Saturday, 20 April 2013

PANAS !! NIK AJIS MENGAKU BANGGA TAK BINA MASJID !!!






Ramai penyokong PAS geleng kepala pening mengenang pelbagai kenyataan yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering menjadi kontroversi dan memudaratkan PAS.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan itu mendakwa ibadah solat yang dikerjakan oleh orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat sebarang pahala.

Maksud tersiratnya, sokong PAS baru dapat pahala, itu tujuan sebenar yang nak disampaikan oleh Nik Aziz. Biasalah bila musim pilihan raya, isu pahala, dosa, syurga dan negara silih berganti untuk kepentingan politik kepartian PAS.



Sebelumnya yakni pada November 2012, Nik Aziz pernah memberi bayangan kononnya orang UMNO telah murtad kerana menolak Islam. Jika dakwaan karut ini dijadikan sandaran, maknanya hanya orang PAS sahajalah yang Islamik, yang lainnya dah jatuh kafir.

Belum pun reda kedua-dua kontroversi itu, tiba-tiba Nik Aziz mempertikaikan pula pembinaan masjid oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO & BN. Kata Nik Aziz, UMNO bina masjid tak dapat pahala.

Tujuan Nik Aziz menimbulkan isu ini tak lain tak bukan untuk mengelakkan rakyat dari mempertikaikan kegagalan PAS melaksanakan tanggungjawabnya membina rumah ibadat untuk umat Islam khususnya sepanjang 23 tahun memerintah Kelantan di mana hanya sebiji dua sahaja yang mampu dibina oleh PAS.

Terbaru Nik Aziz bangga memberitahu umum yang Kerajaan PAS Kelantan pimpinannya sengaja tidak membina masjid kononnya untuk memberi peluang rakyat menyumbang ke arah pembinaan Rumah Allah.

Macamlah tradisi menyumbang wang ringgit, tenaga dan lain-lain sumbangan ikhlas untuk pembinaan masjid hanya kini baru dilakukan oleh orang Islam termasuk di Kelantan. Entah siapa yang Nik Aziz nak perbodohkan, tak tahulah.

Tak perlu PAS memerintah Kelantan, dah lama orang Islam di negeri ini hatta di negeri-negeri lain sudah biasa menyumbang bakti dalam pembinaan masjid mahu pun surau. Hatta golongan jutawan dan usahawan saban tahun melaksanakannya.

Baik mana pun tradisi itu, selaku Kerajaan Negeri, suka atau tidak kenalah tahu tanggungjawab membina masjid keutamaannya terletak di tangan pemerintah dan bukannya diletakkan pada rakyat.

Tak malukah mengaku sebagai Kerajaan Negeri paling Islamik tapi tak mampu nak membina masjid?

5 comments:

  1. tu pasai nik aziz selesa solat atas tanah. depa saja nak tunjuk riak

    ReplyDelete
  2. Nak bina masjid minta dengan rakyat, nak bina jalanraya pun minta derma duit rakyat juga. Buat jambatan pun minta derma juga. Loh, duit kerajaan negeri banyak2 hasil jual ladang rakyat di buat ape ek.

    ReplyDelete
  3. huhuhu............

    ReplyDelete
  4. sdp nyo ayat mung nie........mung duk ngato ko ore tuh, bkpo??? aku tau lh puok2 mung nie skong BN (barang naik), hahahaha.........minyak keto pung naik doh. pdn muko mung tuh....mung ingt mung tuh baik sgt ko??????? ikut dio lh nk wak gapo pung, ya mung duk nyusoh tuh bkpo, dio tuh ado ambik pitih mung ko???????

    ReplyDelete
  5. bewok....bewok.....bewok.....eh saloh plk doh.blawok.....blawok.....blawok.....

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda