Saturday, 20 April 2013
PANAS !! NIK AJIS MENGAKU BANGGA TAK BINA MASJID !!!
Ramai penyokong PAS geleng kepala pening mengenang pelbagai kenyataan yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering menjadi kontroversi dan memudaratkan PAS.
Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan itu mendakwa ibadah solat yang dikerjakan oleh orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat sebarang pahala.
Maksud tersiratnya, sokong PAS baru dapat pahala, itu tujuan sebenar yang nak disampaikan oleh Nik Aziz. Biasalah bila musim pilihan raya, isu pahala, dosa, syurga dan negara silih berganti untuk kepentingan politik kepartian PAS.
JENICE LEE BUKTIKAN DAP AMAL KRONISME
Penyandang kerusi DUN Teratai, Jenice Lee yang menyerahkan borang untuk bertanding sebagai calon Bebas mendakwa DAP mengamalkan sikap kronisme dalam pemilihan calon.
Beliau menyifatkan keputusan DAP meletakkan calon 'bidan terjun' di kerusi Teratai sebagai menguntungkan sesetengah pihak berbanding dirinya yang telah lima tahun berkhidmat untuk rakyat di kawasan itu.
Katanya pemilihan muka baru di Dun Teratai bukan berdasarkan amalan meritokrasi. Justeru jelas Jenice, keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan sebagai bantahan terhadap calon parti.
Lebih mengecewakan katanya, apabila beliau pernah menyuarakan bantahan terhadap calon berkenaan namun tidak dilayan.
PANASSS !!! MAI PENAMAAN CALON PUN NAK RASUAH KA ?? PAS OH PAS
Selepas menerima bayaran Penyokong Pas siap menunjuk nunjuk lagi kat penyokong Umno..Lihat gambar dibawah
PKR UGUT CALON CALON YANG BAKAL LOMPAT PARTI
Ahli-ahli PKR memang terkenal dengan 'Sindrom Lompat Parti'. Biasalah tu. Majoriti mereka semua pada asalnya adalah ahli umno yang terpinggir. Untuk mengelak sejarah lama tidak berulang, PKR kononnya lebih berhati-hati dalam soal memilih calon kali ini. Kononnya mencari calon yang boleh pegang amanah dan setia.
Tapi Anwar dan Azmin masih tidak yakin dengan calon-calon mereka sendiri. Mereka masih takut ada diantara calon mereka akan menjadi pengkhianat kepada perjuangan mereka.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan pendedahan ajaran sesat Pas, calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya disyaratkan supaya membuat sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.
Walaupun dinafikan oleh wali mereka Nik Aziz, baiah ini sememangnya wujud walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi ayat, sumpah jatuh talak 3 itu wujud.
PAS PUNYA TAIK, ZUL NORDIN KENA TANGGUNG
Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.
Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?
Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.
PANASS !!! MKK ORANG KUAT PAS MASUK UMNO
Pada PRU ke-12 yang lalu, lelaki ini pernah mengepalai jentera PAS. Masa tu, dia berjaya membawa masuk seramai 54 orang penduduk kampung untuk memeluk agama PAS di Namek Tua, Sik, Kedah. Dia memang totok habis pada PAS..!
Masa tu, rumah dia memang HIJAU. Rumah dia jadi markas PAS paling meriah di seluruh Sik. Puak-puak PAS memang sayang kat dia masa tu. Hasilnya, lelaki ini telah dilantik sebagai MKK oleh Kerajaan PAS Kedah.
Sebagai MKK, dia begitu menyerlah memperkuatkan kubu PAS di Kampung Namek Tua. Dia minta dua buah khemah untuk kegunaan kenduri-kendara orang kampung, PAS Kedah tunaikan. Dia memang "anak emas" PAS Kedah...
CALON YANG LAYAK BERTANDING BAGI PARLIMEN KUALA KEDAH
P10 Parlimen Kuala Kedah
Zaki Zamani Abdul Rashid
Azman bin Ismail
Anak Bukit N15
Abdul Samad Che Noh Bebas
Amiruddin Hamzah Pas
Hashim Jahaya BN
Kubang Rotan N16
Latt Shariman Abdullah bn
nasir mustafa pas
Dun Pengkalan Kundur n17
Noor Hasita Mat Isa BN
Phahrolrazi Zawawi Pas
Published with Blogger-droid v2.0.10
Friday, 19 April 2013
NASIHAT TOK MAN BEDUL KEPADA MAT SYABUN DI PENDANG
Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi. Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor.
Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.
Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.
STOPA TAK BERANI NAK REPORT POLIS ??
Sebaliknya mengikut kenyataan pihak polis, hanya beberapa laporan mengenai pengedaran cakera padat video itu sahaja yang dilaporkan.
Sepatutnya, Mustafa perlu membuat satu laporan polis supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan dan tindakan perundangan dapat diambil terhadap individu yang melakukan aksi lucah itu.
PANASS !! BAPAK MB, ANAK EXCO TU PUN KALAU MENANG LAAA
Sekarang terjawablah sudah apa yang tersirat di sebalik kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini beberapa kali menyatakan kesungguhannya untuk bertanding pilihan raya sehingga akhir hayatnya.
Ia tidak hanya berlegar pada sifat kemaruk Nik Aziz pada kuasa dunia seakan mahu bertongkat langit sampai mati, sebaliknya mempunyai maksud lain juga melibatkan kepentingan darah dagingnya sendiri.
Apa lagi kalau bukan untuk memastikan anak lelaki kesayangannya, Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat benar-benar terjamin kedudukan dan tempat selamat untuknya sebagai calon rasmi PAS dalam PRU-13.
PANASS !!! 90% CALON PAS KEDAH KITAR SEMUA, PKR 98%MUKA BARU, DAP KENA PULAU !! #SAVEKEDAH #TUKARKEDAH
Pas Kedah membariskan 90% calon kitar semula yang kebanyakkannya meminta campur tangan dari Pas pusat agar disenaraikan kembali menjadi calon pada PRU kali ini.. Menurut sumber, senarai awal yang dihantar kepada Pas Pusat telah diatur oleh beberapa individu agar beberapa wakil rakyat yang sedia ada tidak dicalonkan semula..
Penyandang Dun Tanjung Dawai Dr Hamdan antara nama yang telah dibuang untuk dicalonkan semula pada PRU kali ini..Antara nama nama yang sebelum ini menolak untuk dicalonkan semula adalah Taulan Rasul (Tokai) dan Siti Ashah (Merbau Pulas) namun terpaksa dikekalkan selepas BN Kedah mengumumkan calon yang dilihat boleh mengugat kekuatan Pas di situ..
Seramai 4 orang Exco dari Pas Pkr digugurkan pada kali ini..Antaranya Manikumar Bukit Selambau, Lee Soo Nee Kulim, Dr Hamdan Tanjung Dawai dan Tan Chow Kang Sidam.. Laluan PR untuk kekal mentadbir Kedah nampak sukar apabila Dap sendiri memboikot majlis penamaan calon Pr semalam.Ianya berpunca daripada tindakkan Pas dan Pkr tidak memberi penambahan kerusi kepada Dap.
Dap hanya kekal 1 kerusi di Dun Kota Darulaman, namun menurut sumber, Dap akan menarik diri dan bertanding atas tiket bebas..
SAH !!! PENGERUSI DAN TIMBALAN MAJLIS FATWA PR BERTANDING ATAS TIKET PAS !!
Memang tak perlu disangkal lagi perumpamaan undi pas sama seperti undi dap, sudah terbukti kali ini apabila karpal singh dan lim kit siang akan bertanding atas tiket pas setelah RoS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dap..
Pekara ini di akui sendiri oleh Teresa kok semalam..Peliknya kenapa dap tidak memilih untuk bertanding atas tiket Pkr?? Bukankah Dap lebih mempercayai Pkr dari Pas?? Hairan, Dap masih boleh bertanding mengunakan bendera sendiri tapi kenapa masih memilih untuk bertanding atas tiket Pas??.. Jawapan mudahnya adalah Dap sangat sangat memerlukan undi dari kalangan ahli Pas yang lebih banyak dari Pkr..
Lagipun Pas lebih mudah diperlembukan..Jadi tak hairanlah Dap memilih Pas..Lepas ni Pas tak boleh nak kata undi Pas masuk syurga sebab manusia yang anti Islam bertanding atas tiket Pas itu bukan untuk perjuangkan Islam, tetapi untuk menang pilihanraya..
Manifesto BN Selangor - Sebuah Aku Janji Janji Ditepati
Manifesto yang menjanjikan masa depan gemilang Selangor itu, menggariskan tujuh teras dan 56 aku janji kepada penduduk Selangor.
Berikut ialah Manifesto Barisan Nasional Selangor:
Thursday, 18 April 2013
DAP TOLAK ISLAM PUN PUAK PAS DUK BUTA KAYU LAGI??
Hat ni lah Pas duk bangga sangatkan.. Baru dapat upah sikit dah sanjung Dap bagai nak gila?? Inikah yang Pas duk kata Dap pejuang Islam??
Sanjung la lagi Pas oiii.. Tu baru perintah Penang beb.. laungan azan dan mengaji pun dah tak boleh pasang pembesar suara..
Kalau Pakatan perintah apa lagi yang akan jadi kat Malaysia??
Pakat pakat pikiaq sama la nooo
PANASSS !!! PAS KEDAH GOYANG AKU JANJI BN KEDAH PRU 13 LEBIH BAIK !!!
Lebih daripada 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah jika rakyat memberi mandat kepada parti itu untuk kembali mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
KHALID GAGAP DAH AWAL AWAL CAKAP NAK MAIN GOLF LEPAS KALAH PRU
"Tak jadi masalah, kalau kalah, saya boleh main golf," demikian kata Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim ketika membayangkan kemungkinan beliau akan kalah di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 kelak.
Bunyinya seperti pasrah dan sudah mengaku kalah, itu secara tersurat tapi secara tersiratnya ia sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata khalayak supaya tidak mempersoalkan kenapa beliau tiba-tiba berpindah DUN.
Biasanya jarang benar seseorang Menteri Besar beralih kawasan DUN yang ditandingi kecuali jika ada persempadanan semula kawasan DUN atau pun dikehendaki berpindah ke kerusi Parlimen kerana khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat.
Namun apabila Khalid mengumumkan akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 ini, di masa yang sama mengekalkan pencalonannya di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
PENGIKUT HEMPAS PULAS KEMPEN, ANWAR CUTI DI PARIS???
Hiasan |
Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.
Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.
Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.
Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.
PANASS !!! SETIAUSAHA PSM MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR !!!
Kesian pulak aku tengok thambi PSM ni..Dah tau si nuar tu kaki belakang punya orang tu pun masih duk percaya lagi..
Kawan baik nuar selama 30 tahun pun dia boleh kerat..tambah pulak dengan parti kecik macam PSM ni..mudah mudah ja dia kepak..bukan setakat tikam belakang, siap liwat lepas tu terus bunuh pun nuar boleh buat.
TERKINI !!! DAP KEDAH KELUAR PAKATAN???
Misteri kekosongan kerusi pakatan di dun derga dan kota darulaman terungkai apabila dap telah istihar untuk tarik diri dari bertanding di mana mana kerusi yang diperuntukkan kepada Dap Kedah..
Menurut sumber, Dap Kedah kecewa dengan tindakkan Pkr dan Pas supaya melepaskan beberapa kerusi kepada Dap atas nama kesepakatan dalam Pakatan namun sebaliknya berlaku.
Sebelum ini Dap pusat sudah memberi amaran kepada Pas Kedah dan Pkr agar memberi tambahan kerusi kepada Dap jika tidak mahu pertembungan 3 penjuru.. Namun Pas dan Pkr langsung tidak memberi ruang kepada dap.
ANAK JADI CALON SEBAB PAS TAKUT TAIB AZZIMUDDIN LOMPAT MASUK UMNO ??
Inilah anak Ust Taib Azzamuddin yang bakal bertanding di Kepala Batas..menurut info yang aku dapat,gerakan untuk menjatuhkan Ust Taib di Baling sudah lama berlaku..Selepas Ust Taib masuk ke hospital tempoh hari akibat serangan stroke, nama beliau tidak dimasukkan dalam senarai calon baru bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pru 2008..
Akibat kecewa dengan tindakkan Pas, dikhabarkan Ust Taib merajuk dan mahu keluar parti..Sebagai balasan mau tak mau Pas terpaksa mengantikan anak Ust Taib untuk bertanding di Kepala Batas dimana kubu kuat BN sejak berzaman lagi..
Tetapi adakah orang orang ust Taib di Baling puas hati jika Ust Taib tidak dicalonkan? Sudah tentu ada undi undi sabotaj dari ahli pas di sana..
Apa yang penting Pas di Baling sudah berpecah kepada beberapa puak yang akan sabotaj undi pas pada pru nanti
Wednesday, 17 April 2013
GEMPARR !!! GOLONGAN ULAMA SOKONG UMNO !! TOLAK PARTI AJARAN SESAT
Alhamdulilah nampaknya makin ramai golongan ulama ulama menyatakan sokongan terhadap Umno..Mereka makin sedar dengan perjuangan Pas yang menyimpang jauh dari Islam..
Pas tak perlu mencanang golongan artis makin ramai menyokong Pas, sebabnya artis artis yang masuk Pas tu sebenarnya hendak cari makan dan menyucikan dosa sahaja.. sebaliknya Pas sendiri tolak golongan ulama dalam parti kononnya mahu menumpang populariti artis artis yang tak laku tu..
Akhirnya sekarang ini, makin ramai golongan Alim Ulama menyokong kepimpinan Ds Najib..
#PRU13 !! KES PERTAMA DIDAKWA DI MAHKAMAH
hiasan |
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata keenam-enam lelaki itu masing-masing akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Shah Alam dan Alor Setar atas kesalahan merusuh, khianat, ugutan jenayah dan membawa senjata berbahaya.
Beliau memberitahu sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini hari ini empat penyokong parti politik yang berusia antara 28 dan 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman atas kesalahan menghadiri rusuhan dan memiliki senjata berbahaya semasa rusuhan di Kampung Padang Lalang, Felda Neram, Kemaman pada Jumaat lepas.
PANASSS !!! MANGSA NYARIS UGUTAN ROGOL PKR DAH MULA MENIPU RAKYAT TAMBUN !!
Ingat lagi dengan minache Pkr yang mengaku dirinya hampir menjadi mangsa ugutan rogol pada bulan Jun 2011 ??? Peliknya ada ke orang nak rogol minah ni? haha..
Berbalik kepada cerita asal, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak.
Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama. Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka. Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka.
ABANG SIPUTDIN NASUTION BAGI LAGU KHAS BUAT ANWAR !!!
Dato Sahlan yang juga Setiausaha Politik YAB Ds Najib meyampaikan lagu khas buat Anwar bos kepada adiknya Siputdin Nasution..
VIDEO PENGUMUMAN CALON BN KEDAH OLEH DATUK AHMAD BASHAH
Boleh dikatakan gandingan calon BN Kedah kali ini merupakan gandingan yang mantap berlandaskan kehendak rakyat dari pelbagai peringkat. Calon lama dan calon baru yang kebanyakkan terdiri dari calon-calon orang muda merupakan " Pasukan Transformasi " yang di pilih Pengerusi Barisan Nasional Malaysia DS Seri Najib Razak bagi melaksanakan tanggungjawab meneruskan Transformasi Negara.
Pisau Kedah
Tuesday, 16 April 2013
CAKAP PAKAI AYAQ LIOQ BOLEH LA GAGAP OIIII
Saya juga yakin bahawa 500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.
Media baru-baru ini melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama berukuran 2.0 meter di situ.
Antara 28 kawasan yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.
PANASS !!! SIDEK BABA AKUI ANWAR SEORANG BERMASALAH !!
Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim,
Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar
dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah
menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR
telah keluar parti tersebut.
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah
tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di
dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah
mula menjadi “musuh”nya.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor
Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TUDIAA!!! SINDIRAN PANAS TUN M BUAT NIK AZIZ [VIDEO]
Pi la masuk dulu..Lepas tu baru balik mai cerita...Hahaha..memang pedas sindiran Tun M buat Nik Ajis yang nyanyuk kali ni..
Siapa dia nak tentu dosa pahala orang?? Nik Ajis bukan tuhan.. dia tu Nik budak kampung biasa saja..tu pun jangan, siap ada yang puja Nik Ajis sampai buh gambaq atas pintu rumah.. ikut ajaran mana tu?? Islam tak ajaq macam tu.. Pi la tengok kat rumah orang melayu Islam yang lain, semuanya buh kalimah Allah dan Muhammad tak pun ayat ayat Al Quran..
LEBIH RAMAI PENGANALISIS YAKIN PRU 13 KELEBIHAN BUAT BN
Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, masalah perebutan kerusi yang timbul antara parti komponen PR antara faktor penyumbang kelemahan PR.
“Banyak isu yang timbul dalam PR, antara yang besar adalah ketiadaan persefahaman dalam pengagihan kerusi kerana perkara ini menjadi perhatian berikutan semua pihak sedang menantikan hari penamaan calon.
“Selain itu, isu yang melibatkan moral pemimpin juga menjadi faktor semasa yang boleh menggugat kepercayaan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
TERKINi !! SENARAI PENUH CALON BN KEDAH
Senarai Rasmi Calon BN Kedah diumum sebentar tadi!
Langkawi - Nawawi Ahmad
Ayaq Hangat - Mohd Rawi
Kuah - Nor Saidi
Jerlun - Othman Aziz
Kota Seputih - Abu Hassan Sharif
Ayaq Hitam - Mukhriz Mahathir
Kubang Pasu - Johari Baharom
Bkt Kayu Hitam - Zaini Jaafar
Jitra - Amiruddin Omar
Padang Terap - Mahadir Khalid
Kuala Nerang - Badrul Hisham
Pedu - Pn Kama Noriah
Pokok Sena - Sahlan Ismail
Bukit Lada - Lebai Sudin
Derga - Cheah Soon Hai
Bukit Pinang - Mokhtar Noor
Alor Setar - Chua Che Heong
Bakar Bata - Ahmad Bashah
Kota Darulaman - Loo Gim Hui
Alor Mengkudu - Sharifah Maznah
Kuala Kedah - Dr Zaki
Anak Bukit - Hashim Jahaya
Kubang Rotan - Latt Shariman
Pngkalan Kundur - Pn Nor Hashitah
Pendang - Othman Abdul
Tokai - Najmudin Darus
Sg. Tiang - Suraya Yaakub
Jerai - Jamil Khir Baharom
Sg Limau - Fadzilah Mohd Ali
Guaq Chempedak - Ku Rahman
Gurun - Dr Leong
Sik - Mansur Abd Rahman
Belantik - Tajudin Abdullah
Jeneri - Mahadir Abd Hamid
Merbok - Ismail Daud
Bkit Selambau - Maran Muthaya
Tnjung Dawai - Tajol Urus
Sg Petani - Shamsul Anuar
Pantai Merdeka - Ali Yahaya
Bakar Arang - Lee yuan yuang
Sidam - Pee Siong Heng
Baling - Azeez Rahim
Bayu - Azmi Che Husin
Kupang - Harun Abd Aziz
Kuala Ketil - Khairul Azhar
Padang Serai - Heng Sai Kee
Merbau Pulas - Marlia Abd Latif
Lunas - Ananthan Sumasunderam
Kulim Bdr Bharu - Aziz Shiekh Fadhil
Kulim - Chua Teong Kee
Bdr Baharu - Sabrina Mohd Noor
Sumber KedahkeKL
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KAN TUN M DAH CAKAP, PUAK PKR NI MEMANG SYAITAN
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.
Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.
"Kami optimistik akan menang,"
Selepas beberapa jam berita ini tersebar, tuan empunya badan sendiri menafikan berita ini sehingga beliau melabelkan "ini berita syaitan"
Monday, 15 April 2013
BONGKARR !!! PENIPUAN PAS KEDAH DI KULIM HI-TECH #TukarKedah #TolakPR
Korang pernah dengar nama Kulim Hi-Tech tak? Kalau hangpa orang Kedah, aku rasa ramai yang tahu pasal kehebatan Kulim Hi-Tech ni... Kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kedah yang ditubuhkan Kerajaan BN Kedah dulu...
Baru-baru ni, PAS Kedah dok "gebang besaq" dalam buku "Sayangi Kedah Menipu Rakyat" dengan mengatakan Kulim Hi-Tech tu untung besar dan ramai pelabur masuk DISEBABKAN KEPIMPINAN PAS YANG "HEBAT"...heh!
Nak tahu cerita sebenar di sebalik "kehebatan" PAS Kedah tu? Meh sini aku cerita....
GEMPARR !!! SAMBUTAN LUAR BIASA DARI RAKYAT UNTUK PKR DI KEDAH !!! #TukarKedah #SaveKedah
Bukan cerita dongeng atau rekaan tapi inilah hakikatnya yang berlaku di Kedah sekarang.. Pkr dah mati di Kedah ni.. Cuma depa saja belagak kuat macam ahli depa 10 juta orang..Ceramah Tian Chua dan pengumuman calon pun takdak orang mai dengaq.Tu pun ada hati nak bertanding kerusi lebih. Sama jugak dengan Dap.. ceramah Dap di Taman Wira hanya 5 ke 10 orang saja yang mai..(Klik sini)
TERJAH !! SIAPA MUSUH STOPA SPENDER DALAM PAKATAN ??
Hmmm..terfikir juga di hati..siapakah dalang sebenar yg bertanggungjawap membuat dan menyebarkan video seks SETIAUSAHA AGUNG PAS MUSTAFA ALI..Jika mengikut logik akal penganut ajaran Pas yang cetek itu,sudah pasti jari telunjuk dihalakan kepada parti UMNO.
Mari kita buat sedikit analisis ringkas, benarkah UMNO yang bertanggungjawap? nampak mcm benar, tapi kalau ditelusuri dengan lebih mendalam sedikit,agak janggal untuk menuduh semua ini adalah kerja buat UMNO..
Untuk apa UMNO harus menyerang Mustafa Ali? Lebih baik UMNO menyerang terus Presiden Pas atau Timbalan Presiden Pas yang terkenal dgn kebuasan seksnya selama ini. Ataupun UMNO lebih baik saja menyerang Naib Naib Presiden Pas terutama Din Puduraya yang pernah mempunyai skandal ataupun di dungu Mahfuz Bean Omar atau seorang lagi calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya iaitu Husam Musang..
VIDEO PALSU !!! HEBAT GILA KAKI SPIN PKR INVESTIGATE VIDEO AKSI STOPA #SPENDER
Kehebatan blogger kaki spin Pkr berotak jinggay sememangya tidak dapat dinafikan lagi..Malah kehebatan blogger kaki spin ini mengalahkan pengarah filem Transformer dan drama bersiri CSI..Kalau tak caya hangpa tengok keratan kat bawah ni
PATUTLAH TAK BOLEH BUAT KABINET BAYANGAN, SAMPAI LA PUN DUK BEREBUT KERUSI
KERAPUHAN pakatan pembangkang antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang hanya diwujudkan atas dasar semata-mata mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) semakin jelas apabila sehingga ke hari ini, mereka masih gagal memuktamadkan pembahagian kerusi.
Walaupun pakatan itu sering kali mendabik dada bahawa kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan BN mentadbir negara, kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat.
Ini kerana dalam ujian pembahagian kerusi pun pembangkang sudah gagal mencari penyelesaian terbaik sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri, apa akan terjadi jika ditakdirkan menang pilihan raya kelak, berlaku pula perebutan jawatan Perdana Menteri di antara mereka.
Kemungkinan itu tidak mustahil kerana Pas sudah memberi isyarat awal bahawa tidak semestinya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya, walaupun tindakan itu jelas tidak disenangi PKR dan DAP.
GEMPARRR !!! HABISLAH TOK BASHAH LAGU NI KALAU MACAM NI PUNYA RAMAI DENGAQ CERAMAH DAP DI TAMAN WIRA !!! #TolakDap #TukarKedah
Perghh.. Gila ramai gila habaq hang... Patutlah Dap mau sangat kerusi Dun Bakaq Bata rupanya ramai penyokong depa.. Mula tu aku pun tak percaya sangat tapi 2 kali aku belek..rupanya memang betui ramai.. Kalau macam ni lah boleh goyang Tok Bashah..
Jenuh Tok Bashah nak kampoi lagu ni..Kalau hangpa tak caya tengok lah gambaq dibawah ni..Ramai kan??? Hehehehe
GEMPARR !!! NIK AJIS JATUH PENGSAN TENGOK VIDEO STOPA ?
Ini adalah gambar terbaru Nik Ajis terpaksa diusung akibat tekanan yang melampau akibat penyebaran video aksi seks stopa
Menurut apa yang ditulis oleh blog brojinggo
Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.
Sunday, 14 April 2013
PANASS !! VIDEO PENDEDAHAN PROF DR SIDEK BABA TENTANG ANWAR IBRAHIM
PANASS!! VIDEO SPENDER STOPA MAINAN ANWAR DAN EDORGAN ?
Bermula dari petang semalam, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.
Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.
Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang ‘skandal seks’ untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.