Friday, 14 June 2013

KLIA2 LAMBAT SIAP !! AIRASIA DESAK KERAJAAN SIASAT TAPI BILA AIRASIA SELALU DELAY SIAPA NAK SIASAT ??



Sebelum Airasia desak kerajaan tubuh badan bebas untuk menyiasat kelewatan pembinaan KLIA2, lebih elok Airasia siasat dulu kenapa flight Airasia selalu delay.. Bila dah siasat dan dapat tau keputusan baru Airasia berhak untuk desak kerajaan..

Lepas tu Airasia kena cari jalan untuk cepatkan bayaran balik hutang Airasia kepada MAHB..Airasia juga tak perlu nak tunding jari kepada pihak lain semata mata mahu menutup kesalahan.. Sama seperti isu isu yang berbangkit sebelum ini, Airasia tidak pernah sesekali memohon maaf jika pihaknya membuat kesilapan malah mempertahankan lagi tindakkan mereka..

Bukan seorang dua yang pernah rasa kerenah birokrasi Airasia, setiap hari ada saja penumpang akan alami nasib yang sama.. Paling menyakitkan bila isu remeh diperbesarkan sehingga seseorang itu tidak dapat menaiki penerbangan..Seorang rakan saya pernah menjadi mangsa kebodohan kakitangan Airasia.

Kepada pihak Airasia, cuba bersabar dan berbincang untuk selesaikan masalah.. LCCT pun masih elok untuk digunakan.. Sebelum nak desak pihak lain untuk campur tangan lebih baik Airasia tingkatkan mutu perkhidmatan terlebih dahulu..

Kalau berpindah ke KLIA2 tapi masalah yang sama tidak selesai tak guna jugak..Jangan jadikan "kekebalan anda" sebagai alasan untuk memaksa pihak lain selesaikan masalah anda..


AirAsia Bhd telah meminta kerajaan menubuhkan badan bebas untuk menyiasat kelewatan pembinaan lapangan terbang kos rendah baharu, klia2.

Ketua pegawai eksekutif, Aireen Omar, berkata badan bebas itu patut menilai tiga isu utama mengenai projek itu — perkembangan terkini projek itu, bila ia bila ia akan disiapkan dan jumlah kosnya.

“Melainkan sebab sebenar kelewatan itu diumumkan, AirAsia merasakan akan ada lebih banyak tuduhan (terhadap AirAsia atau kontraktor) yang tidak akan membantu penyiapan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aireen juga menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa penundaan itu disebabkan kelewatan AirAsia membuat keputusan tentang sistem pengendalian bagasi (BHS) dan jambatan aero.

“BHS dan jambatan aero hanyalah komponen kecil yang tidak sepatutnya menjadi faktor utama kelewatan itu,” katanya.


MTK
Airasia makin melampau

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda