Setelah berbulan bulan berminggu minggu dan berhari hari Baginda Rasulullah dihina oleh penyokong Dap dan pakatan laknatullah, baru semalam Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Berahim bersuara tetapi masih menafikan pengikutnya terlibat..
Tapi benarkah orang orang Pas tidak pernah menghina Nabi ?? Kalau ikut kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pemimpin Pas seperti Nik Aziz, Nizar Jamaludin, Khairul Fahmi Mat Som dan pencacai kasta bawahan seperti Khalid Syiah seperti dibawah, bukankah kenyataan mereka ini berniat untuk menghina Nabi ??
Tak perlulah aku untuk mengulas panjang tentang pekara ini, aku rasa pembaca pun boleh menilai apa maksud yang ditulis oleh pemimpin dan penyokong Pas ini..
Seeloknya Pas, cermin diri dan nasihatkan pemimpin pemimpin mereka terlebih dahulu sebelum nak salahkan kerajaan memerintah kerana tidak mengambil tindakkan..
Pas mengecam sebarang tindakan menghina Nabi Muhammad SAW dan menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan parti itu hanya berdiam diri sahaja apabila timbul isu melibatkan pengikut mereka sendiri.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak memandang remeh isu berkenaan dan menganggapnya satu perkara yang amat serius memandangkan ia melibatkan akidah.
Menurutnya, tidak kira sesiapa sahaja sama ada dalam kalangan apa jua parti tindakan sedemikian tetap dikecam, tetapi pihaknya yakin ahli Pas tidak akan bertindak keterlaluan seperti itu memandangkan parti itu berpaksikan Islam.
“Pas konsisten dalam mempertahankan Islam terutama berkaitan Rasullullah dan tidak perlu ada pihak meraguinya. Kita sedia maklum kewujudan media baru termasuk di laman sosial menyebabkan banyak timbul isu sebegini dan prinsip kami mengecam sekerasnya,” katanya ketika diminta mengulas berita Mahaberuk hina Nabi, 'Pas pakat angguk saja ke yang disiarkan melalui blog berita Pahang'.
Beliau berkata, kerajaan memerintah sepatutnya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan sebarang isu yang berunsur penghinaan nabi.
“Tindakan sepatutnya dilakukan oleh kerajaan memerintah dan apabila berlaku kes sebegini, suspek seharusnya segera ditangkap.
“Isu ini harus diselesaikan dengan segera supaya ia tidak menular dan akhirnya boleh merosakkan masyarakat.
“Tindakan drastik adalah perkara utama supaya ia tidak jadi fenomena atau polemik," katanya.
manusia sama saja..ada kaki..ada tgn..ada daki ada peluh.ada batuk..ada kahak..mmmmm
ReplyDeletepok brahim tok sah pusing2,kalo berani sangat pecat aje mat2 yang bloggers bagitau dah ada evidence, jangan asyik salah kerajaan yang bukan islam ni, anyway thanks bloggers for updating info...
ReplyDelete