Saturday, 7 December 2013

TERKINI !!! GELOMBANG KE 2 BANJIR DI KUANTAN BERMULA TENGAH MALAM INI



Peningkatan air di Kuantan dijangka berlaku secara mendadak mulai tengah malam ini ekoran pertembungan air pasang besar dengan peningkatan air di hulu daerahnya berikutan hujan lebat pada sebelah siang.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata peningkatan air dijangka berlaku sehingga 2 pagi.



"Air pasang besar diramal berlaku pada 1.15 pagi dan pada masa yang sama air Sungai Lembing iaitu di Hulu Kuantan dijangka turut meningkat ekoran hujan lebat.

"Apabila terdapat pertembungan air hujan di hulu dengan air pasang besar di pedalaman, ia akan meningkatan air secara mendadak," katanya kepada Bernama ketika melawat pusat pemindahan di Wisma Belia di sini.

Beliau berharap penduduk khasnya di Bukit Rangin, Permatang Badak, Taman Cenderawasih dan Kampung Belukar agar bersiap sedia untuk berpindah semula ke pusat pemindahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda