Biarpun kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
Karpal Singh nampaknya tidak selesa dengan tindakkan itu dengan memberi amaran bahawa Parlimen kena menolak usul yang dituduh Karpal sebagai tidak mengikut undang undang itu dikuatkuasakan di Kelantan..
Menurut karpal, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakmen tersebut.
DAP secara TEGAS dengan pendirian MENENTANG PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini.
Pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada kezahiran DAP yang selama ini memang anti undang undang HUDUD kata bekas pengerusi DAP itu lagi.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakannya.
Kenyataan Media
Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :
1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
2. Kerajaan Kelanan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.
3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.
4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.
Sekian, salam hormat.
(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)
Menteri Besar Kelantan.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M
Pedulikan siPENDATANG BABIDAPkapalNYANYOKCEPATMAMPUSS ni!
ReplyDeleteAsyik nak suruh kita BUMIPUTERA ISLAM/Melayu TUNDUK kat KAPIRBABIDAP ni?! PI MAMPUSSlah dr. TANAH MELAYU ISLAM, pusaka nenek moyang kami berzaman, dr. sebelum di jajah si KAPIR laknat British-ZIONIS lagi!
Makcik Sambal Belacan.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
ReplyDeletePAS please proceed with Hudud. Table it in Parlimen. Mana-mana MP Islam yang tak undi menyokong termasuk Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Mat Sabu akan masuk Neraka Jahanam kerana PAS dan UMNO sudah bersetuju cuma puak-puak MP Islam PKR sahaja yang lebih berminat berpolitik, mau kuasa, mau jawatan, orang Islam mampus hidup melarat pun tak apa. Kepada semua MP Islam ingatlah Allah akan tanya kepada kamu semua, kenapa kamu tak undi menyokong untuk menegakkan hukum Allah sedangkan kamu berpeluang berbuat demikian.
Seekor burung sanggup mengambil air dengan menggunakan paruhnya untuk memadamkan api yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. kerana ia takut nanti Allah tanya ia kenapa kamu tak buat apa2. Sedangkan apalah sangat air dari paruh seekor burung boleh buat dengan api besar yang dinyalakan oleh Namrud.
Kepada PAS, jangan takut untuk menegakkan hukum Allah dan jangan takut hilang kuasa ataupun kalah (pilihanraya) didunia tapi anda akan tetap menang di akhirat nanti. Lagipun, dengan bantuan UMNO, anda boleh menang lebih banyak kerusi, percayalah kerana umat Islam di Malaysia melebihi 60%. So, apa yang nak ditakutkan.