Sunday, 30 March 2014
BIAR NAMA MUSA HITAM SUDAHLAH, JANGAN HATI PUN HITAM SAMA
Maaf Tun Musa Hitam kerana saya mengunakan bahasa yang agak kasar kepada Tun.. Bukan nak menghina Tun tapi saya cuma nak tulis tentang fakta sebenar apa yang Tun Musa cakap sewaktu dalam satu Diskusi Politik Malaysia "Dulu dan Sekarang" anjuran Kerajaan Kelantan dan moderatornya Prof Datuk Dr Mohamamad Agus Yusof..
Selepas hampir 30 tahun, Baru sekarang Tun Musa menuduh Tun Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu peristiwa Memali pada 19 November 1985...
Ketika itu Tun Musa Hitam ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan ketika itu juga Tun Musa Hitam juga menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri..
Menurut Tun Musa Hitam, Tun Mahathir tidak berada di China, tetapi berada di Malaysia bukan setakat hari pertama kejadian sahaja, malah hingga hari ke empat.
ini videonya
Anda boleh baca disini laporan daripada portal pembangkang
Tapi saya tak tahu apa motif Tun Musa Hitam untuk menipu dalam Foum berkenaan kerana laman PMO mencatatkan ucapan Tun M pada 22.11.1985 di Qing Hua University Beijing sekaligus membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir memang berada Di China.
Malah dalam buku " Five Principles of Chinese Policies" menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir sememangnya di China pada 20 - 28 November 1985.
Barangkali dendam lama Tun Musa Hitam terhadap Tun Dr Mahathir datang kembali atau Tun Musa marah kerana tidak di lantik menjadi mana mana Pengerusi GLC sebab itu Tun Musa meletak segala kesalahan yang berlaku pada tragedi Memali dibawah Tun Dr Mahathir..
Baca apa yang ditulis Pengundi Setia Sg Rapat
Saya rasa, memang benar Tun Musa Hitam ada pergi jumpa Dr.M di Lapangan Terbang, sebelum bertolak ke China. Tetapi ianya sebelum kejadian Memali. Tujuannya adalah kerana, ketika itu ada ketegangan kaum. TMH khuatir akan berlaku rusuhan kaum seperti 1969. Sebagai Menteri KDN, beliau tidak yakin dapat menanganinya seorang diri. Saya percaya insiden Memali dicetuskan untuk ‘meneutralkan’ ketegangan kaum, ketika itu.
ReplyDeleteSatu hakikat lain yang Musa Hitam tidak beritahu ialah, pada masa kejadian Memali, ketegangan kaum amat meruncing. Di Sg.Way, ramai operator kilang sudah mula tidak datang kerja dan production terhenti. KL mulai lenggang kerana orang tak berani keluar rumah. Akhbar Cina /Melayu asyik kutuk-mengutuk dan mencemuh cadangan/menyokong kerajaan untuk menempatkan guru-guru Melayu di SRJK.
Akibat serangan Polis di Kg. Memali, keesokan hari, semua akhbar menukar tajuk utama mereka. Radio dan TV memainkan lagu-lagu patriotik dan mesej: ‘Jangan Dengar Khabar-khabar Angin’, sama seperti suasana pasca 13Mei,1969. Secara otomatik, keteganggan kaum terus reda dengan sendirinya. (Pada 1987, terjadi lagi ketegangan kaum atas sebab yang sama, nasib baik diredakan oleh amukan Prebet Adam).
Pasukan polis yang mengempur Kg.Memali bukan datang dari Balai Polis Baling, tetapi Sg.Petani. Harus diingat, pada 1970~80an, Polis dan tentera asyik bergaduh dan ramai yang mati, terutama di bandar Ipoh. Tentera marah kerana ada yang mempunyai saudara-mara di Memali. Mereka juga marah kerana tidak diberitahu terlebih dahulu. Bila menentang komunis, mereka di minta untuk tolong, tapi dengan orang kampung yang bersenjata senapang tembak tupai dan parang, mereka tidak diberitahu.
Sehari selepas kejadian Memali, Balai Polis Baling telah di kepong oleh tentera-darat yang berkereta perisai V150, lengkap bersenjata dari Kroh (Pengkalan Hulu). Beratus orang askar telah menggoncang pagar dan mengancam untuk serang Balai. Ahli-ahli keluarga di dua block penghuni, berpelukan, menangis ketakutan.
Musa Hitam bergegas datang dengan helicopter, mendarat di padang Jam (ketika itu Padang masih besar), sebelah Masjid yang dipisahkan Balai Polis oleh jalan kecil ke Kg. Lubok Pedati/Kg. Bawah Gunung, untuk mententeramkan keadaan. Kalau tak percaya, tolong tanya Musa Hitam, benarkah beliau telah berjaya menyuraikan pertempuran antara polis dengan tentera di Baling, sehari selepas kejadian Memali?
Yang jelas Musa Hitam, sebagai KDN telah mengambil tindakan kejam terhadap bangsa sendiri untuk meredakan ketegangan kaum.
terimakasih tuan RD
ReplyDeleteEncik RD,
ReplyDeleteAwak kata "Beratus orang askar telah menggoncang pagar dan mengancam untuk serang Balai. Ahli-ahli keluarga di dua block penghuni, berpelukan, menangis ketakutan."
Ini maklumat khabar angin mana awak dapat dan sebarkan..?
Maksudnya ratusan askar tu dapat arahan daripada Panglima Tentera ke apa?
Askar tidak sewenang2nya beramai2 nak buat tindakan sendiri macam tu tanpa arahan Panglima ATM.
Janganlah tambah lagi kekusutan...berita yang x pasti.
Aku rasa si RD adalah singkatan buat Red China Doll. Saja nak mengeruhkan keadaan dengan cerita dongeng 1001 malam karangan Hmpas berlidah pengarang nafsul serakah. Janganlah memomokkan benda reality dengan dongeng, kalau benarlah, semua orang tau, mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia tak boleh tutup. Negara Malaysia terkenal dengan kelembapan dalam bertindak hingga isteri PM boleh dibuat bahan lawak jenaka dan mainan tohmahan di serata alam siber malah di dalam pejabat2 Kerajaan sendiri. Jika keras gitu Kerajaan Malaysia boleh mengawal segala macam hal, dah pasti Manusia Malaysia hari ini adalah manusia robotic yang paling berhemah dan bertamadun tinggi. Dah 30 tahun peristiwa hitam itu berlaku, tak perlu dihitamkan lagi dengan mainan politik Musa Hitam, Lebih baik Tun mempersiapkan diri ke alam akhirat kerana Carlos dah lama menunggu di sana.
ReplyDeletemusa hitam,
ReplyDeleteDi mana Mahathir berada jadi masalah jugak ka? Bukan kenapa Ibrahim Libya memberontak ? Atas Amanat siapa semua ini terjadi?
Kenapa hang tak tanya dimana jam Omega Nuar sekarang dan macammana boleh hilang?
Hang pon sama spesis main lobang kunyit macam Nuar?
Si PENGKHIANAT MUSANG nikan hidup mewah dan glamour bukan main, mcm. omputih - disyaki diBIAYAI sbg. ejen tempatan Barat-ZIONIS!
ReplyDeleteYg. ganjilnya keluar pula kenyataan dajal PENIPU dia ni sewaktu baru keluar artikel BERNAS, yg. tersebar meluas kat Barat, mengaitkan MAS kita yg. hilang itu dgn. Soros dan memuji YAB Ayahanda Tun kita!
Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk penglibatan si ZIONIS Soros, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun kita - di http://www.sovereignindependentuk.co.uk/2014/03/28/latest-posts-role-of-israel-and-soros-exposed-by-mh370-twin-jet-in-tel-aviv-top-10-veterans-stories-in-todays-news-march-26-2014-adl-deceit-sinks-judgeship-t/, Role of Israel and Soros Exposed by MH370 Twin Jet in Tel Aviv, By Yoichi Shimatsu, March 26, 2014!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Anon 10:54.
ReplyDeleteSaya berumur 25 tahun semasa kejadian Memali. Masa tu saya baru berkerja di Sg.Way. Jadi saya tahu mengenai kehadiran pekerja di kilang.
Pada pagi selepas kejadian, kilang tidak dapat beroperasi dan kami diberi cuti, saya kelam-kabut cari adik yang tinggal di Batu 3, Jalan Cheras kerana takut jadi macam 13Mei, 1969.
Saya anak Polis dan bapa saya ketika itu bekekerja di balai polis Baling. Adik perempuan saya ramai dan menetap di Balai Polis Baling. Mereka bercerita bagaimana bapa saya lari balik rumah, di tingkat 4 dan 'berjaga' di luar rumah, bersenjata.
Mungkin orang muda tidak tahu, bahawa Polis dan Tentera adalah musuh ketat pada 1970 ~ 1980an. Saya belajar di Ipoh dan berkawan dengan ramai Tentera dari Kem 6 @ 8 (saya lupa) Renjer. Saya tahu berapa ramai mati bergaduh, terutama selepas dapat gaji. Pasal itu gaji Tentera dibayar pada 25hb. untuk mengelak pertembungan atau berebut perempuan kelab malam, terutama di Bazzar Bulat (sekarang dah tak ada). Pada 1970an, tiada pencegak maksiat, jadi nak minum arak di kaki-lima kedai tak jadi masaalah.
Kalau kamu tak percaya, tanyalah orang tua-tua.
Terima kasih tuanpunya blog kerana percayakan saya.
Untuk pengetahuan Tuan Punya blog, saya tidak akan menyokong Pakatan, selagi saya bernyawa. Tapi tak bermakna saya sokong BN membabi-buta.
ReplyDeleteDan saya amat menghormati dan menyanjungi Tun Dr.M.