Saturday, 15 June 2013
BETUL KATA PAK BERAHIM !! AHLI PAS MANA PERNAH HINA NABI !! BUKTINYA ??
Setelah berbulan bulan berminggu minggu dan berhari hari Baginda Rasulullah dihina oleh penyokong Dap dan pakatan laknatullah, baru semalam Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Berahim bersuara tetapi masih menafikan pengikutnya terlibat..
Tapi benarkah orang orang Pas tidak pernah menghina Nabi ?? Kalau ikut kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pemimpin Pas seperti Nik Aziz, Nizar Jamaludin, Khairul Fahmi Mat Som dan pencacai kasta bawahan seperti Khalid Syiah seperti dibawah, bukankah kenyataan mereka ini berniat untuk menghina Nabi ??
PANASSS !!! BILA MALAUN MALAUN PAS NAK BERAMBUS DARI GLC ??
Agaknya bila malaun malaun Pas nak berambus dari menduduki jawatan jawatan besar dalam GLC di Kedah.. Bukan apa, depa ni dah mula nak tunjuk diri depa tu orang koperat bila BN dah pegang balik Kedah.. Sebelum ni depa bukan koprat pun tapi KEPARAT yang menjahanamkan duit rakyat untuk kepentingan peribadi..
Sebagai contoh tokoh keparat Pas bernama Hj Sobri yang masih lagi menjawat sebagai Pengarah di KTPC sehingga kini.. Masa kempen PRU13 baru ni pun tokoh keparat ni juga berkempen menghentam UMNO/BN..Tapi bila kerajaan BN dah memerintah, malaun ni dah mula berlakon nak jadi orang koperat, mula masuk pejabat on time, mula baca Utusan dan Berita Harian.. Bak kata orang dia ni dah lebih biru dari orang BN sendiri..
PROTES DI TURKEY DEDAH WAJAH SEBENAR PR
Jika selama ini ada usaha untuk menyamakan AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan Turki) dengan Pakatan Rakyat khususnya PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS (Parti Islam Malaysia -versi Erdogan), namun dengan berlakunya satu peristiwa pada 31 Mei di Gezi Park, Istanbul, perhimpunan yang asalnya aman telah bertukar menjadi ganas, maka usaha menyamakan itu dianggap satu ejekan.
Sehingga ke hari ini, tiada kenyataan daripada pimpinan Pakatan yang mengkritik keras para demonstran dan membela AKP pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Ketua Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mewar-warkan dirinya pernah ditawar menjadi ‘penasihat PM Erdogan dan Presiden Turki, Abdullah Gul’, semakin mendiamkan diri, sedangkan sebelum ini apa yang berlaku di luar negara khususnya, Turki, beliau dengan segera mengeluarkan kenyataan rasmi.
APASAL SI HUSAM MEROYAN SAKAN SANGAT NIE ??
Husam masih terkenang dirinya exco ?? atau sakit hati tidak dapat panaskan kembali kerusi kegemaranya ?? Nampaknya seorang demi seorang puak puak edorgan dalam Pas dibuang bagaikan sampah..Kalau tak percaya tanya Husam..Kalau dia nampak okay kenapa dalam perhimpunan pakatan pembangkang dua hari lepas, Husam mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
Segerombolan puak edorgan Pas yang berkiblatkan Anwar sekarang ini makin lantang menyokong usaha Anwar untuk mengajak penyokong Pas untuk turut serta dalam program Blackout pada 22 Jun nanti.. Padahal kumpulan ulama Pas sendiri menolak segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara jalanan..
Husam menyelar tindakkan pemimpin pemimpin Pas Kelantan yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.
CERITA MENARIK SI PEROMPAK BANK YANG DIROMPAK PENGURUS BANK !!
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
JANGAN LUPA SEBENTAR LAGI KULIAH AGAMA MINGGUAN DI SERI MENTALON AKAN BERMULA !! ANDA BOLEH LIHAT SECARA LIVE DI SINI
Kepada rakyat Kedah yang tinggal berdekatan dengan kediaman rasmi MB ataupun di daerah daerah berdekatan, jangan lupa untuk menghadiri program kuliah agama pada jam 10 pagi nanti...
Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh lihat secara live di sini
Friday, 14 June 2013
GEMPARR !! LELAKI CHINA SIMPAN ALIEN DALAM PETI SEJUK ??
Li Kai mencetuskan kegamatan apabila memuat naik beberapa gambar yang didakwanya mayat makhluk asing itu.
Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas polis melancarkan siasatan berhubung cerita luar biasanya.
Li, dari Binzhou di wilayah Shangdong menulis dengan panjang lebar di dalam Sino Weibo, laman seperti Facebook di China, mengenai penemuan luar biasanya. Dia menceritakan bagaimana dia menemui makhluk bintang Marikh selepas mengekori beberapa pesawat UFO sepanjang Sungai Kuning di China.
PANASS !! ZIN BADAK PUNCA BN KALAH DI SELANGOR ???
Semua sedia maklum bahawa Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Selangor. Natijahnya koordinator BN, Dato' Ir Mohd Zin Mohamed dituduh sebagai pihak yang harus dipertanggungjawabkan atas kekalahan ini.
Namun khabar kurang enak diterima mendakwa bahawa Mohd Zin atau dikenali dengan panggilan "Zin Badak" menerima sejumlah wang dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk memastikan BN tewas dalam percaturan politik Selangor, dan hal ini bukan dihebahkan oleh orang sebarangan, sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Selangor sendiri, Ungku Salleh Ungku Jamal.
KERAJAAN KEDAH GUNA KAEDAH PEMBELAJARAN SISTEMATIK UNTUK KELAS KAFA @MukhrizMahathir
Kerajaan Kedah akan menggunakan kaedah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang lebih sistematik dalam mengekalkan asas pengajaran Islam di kalangan generasi muda hari ini.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sehubungan itu pelbagai bantuan dan kemudahan akan terus dihulurkan bagi mengelak budaya negatif mempengaruhi golongan remaja.
"Kerajaan melalui cara pembelajaran yang lebih sistematik demi menjaga kesyumulan akidah Islam di kalangan generasi remaja supaya tidak mudah terjerumus ke dalam kancah seks bebas, kelahiran anak luar nikah, kes hidu gam dan dadah yang kian memular dalam masyarakat," katanya ketika menutup majlis Kokurikulum KAFA Peringkat Negeri Kedah, di Dewan Serbaguna Kem Batallion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini Khamis.
@Medan_Tempur SANGGUP SAHUT CABARAN DATUK SERI @NajibRazak
Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar
Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.
KLIA2 LAMBAT SIAP !! AIRASIA DESAK KERAJAAN SIASAT TAPI BILA AIRASIA SELALU DELAY SIAPA NAK SIASAT ??
Sebelum Airasia desak kerajaan tubuh badan bebas untuk menyiasat kelewatan pembinaan KLIA2, lebih elok Airasia siasat dulu kenapa flight Airasia selalu delay.. Bila dah siasat dan dapat tau keputusan baru Airasia berhak untuk desak kerajaan..
Lepas tu Airasia kena cari jalan untuk cepatkan bayaran balik hutang Airasia kepada MAHB..Airasia juga tak perlu nak tunding jari kepada pihak lain semata mata mahu menutup kesalahan.. Sama seperti isu isu yang berbangkit sebelum ini, Airasia tidak pernah sesekali memohon maaf jika pihaknya membuat kesilapan malah mempertahankan lagi tindakkan mereka..
Bukan seorang dua yang pernah rasa kerenah birokrasi Airasia, setiap hari ada saja penumpang akan alami nasib yang sama.. Paling menyakitkan bila isu remeh diperbesarkan sehingga seseorang itu tidak dapat menaiki penerbangan..Seorang rakan saya pernah menjadi mangsa kebodohan kakitangan Airasia.
EKSKLUSIF !!! GAMBAR NGERI + VIDEO KE ' LUNTURAN ' PENCAWANG ATAS MENARA UMNO P.PINANG
Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.
“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
Thursday, 13 June 2013
HAIYAA !!! INI APEK TALAK TAU BAHASA MELAYU PUN BOLEH JADI CM KA ??
Bolo punya olang, itu runtuh sama luntur tak tau beza ka ?
Itu runtuh maksud jatuh, itu luntur maksud berubah ( berubah warna )
Manyak sohaii punya apek.. Ini macam punya cakap pun diangkat jadi hero ka ??
Gambar Kredit Anak Seberang
JAMBATAN RUNTUH !!! KONTRAKTOR DAPAT PROJEK BILION TAPI STAF TAK DAK GREEN CARD !!
Bila pekerja kontraktor bilis kelas F takdak green card, depa tekan juga suruh pi dengar kursus CIDB, kalau takdak green card tak boleh dapat projek.. Tapi bila kontraktor bertaraf jerung dapat projek berpuluh juta, pekerja tak dak green card pun tak pa..
Sungguh adil dan saksama layanan yang diberikan kepada kontraktor kelas besar dab kontraktor bilis kelas F.. Bila dah berlaku kejadian runtuh macam ni barulah nak itu nak ini.. Sepatutnya CIDB perlu pantau setiap projek projek yang tengah dibina.. Kerap buat pemantauan, datang buat spotcek tiap tiap bulan.. Bukan susah sangat pun..
Dalam hal ini aku tak salahkan 100% CIDB tapi aku nak nasihatkan supaya perbanyakkan pemantauan.. Ambil saja tindakkan kontraktor kontraktor yang gagal mengikut peraturan binaan.. Projek depa makan berjuta juta tapi green card yang RM 50 tu pun kedekut nak bayar..
PANASSS !!! DATUK @MukhrizMahathir JUAL KEDAH KEPADA PELABUR UNTUK BAYAR HUTANG PAS 3 BILION ??
MB bersama pelabur Jepun |
Tudiaa, apa dah jadi ni Datuk ?? sampai nak kena jual negeri kepada orang asing ?? Buat apa nak jual Kedah kat pelabur? kan Kedah ni KAYA dengan BALAK ?? Hehe
Tengok kerajaan Pas sebelum ni, depa tak payah nak jemput pelabur masuk pun, dengan hasil balak depa dah cukup bangga dengan perolehan berjuta juta seperti tercatat diatas kertas.. Tapi kemana wang berjuta juta tu dibelanjakan pun cek taktau..
TUDIAA !! PATUTLAH PUAK PAS KEDAH MEROYAN SAKAN.. RUPANYA PASAL NI KA?? @MukhrizMahathir #AkuJanjiBNKedah #JanjidiTepati
Kerajaan negeri akan melaksana semula projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dengan nilai pelaburan berbilion ringgit selepas tertangguh beberapa tahun di bawah pentadbiran Pas Kedah sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh) yang juga merupakan pemaju asal akan menerajui projek itu dan satu perjanjian baharu dengan syarikat terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat.
"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya merealisasikan projek ini. Merapoh masih merupakan pemaju utama dan tidak timbul lagi soal dana kerana ada pelabur yang akan membantu. Perkara ini penting kerana melibatkan pelaburan berbilion ringgit," katanya.
AIRASIA HORROR !! KEJADIAN YANG SAMA DIALAMI OLEH SEMUA PENGUNA
Mungkin kebanyakkan penguna airasia pernah mengalami nasib yang sama seperti video diatas..Ada penguna yang dah serik dan ada yang belum..
Kepada airasia, kalau nak buat tambang murah pun, janganlah sampai tak servis flight tu..
Wednesday, 12 June 2013
PANASS !! RAKYAT KEDAH MUNAFIK ATAU KULIAH MINGGUAN ERA KERAJAAN PAS BERUNSUR POLITIK ???
Sebenarnya aku ada beberapa pekara nak ulas pasal kuliah mingguan di seri mentalon yang diwujudkan semasa kerajaan Pas mentadbir.. Sebab ada isu yang merunsingkan bermain difikiran selepas kuliah pertama diadakan dibawah kerajaan BN sekarang..
Kuliah agama yang dianjurkan dibawah pemerintahan kerajaan Pas sebelum ini memang baik dan diterima oleh rakyat (penyokong Pas).. Setiap minggu hampir 2000 rakyat Kedah (penyokong Pas) menghadiri kuliah agama yang diadakan.. Namun selepas Kerajaan Pas tumbang, rakyat khususnya penyokong Pas tetap mahukan program sebegini diteruskan..
Demi Islam dan rakyat Kedah, YAB Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir meneruskan program sebegini dengan bantuan Dato Mufti Kedah.. Mengikut jadual, program kuliah ini sepatutnya berlangsung pada 1hb Jun terpaksa diubah ke 8hb Jun, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, maka dewan Seri Mentalon digunakan untuk majlis rasmi Jamuan Teh Diraja.
TANAH TERGADAI ?? APA DAH JADI DENGAN PASAR SENI @TengkuAdnanReal @NajibRazak ??
Hasil daripada cerita Pasar Seni hilang nilai seni Malaysia yang aku tulis semalam ( klik sini ), ramai yang memberi pendapat bahawa memang benar Pasar Seni dah hilang nilai nilai seninya.. Tetapi ada lagi isu besar yang terselingdung di belakang Pasar Seni..
Sahabat aku yang kebetulan berniaga di sini telah menceritakan sedikit sebanyak masalah mereka.. Sebelum ini isu Pasar Seni dipajak ke syarikat bukan bumiputera oleh Uda Holding telah di bongkarkan oleh NGO Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)..
PANASS !!! @tunfaisal DEDAH PERANAN UMB DALAM #PRU13
Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap masyarakat.
Biarpun diiktiraf sebagai lawan yang ketat oleh pembangkang, terdapat sejumlah serangan yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu dari dalam UMNO sendiri kerana salah tanggap atau kerana tidak senang dengan kejayaan UMB serta pengiktirafan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memandangkan UMB bukan satu-satunya kumpulan yang membantu operasi Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 maka adalah adalah adil jika sebarang kejayaan dan kelemahan operasi sepanjang tempoh PRU13 ditanggung bersama oleh semua kumpulan yang terlibat termasuk ketua yang mengendalikan keseluruhan operasi.
SEORANG LAGI SUSPEK HINA YDP AGONG AKAN SERAH DIRI
Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu' adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
PANASS !!! TAK DAK POINT NAK FITNAH MUKHRIZ, ISTERI PULA JADI MANGSA BELOGER PR !!
Baru sebulan lebih Datuk Paduka Mukhriz mentadbir Kedah, dah macam macam puak puak PR lancarkan serangan peribadi terhadap beliau, bermula dengan kenduri rakyat, Datuk Mukhriz bercuti, kuliah agama di Seri Mentalon diharamkan dan terbaru pelaburan bernilai 1.2bilion di Langkawi..
Kesemua isu isu diatas telah dijawab dengan fakta yang jelas dalam artikel aku sebelum ni.. Tapi tuduhan paling tak boleh blah dari beloger Pas Kedah ialah terhadap isteri MB, kononnya isteri MB sewa bot mewah untuk ke Langkawi.. Ce hangpa pikiaq, buat apa isteri MB sewa bot mewah kalau guna flight dan heli lebih cepat.. ?? Naik bot mewah macamana pun tetap lambat jugak sampai.. Nampak tak kebodohan tahap cipanzi beloger Pas kedah ni ??
Tapi cerita betuinya Isteri MB tak ada pun pada majlis pelancaran tu.. So, fitnah lah kan ??
PANASS !!! ADA ADUN PAS KEDAH SEDANG BERPAKAT DENGAN SYAITONN NAK JATUHKAN RAKAN SENDIRI ?? #5Tahun3Bilion
gambaq lama masa depa perintah |
Wahh, ingatkan dah selesai masalah dalaman Pas di Kedah lepas Mahfuz dilantik sebagai Pesuruhjaya Negeri, rupanya ada lagi yang tak puas hati sesama sendiri..
Ceritanya masih sama iaitu soal perlantikkan Pesuruhjaya dan siapa yang bakal di lantik sebagai ketua pembangkang di Kedah.. Tapi yang aku dapat tau dari sumber yang rapat dengan Adun yang dimaksudkan tu memang la ni ada gerakkan nak jatuhkan rakan sendiri..
Peliknya bukan seorang tapi 2 orang yang sekarang ini dilihat boleh mengagalkan usaha Adun ini untuk mengembangkan sayap hitamnya di seluruh Kedah..
Tuesday, 11 June 2013
TENGOK CARA ORANG THAILAND HORMAT RAJA MEREKA !!
Gambar diatas aku ambil dari blog CTS.. Lihat sendiri bagaimana orang Thailand hormat pada keluarga Raja mereka.. Perdana Menteri Yingluck mengadap puteri Raja Thailand pun kena duduk menyembah..
Ini menunjukkan bahawa rakyat Thailand cukup hormat kepada Raja mereka.. Lain pula di Malaysia.. Kaum kaum cina dap serta beberapa orang Melayu sanggup menghina dan mempertikaikan Sultan sendiri.. Ada juga yang sanggup berguling guling diatas jalan sebagai tanda protes dengan tindakkan Sultan..
PANASS !! @TengkuAdnanReal APA DAH JADI DENGAN PASAR SENI ?? MENJUAL SENI ORANG MALAYSIA ATAU SENI NEGARA ASING ??
Aku tersentuh pulak nak kongsi cerita pasal Pasar Seni atau Central Market (CM) yang terletak di sebelah kompleks Daya Bumi KL.. Baru baru ni masa cuti sekolah aku ada melawat CM.. Dah lama tak pi, jadi singgahlah sekejap kat sini..
Bila masuk dalam CM aku tengok dah banyak yang berubah.. Kedai yang aku selalu singgah dulu pun dah tutup.. Lepas tu kat laluan sebelah jalan kasturi pun dah tutup sebab depa dah buat kasturi walk yang dipenuhi kiosk kiosk kecil.. Terjumpa pulak dengan seorang sahabat lama kebetulan berniaga disitu..
PENGUATKUASA SPAD MAKAN SEPAK DRIVER LORI
Seorang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini.
Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas.
"Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar. Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami.
Ada sahabat saya yang sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang ini. Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan kepada kami", kata seorang pemandu lori yang menghubungi PDO.
Menurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak memperkenalkan diri. "Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau lagi. Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika bertugas supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.
Sumber
Monday, 10 June 2013
LAGI PESAWAT TERGELINCIR DI INDONESIA [ VIDEO ]
Sebuah pesawat MA-60 yang dikendalikan oleh Merpati Airlines tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang El Tari Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) hari ini.
Nahas itu menyebabkan badan pesawat patah dua, namun kesemua 46 penumpang terselamat dalam kejadian itu dan empat anak kapal dilapor selamat.
Seorang pegawai lapangan terbang berkata, terdapat sebahagian penumpang yang cedera namun tiada kematian yang dilaporkan.
Ketua pihak berkuasa lapangan terbang, Imam Pramono berkata, pesawat enjin berkembar turbo MA-60 buatan China itu mengalami kesukaran sewaktu mendarat.
Beberapa saksi berkata, sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan kesemua mereka dikejarkan ke hospital tentera udara.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Pada Mei lalu, sebuah lagi pesawat MA-60 yang diterbangkan oleh Merpati Airlines terhempas di laut timur Indonesia, mengorbankan kesemua penumpang.
VIDEO ROMPAKKAN DI KOTA BAHRU SEMALAM
Polis menembak mati seorang penjenayah, manakala rakannya berjaya meloloskan diri ketika mereka yang bersenjatakan pisau dan pistol cuba merompak sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berhenti di hadapan kedai sebelum meluru masuk ke dalam premis.
Kedua-dua suspek termasuk seorang daripadanya memakai topi keledar kemudian mengacukan pisau ke arah pemilik premis dan pistol ke arah seorang kerani lalu mengarahkan mereka membuka ruang pameran barangan kemas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, secara kebetulan tiga anggota polis sedang menjalankan rondaan berhampiran kedai emas berkenaan dan terserempak dengan suspek.
Katanya, anggota itu kemudian menyerbu masuk dan sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua suspek cuba melarikan diri menyebabkan seorang anggota melepaskan tembakan amaran di udara meminta mereka menyerah diri.
PANAS !! APA NI DATUK @MukhrizMahathir BARU PERINTAH KEDAH DAH KENA BAYAR HUTANG 3 BILION ?? #5Tahun3Bilion
Tiga Bilion hutang yang perlu ditanggung oleh Kerajaan BN Kedah sekarang.. Itulah sejumlah wasiat yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini kepada Kerajaan BN yang dipimpin oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir..
Tiga bilion satu jumlah yang cukup besar perlu ditanggung oleh sesebuah kerajaan negeri dimana hasil pelaburan dan kdnk tidak mencapai ke satu tahap yang memberansangkan semasa di bawah pentadbiran Pas..
Umum sedia maklum bahawa kerajaan Pas sebelum ini hanya mengunakan hasil balak sebagai sumber kewangan negeri, walhal banyak lagi sumber lain boleh digunakan untuk menjana pendapatan kerajaan.. Mengikut laporan audit 2011 banyak penyelewengan berlaku semasa Pas mentadbir Kedah seperti pembayaran sebanyak RM 2.55 juta kepada lima kontraktor tidak berdaftar dengan PKK dan ke lima lima pengarah syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan satu sama lain..
PANASSS !!! JUTAWAN DAP SPONSOR RED BEAN ARMY ?
Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti.
Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
"Separuh daripada anggota Red Bean Army menerima bayaran untuk menjalankan kegiatan mereka, manakala bakinya berkhidmat secara sukarela.
Sunday, 9 June 2013
BERITA BAIK UNTUK RAKYAT KEDAH !!! LITAR LUMBA BAKAL DIBINA
Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk pendidikan, komersil dan sosial demi kepentingan belia di negeri ini.
"Kita buat litar ini untuk memberi ruang kepada generasi belia menceburi sukan permotoran sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.
"Kita minta rakyat jangan bimbang sebab tak timbul isu buat atau tak.
Cuma kita minta sikit masa untuk bincang mengenai lokasi yang sesuai dan bagaimana nak mulakan," katanya ketika menutup sambutan Hari Belia Kedah 2013 di perkarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.
KANTOI !!! GAMBAR KETUA PEMUDA PAS ALOQ STAQ BERGAMBAR DENGAN WANITA SEPARUH BOGEL DIDEDAHKAN !!! @MuhkrizMahathir
sekadar hiasan |
Sebenarnya aku kesian dengan Ketua Pemuda Pas Aloq Staq ni, dah la berakal pendek tak brapa cerdik pulak tu.. Sampai tak boleh nak beza program orang cina atau program orang melayu.. Dah terang terang tertulis kat atas tu Opera Fantasy Mask.. Opera ni sinonim dengan masyarakat cina.. Cuba tengok ada tak orang melayu dalam gambar bawah ni ??
Bila Orang cina buat program untuk orang cina, Pas nak salahkan BN yang hanya baru sebulan mentadbir negeri, walhal Kerajaan BN belum lagi ubah dasar dasar dari pemerintahan zaman Pas..
TERPANASS !!! MUFTI KEDAH BUKTIKAN BELOGER PAS KEDAH KAKI FITNAH !!! @MuhkrizMahathir
2 ekor beloger Pas |
Inilah wajah 2 ekor beloger Pas Kedah kaki fitnah, kaki putar belit dan mereka ni anak buah kepada Zulya..Yang sebelah kiri tu Ketua Pemuda Pas Aloq Staq nama dia Azam Awang @paktam yang pegang camera tu Azman Ahmad.. Sebelum ni puak puak kononnya mengaku Islam ni kata Menteri Besar YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengHARAMkan Kuliah Agama di Seri Mentalon.. Rujuk artikel ini