakta yang disembunyikan pihak pembangkang dan portal milik mereka Malaysiakini yang dikeluarkan oleh blog Kedahtimes

Kisah tentang perobohan "Candi" di Merbok kini dijadikan cerita panas. Malah pihak yang tidak tahu menahu tentang cerita ini pun kini bertukar menjadi pakar sejarah.

N. Surendran menyamakan perobohan "candi" tersebut sebagai tindakan setara Taliban memusnahkan patung Budha di Bamiyan satu ketika dulu.

Sebenarnya, ada tiga perkara yang Malaysiakini sembunyikan dari pembacanya, supaya perobohan "candi" ini akan dipersalahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, dibawah pimpinan YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir.


1. Malaysiakini gagal memberitahu pembacanya bahawa "Pemaju telah membuat semakan status tanah, dan mendapat kebebasan dari terikat dengan apa2" pada 14 Januari 2013, dan meneruskan pembelian tanah tersebut pada Februari 2013 . Siapakah kerajaan negeri yang memberi "clearance" pada masa itu, bukankah kerajaan Pakatan Rakyat, yang merupakan penaja penuh Malaysiakini?

2. Dari manakah wartawan Malaysiakini mendapat Gambar Before/ After Seperti diatas? Mereka pastinya menulis artikel dari Kuala Lumpur dan tidak tahu pun dimana Candi Merbok tersebut. Sebenarnya,tidak ada Candi yang dirobohkan, yang dirobohkan hanyalah replika yang dibina pada tahun 1974, diatas tapak asal candi. Jadi, faktanya, TIDAK ADA CANDI YANG DIROBOHKAN.

3. Candi tersebut adalah tinggalan kerajaan Melayu beragama Hindu masa lampau, dan tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman. Ini bukan Candi orang India, tetapi Candi Melayu.

Sebenarnya, isu ini adalah bukti kegersangan isu oleh DAP untuk memburukkan pemimpin Umno yang sepopular Mukhriz, kerana bimbang akan membayangi ketidakmampuan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hanya kuat retorik dan berbohong.

Sebenar, isu pemusnahan tapak arkeologi ini memang berlaku, tetapi di Seberang Perai, Pulau Pinang, dimana kawasan tapak arkeologi dirosakkan dengan pembinaan rumah-rumah burung walit dan penanaman nangka oleh kroni DAP.

Candi yang cuba dipelihara semenjak zaman British yang berusia 5000 tahun itu adalah tapak arkeologi Guar Kepah, di Seberang Perai. Tapi tidak mungkin Malaysiakini sebagai Agensi berita DAP akan berani menerbitkan isu ini kerana bimbang dimarahi Tokong mereka.

Kemusnahan tapak arkeologi Guar Kepah akan kami dedahkan dalam artikel seterusnya, dengan harapan Malaysiakini dapat mendahului kami di Kedahtimes dalam isu candi, kerana mereka kononnya prihatin.

Kami juga berpendapat, tapak arkeologi Guar Kepah sengaja dimusnahkan kerana ia mengadungi artifak yang membuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu, yang mengesahkan taraf bumiputra orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda