Thursday, 3 April 2014

PANASS !!! PUAK PAKATAN MENGANAS DI KEDAH !!! @MukhrizMahathir @PDRMsia


Kira kira jam 3-5 pagi tadi, beberapa pejabat Umno dan kawasan awam telah di conteng dengan perkataan " Reformasi 2.0 ".. Tindakkan tidak bertamadun ini selalunya didalangi oleh puak pakatan..

Untuk makluman semua, perkara sebegini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini juga Bangunan Tunku pernah dicat dengan ayat ayat lucah oleh pihak pembangkang..


Pejabat Umno di Bangunan Tunku






Van Umno Bhg Kubang Pasu juga di cat

Pejabat Umno Bhg Jerai

Jambatan di Sekitar Langkawi

Sebentar tadi Setiausaha Kerja Umno Negeri Kedah Saudara Haris Che Mat, Ketua Pemuda Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy serta seluruh Ketua Pemuda Bahagian mewakili YAB Menteri Besar Kedah mengadakan sidang media mengutuk sekeras kerasnya tindakkan tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar pihak polis menjalankan siasatan.







Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan Ibupejabat Umno Negeri Kedah.

Bukan sahaja ia mencerminkan kedangkalan minda pelakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan berpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam.

Saya bimbang jika hasutan sesetengah pemimpin akan menggalak para penyokong mereka menjadi taksub dan hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak di luar batasan. Jika tidak dibendung dengan segera, adalah dikhuatiri ia boleh menimbulkan masalah yang lebih rumit dan sukar ditangani sehingga merugikan semua pihak, khususnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Saya memahami perasaan penyokong-penyokong UMNO ketika ini ekoran insiden tersebut tetapi saya menyeru semua penyokong UMNO supaya berfikiran rasional, bertenang dan bersabar dalam menghadapi provokasi ini. Jangan pula penyokong UMNO terikut-ikut dengan sikap tidak bermoral pihak yang dangkal akal dan fikiran itu.

Pada masa yang sama, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan selaku Menteri Besar Kedah Darul Aman, saya menyeru pihak polis supaya sentiasa mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden yang menimpa Umno Negeri Kedah tidak berulang.

Harapan saya semoga kita berpolitik secara sihat dan beradab, menegakkan perjuangan dan fahaman dengan ikhlas dan saling menghormati dengan berpaksikan pada nilai-nilai sosial yang murni, demi agama, bangsa dan tanahair.

Sekian.



DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 3 April 2014

3 comments:

  1. Dah kering idea so buat la kerja budak tadika sekolah china

    ReplyDelete
  2. Mossad/IsraHELL-CIA-MI6-NATO, serta ejen tempatan mereka dari DAPBANGKAI/PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap, memang mahu menghuru-harakan negara, termasuk melalui insiden MAS itu dan menyebabkan satu lagi 13 Mei!

    Dan malangnya, kalau kita, umat Islam tak berhati dan juga berpecah, Tanah Melayu kita ini juga akan tumbang pd. Yahudi Zionis ini mcm. Palestin yg. amat malang - si Yahudi ini bukan hanya jauh di IsraHELL. Ini ialah kerana si Yahudi Zionis adalah DALANG belakang PAP-DAPBANGKAI (ramai dr. CinaRASIS ini telah menjadi Kristian Zionis - fahaman Kristian yg. bersatu dgn. fahaman Zionisma) untk merampas Temasik (S'pura) dan menyebabkan 13 Mei - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009!

    Jadi, KDN juga harus MENYIASAT, dan tangkap bawah undang-undg TERORISMA! kalau tidak, sampai bila-bila PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL ni akan bermaharajalela, mensasarkan umat ISLAM/Melayu!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  3. mungkin geng umno conteng kot lepas tu tuduh orang

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda