Saturday, 5 April 2014

PANASSS !!! HIMPUNAN DERITA RAKYAT BERTUKAR MENJADI HIMPUNAN DERITA PEMIMPIN PAS ?!!!





Hari ini berlangsungnya satu himpunan yang dianjurkan oleh Pas kononnya untuk membela nasib nasib penoreh getah ekoran kejatuhan harga getah sehingga RM 2.40 sekilo..

Tapi sebaik saja himpunan ini bermula, langsung tiada pengisian dalam ucapan ucapan pemimpin Pas.. Tak ada pun kata nak bela nasib penoreh..

Sebaliknya ketika ucapan ucapan pemimpin Pas, petugas petugas Pas sibuk mengusung beg plastik meminta wang dari hadirin yang hadir.. Barangkali himpunan ini sebenarnya untuk membuat kutipan untuk mengurangkan BEBAN pemimpin Pas yang kalah dalam beberapa kes saman sebelum ini termasuk Hadi Awang dan Mat Sabu..

AIRASIA MAKIN BIADAP !!! " Yakinlah Bahawa Kapten Anda Cukup Bersedia Untuk Memastikan Pesawat Anda Tidak Akan Hilang " - AIRASIA @NajibRazak @Tonyfernandes @Khairykj



AirAsia makin hari makin melampau.. Terbaru sebuah artikel di majalah penerbangan syarikat tambang murah itu - travel 3Sixty - yang disifatkan 'tidak sensitif' ekoran tragedi MH370.



Gambar tersebut dikatakan menunjukkan halaman 125 majalah itu, dan ia merupakan sebahagian daripada artikel Tiga muka surat yang menggambarkan insiden-insiden lalu di mana juruterbang mendarat di lapangan terbang yang salah dan soal teknikal yang terbabit dalam menangani isu ini, termasuk mempertingkatkan latihan untuk juruterbang. KLIK SINI

WALAUPUN DICERCA DENGAN PELBAGAI CARA DS ROSMAH TETAP MENDOAKAN TERBAIK UNTUK MEREKA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @Tunfaisal





Aku hanya mampu beristighfar bila melihat gambar penghinaan seperti diatas disebarkan oleh penyokong pakatan.. Kadang terfikir jugak, tergamak sungguh penyokong pakatan menyebarkan gambar sebegini, sedangkan DS Rosmah sesekali tidak pernah menganggu ataupun menyakiti hati mereka..

Bila diperiksa latar belakang individu yang menyebarkan gambar ini ternyata budak ini salah seorang dari Read Bean Army

GEMPARR !!! LELAKI DITETAK GARA GARA SAMPAH ??



Satu kes tetak menetak berlaku di Sg Petani.. Mengikut maklumat yang diterima, kejadian berpunca daripada salah faham tentang membakar sampah, kemudian berlaku pertengkaran kecil dan berakhir dengan tetak menetak. Mangsa berbangsa cina dan suspek yang menetak berbangsa india. Jangan salah faham, ini bukan pergaduhan kaum, tetapi kedegilan dan kesombongan mengatasi akal. Sebab tu jadi macam ni.

LIHAT GAMBAR NGERI DI SINI

Friday, 4 April 2014

RAFIZI SERANG @Sir_Azri UNTUK TUTUP KES BAFIA ??


Rafizi satu satunya MP PKR paling bacul dengan menyerang dan mengugut individu yang dikatanya Papagomo dengan mendakwa memberi keterangan palsu di Mahkamah..

Baca tulisan Sir Azri yang mengutuk tindakkan Rafizi dan beberapa MP Pkr yang lain dibawah..


Rafizi Ramli melalui twitter menyerang saya dengan menakut nakutkan saya dengan hukuman 7 tahun penjara kerana dikatakan memberi keterangan palsu di mahkamah. Turut sama menyerang saya adalah N.Surendran ahli parlimen Padang Serai dan Lathefa Koya ahli majlis tertinggi PKR yang juga bekas ahli majlis perbandaran Petaling Jaya. Lathefa Koya dan N.Surendran ini juga merupakan peguam kepada Dato Sri Anwar Ibrahim sewaktu kes saman Anwar ke atas saya.

APA !!! LANGKAH WHEELCHAIR KARPAL DULU SEBELUM NAK LAKSANA HUDUD ???



Biarpun kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

Karpal Singh nampaknya tidak selesa dengan tindakkan itu dengan memberi amaran bahawa Parlimen kena menolak usul yang dituduh Karpal sebagai tidak mengikut undang undang itu dikuatkuasakan di Kelantan..

Menurut karpal, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakmen tersebut.

TAHNIAH BUAT PENGUNDI PR DI PENANG, GUAN ENG PENAIK LAGI SURCAJ AIR



Perkataan TAHNIAH paling sesuai untuk pengundi dan penjilat Dap di P.Pinang dimana kalipah kesayangan Pas yakni Guan Eng bercadang mahu menaikkan lagi surcaj air kononnya mahu rakyat P.Pinang berjimat..

Betul ke alasan tu? Atau dah habis duit PBAPP guna untuk tujuan politik Dap??

Logikah alasan Guan Eng?? Sedangkan PBAPP sedut air dari negeri Kedah tanpa membayar sesen pun kepada kerajaan Kedah..

SIAPA ORANG DALAM YANG TERLIBAT DALAM KES CULIK WARGA CHINA DI SABAH ??



Polis percaya bahawa kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan, yang berpangkalan di selatan Filipina bertanggungjawab terhadap penculikan dua wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna.

Polis turut mengesyaki bahawa tujuh lelaki bersenjata itu mendapat “bantuan dalaman” untuk memasuki resort itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Khamis.

Beliau menambah, “sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.

INFO !!! #MALAMCINTARASUL KEMBALI DI KEDAH @MukhrizMahathir @azeezputera #SelawatPerdana #MahabatturRasul




“ Jika ada majlis yang melupakan Allah, 
Jangan singgah kerana kalau ada musibah turun
di dalamnya kita tak terkena sama.... ”

“Jika ada majlis yang mengingati Allah, maka
singgahlah kalau ada rahmat Allah turun,
 kita pun menumpang juga...”

]VIDEO] !! 10 KEMALANGAN UDARA PALING MISTERI




Elok jika waris2 warga China yang marah kerajaan Malaysia tengok dulu cerita ni..

Thursday, 3 April 2014

PANASS !! TIAN CHUA MASIH KEBAL BIARPUN MENGHASUT RAKYAT GULING KERAJAAN !! @PDRMsia





Biarpun beribu laporan Polis dibuat terhadap Tian Chua dari insiden Bersih,901, hinggalah ke Lahad Datu, sehingga kini Tian Chua masih bebas sebebas bebasnya menghasut rakyat supaya mengulingkan kerajaan..

Baru baru ini Tian Chua sekali lagi berjanji akan mengheret rakyat untuk menjatuhkan DS Najib dalam masa 5 bulan..

Cuba tengok video dibawah ni,

PANASS !!! PUAK PAKATAN MENGANAS DI KEDAH !!! @MukhrizMahathir @PDRMsia


Kira kira jam 3-5 pagi tadi, beberapa pejabat Umno dan kawasan awam telah di conteng dengan perkataan " Reformasi 2.0 ".. Tindakkan tidak bertamadun ini selalunya didalangi oleh puak pakatan..

Untuk makluman semua, perkara sebegini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini juga Bangunan Tunku pernah dicat dengan ayat ayat lucah oleh pihak pembangkang..


Pejabat Umno di Bangunan Tunku

PANASS !!! KALAU MAHFUZ NAK TAU HARAKAH AKHBAR PERTAMA YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKKAN !!



Lawak pulak bila Mahfuz Ketua Penerangan Pas merangkap MP Pokok Sena menggesa kerajaan menyaman akhbar tempatan yang melaporkan pesawat MH370 terhempas sedangkan lidah rasmi Pas sendiri menulis segala keburukkan tentang tragedi MH370..

Cuba lihat muka hadapan lidah rasmi Pas diatas.. Terang terangan mereka seperti mempertikaikan usaha yang dilakukan kerajaan dengan persoalan berniat jahat.. Tapi tiada langsung usaha yang dilakukan untuk membantu kerajaan..

Wednesday, 2 April 2014

PANASS !!! GARA GARA HUTANG TAK BAYAR, EXCO SELANGOR DIMALUKAN PAK SAMAD



Ingatkan dah bila Pak Samad Join PKR, murah rezeki dia, tapi tak jugak sebab dah kena kencing oleh seorang EXCO Selangor.. Exco tu beli 2 lukisan nak hadiah kat Anwar dan Khalid, rupanya ambik macam tu saja tak bayar..

Baca luahan Pak Samad dibawah

Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

TRANSKRIP PENUH PESAWAT #MH370 DENGAN MENARA KAWALAN




Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengedarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, transkrip itu telah dikongsikan dengan ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.

"Transkrip ini telah dikongsi dengan keluarga, dan disertakan sebagai Lampiran kepada siaran akhbar ini. Tidak ada petunjuk apa-apa yang mengatakan ada benda tidak normal dalam transkrip.

PANASS !!! PESAWAT BOEING BOLEH DITERBANGKAN DARI DARAT KATA PAKAR





Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.

Autopilot ‘tanpa gangguan’ itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.

Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.

Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas.

Monday, 31 March 2014

CUKUP CUKUPLAH KADIR JASIN OII


Sumber gambar klik SINI
Tak dinafikan Datuk A Kadir Jasin seorang yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan pernah menerima banyak anugerah dalam kerjayanya..Bekas Ketua Editor NSTP ini bukan calang-calang orang. Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri.

Tapi itu bukan bermakna Kadir layak menyerang pemimpin lain seperti menyerang Perdana Menteri DS Najib atas kepentingan peribadi.. Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin kan..?? Mesti ada sebab kenapa beliau menyerang..

ADUN DAP FITNAH SEKS MINTA MAAF ?? IKHLAS KE TU ??



Ingat lagi bagaimana bekas Speaker DUN Negeri Perak Datuk R.Ganesan dimalukan oleh beberapa orang wakil rakyat DAP yang didakwa terbabit dengan skandal seks pada akhir tahun 2012?.

Berita itu disiarkan oleh kebanyakkan media cetak. Masyarakat India di Lembah Kinta terkejut dengan laporan tersebut kerana mereka mengenali Ganesan sebagai seorang yang lemah lembut dan seorang gentleman.

Lebih mendukacitakan laman-laman blog pro pembangkang mensensasikan isu ini sehingga Ganesan, ketika itu sedang mempengerusikan sidang DUN diaibkan.

PANASS !! SEBELUM MATI, ELOKLAH KARPAL BERTAUBAT !!




22 Okt 1997,Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat !!! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu,Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat !!! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelaran "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja,Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda.. Dan dalam satu sidang media pada Feb 2009, Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat walaupun ketika itu Dap sudah bekerjasama dengan PKR..Selepas desakkan itu dibuat, isu itu terus tenggelam sehingga sekarang walaupun Karpal menjadi peguam bela utama Kes Liwat II Anwar..

VIDEO PANASS !! KEBERANIAN TUN M BALUN MEDIA BARAT



Sejak menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara selama 23 tahun, Keberanian Tun Dr Mahathir memang tak boleh dinafikan, malah cara beliau mentadbir negara dan berhadapan dengan pihak pembangkang memang tidak boleh dipertikaikan.

Termasuk berhadapan dengan negara barat dan media media putar belit mereka seperti CNN dan BBC yang menjual cerita tipu untuk buat duit..


#MH370 !! IT'S ALL ABOUT MONEY ?


Lepas demo, kecoh dan ugutan nak serang kedutaan Malaysia di China, tiba-tiba muncul berita ni,


Lepas dapat pampasan dari syarikat insurans, keadaan dah mula senyap dan sunyi. Kononnya ahli keluarga mereka masih hidup dan tak mengakui apa yang PM Malaysia umumkan hari tu. Kalau tak akui, kenapa nak ambil pampasan insurans kematian?

Sunday, 30 March 2014

PANASSS !!! APA MOTIF ISRAEL SIMPAN PESAWAT KLON MH370 ?? #MOSSAD #CIA


EN ROUTE TO ISRAEL, NOVEMBER 4, 2013 - The former Malaysia Airlines Boeing 777-2H6(ER) (now a GA Telesis plane with new registration as N105GT) departs the Aéroport Tarbes-Lourdes-Pyrénées en route to Tel Aviv's Ben Gurion Airport, November 4, 2013. - See more at: http://www.bollyn.com/#sthash.aYj4LO7l.dpuf

Terkejut bukan ?? Tapi memang benar benar berlaku.. Christopher Bollyn seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World
menulis teori ini dilaman webnya http://www.bollyn.com/.


EN ROUTE TO ISRAEL, NOVEMBER 4, 2013 - The former Malaysia Airlines Boeing 777-2H6(ER) (now a GA Telesis plane with new registration as N105GT) departs the Aéroport Tarbes-Lourdes-Pyrénées en route to Tel Aviv's Ben Gurion Airport, November 4, 2013. 
Menurut Bollyn Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013..

#MH370 !! CHINA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN UDARA SEJAK 1982



Rupanya kemalangan melibatkan penerbangan dari China sudah mencecah 20 kali sejak tahun 1982 dan boleh dikatakan juga rekod penerbangan mereka lebih teruk berbanding MAS..

Tapi disebabkan MAS berkongsi kod laluan bersama Southern Airlines maka rakyat China meletakkan segala kesalahan dibawah bahu MAS dan kerajaan Malaysia..


Kenapa mereka tak marahkan Southern Airlines ?? Sebab Kesemua warga China yang berada didalam pesawat MH370 itu membeli tiket dari Southern Airlines, bukannya MAS dan kebetulan pula pesawat MAS ditugaskan pada malam itu..

Benda nak jadi, terima saja qadar dan qadar.. Ops lupa pulak yang warga China bukan ada agama pun kan..


BIAR NAMA MUSA HITAM SUDAHLAH, JANGAN HATI PUN HITAM SAMA



Maaf Tun Musa Hitam kerana saya mengunakan bahasa yang agak kasar kepada Tun.. Bukan nak menghina Tun tapi saya cuma nak tulis tentang fakta sebenar apa yang Tun Musa cakap sewaktu dalam satu  Diskusi Politik Malaysia "Dulu dan Sekarang" anjuran Kerajaan Kelantan dan moderatornya Prof Datuk Dr Mohamamad Agus Yusof..

Selepas hampir 30 tahun, Baru sekarang Tun Musa menuduh Tun Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu peristiwa Memali pada 19 November 1985...

Ketika itu Tun Musa Hitam ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan ketika itu juga Tun Musa Hitam juga menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri..