Husam masih terkenang dirinya exco ?? atau sakit hati tidak dapat panaskan kembali kerusi kegemaranya ?? Nampaknya seorang demi seorang puak puak edorgan dalam Pas dibuang bagaikan sampah..Kalau tak percaya tanya Husam..Kalau dia nampak okay kenapa dalam perhimpunan pakatan pembangkang dua hari lepas, Husam mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
Segerombolan puak edorgan Pas yang berkiblatkan Anwar sekarang ini makin lantang menyokong usaha Anwar untuk mengajak penyokong Pas untuk turut serta dalam program Blackout pada 22 Jun nanti.. Padahal kumpulan ulama Pas sendiri menolak segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara jalanan..
Husam menyelar tindakkan pemimpin pemimpin Pas Kelantan yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.
Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.
Malah Husam juga dilihat seperti penentu dosa pahala apabila beliau melabelkan mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN)..
Jangan lupa, inilah cara Husam untuk meluahkan dendam kesumat terhadap kepimpinan kerajaan pas Kelantan yang telah membuangnya dari menjawat kembali kerusi Exco..
menjerit utk diri sendiri...nampak kegagalan dan kekalutan yg dipamerkan....husam husam..pi main jauh jauh
ReplyDelete