Saturday, 20 April 2013
JENICE LEE BUKTIKAN DAP AMAL KRONISME
Penyandang kerusi DUN Teratai, Jenice Lee yang menyerahkan borang untuk bertanding sebagai calon Bebas mendakwa DAP mengamalkan sikap kronisme dalam pemilihan calon.
Beliau menyifatkan keputusan DAP meletakkan calon 'bidan terjun' di kerusi Teratai sebagai menguntungkan sesetengah pihak berbanding dirinya yang telah lima tahun berkhidmat untuk rakyat di kawasan itu.
Katanya pemilihan muka baru di Dun Teratai bukan berdasarkan amalan meritokrasi. Justeru jelas Jenice, keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan sebagai bantahan terhadap calon parti.
Lebih mengecewakan katanya, apabila beliau pernah menyuarakan bantahan terhadap calon berkenaan namun tidak dilayan.
"Perlu tanya orang atasan, sebab mereka lebih memihak kepada kroni daripada orang yang ada gerak kerja, rekod yang baik.
"Meeting, sms tak ada orang jawab, call tak ada orang jawab, pergi jumpa tak jawab, sampai dah keluar surat khabar dia jumpa saya tapi tak cakap apa-apa," kata beliau kepada Antarapos.
Pada 15 Mac lalu, Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Jenice bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang melibatkan peruntukan RM32,000 bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras pada 2011.
Kerusi DUN Teratai menyaksikan pertembungan lima penjuru, tiga daripadanya calon Bebas.
Selain calon BN, Liew Pok Boon dan calon dari DAP, Tiew Way Keng, tiga calon Bebas lain turut dinamakan sebagai calon, penyandang DUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha menggunakan lambang pokok, Lim Ah Chai dengan logo kunci dan Chin Kok Keong pula logo bunga.- AntaraPos
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda