Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.
Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.
"Kami optimistik akan menang,"
Selepas beberapa jam berita ini tersebar, tuan empunya badan sendiri menafikan berita ini sehingga beliau melabelkan "ini berita syaitan"
"Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.
"Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan," kata beliau mengulas laporan sebuah laman web petang tadi.
Inilah permainan politik kotor PKR yang terdesak untuk menang di Perlis dengan meyebarkan berita PALSU..
sesuai jadi mufti macam ni,tak sama macam hat bekas mufti sebelum beliau..
ReplyDelete