Wednesday 4 December 2013

BIAQ BETUI NI ?? ERMA FATIMAH BAYAR SAMAN RABECA NUR ISLAM GUNA SYILING 5 SEN ??





Baru baru ini dengar cerita bahawa Rabeca Nur Islam menang saman keatas Pengarah dan Produser terkenal Erma Fatimah.. Saman berkenaan dibuat untuk menuntut baki bayaran drama Dejavu di Kinabalu yang dilakonkan oleh Rabeca terhadap Erma Fatimah dan syarikatnya..

Difahamkan produksi tersebut gagal menjelaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus pada tahun lalu.

Namun yang menariknya adalah, Erma Fatimah membayar saman tersebut dengan mengunakan wang syiling 5 sen berjumlah RM 11,200 ..

Barangkali Erma Fatimah mendapat inspirasi dari syarikat Samsung dimana membayar saman syarikat Apple mengunakan wang 5 sen..

Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.-mStar Online

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda