Saturday, 10 November 2012
MEMALUKAN !!! KEMALUAN BERTUKAR MENJADI CENDAWAN
China – Akibat terlampau ghairah kerana menyangka mendapat berita ekslusif, seorang wartawan muda dari China mendapat malu besar dan menjadi bahan ketawa selepas menyangka alat mainan seks yang ditemui sekumpulan penduduk kampung sebagai cendawan.
Peristiwa berkenaan berlaku selepas stesyen televisyen Xi’an mendapat panggilan daripada penduduk di kampung Liucunbu mengenai penemuan benda tersebut ketika mereka sedang menggali perigi.
Xi’an kemudiannya menghantar wartawan Yunfeng Ye ke tempat lokasi.
PENGAJU SOALAN KECEWA NURUL IZZAH SPIN KENYATAAN
Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah |
AIDCNews – 08/11/12 – Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.
Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.
Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, “Jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”
Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, “Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
GEMPARR !!! IMEJ HANTU BERJAYA DIRAKAM
Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.
Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walau ntergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira
jam 11.30 malam.
“Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas.
Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
NURUL IZZAH BAWA BEBAN BESAR DALAM PKR
Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.
Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.
Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.
Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!
Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.
PANASS !!! NURUL IZZAH BERJAYA BUKTIKAN BAHAWA PAS DAN PKR MAKIN LIBERAL
Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" terus mengundang bantahan umat Islam.
Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab 'Contact Us', di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut;-
"Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life".
PANASS !!! HUSAM MALU MALU KUCING DI MARAHI NIK AJIS
Malu benar Husam apabila dimarahi pok nik ajis dihadapan barisan exco negeri Kelantan dan wartawan wartawan yang hadir di sidang akhbar..
Kejadian ini berlaku akibat tindakkan Husam tidak menghormati Pok Nik sebagai Menteri Besar dengan membelakangi muka Pok Nik dengan frame dinding..
Baca selanjutnya di gelombangkick
Friday, 9 November 2012
PANASS !!! #BAR COUNCIL IMPORT PENGUNDI HANTU ?
PILIHANRAYA BAR COUNCIL DICEMARI PENGUNDI HANTU
Kantoi apa? Kredibiliti dan integriti Majlis Peguam Negara tercalar akibat Bar Council 2013 Election. Mengapa? Kerana melihat kepada beberapa situasi menimbulkan keraguan serta boleh mewujudkan ketirisan didalam pemilihan kali ini.
Bar Council dilihat sebagai satu badan yang menyokong BERSIH namun mereka tidak praktik sama seperti tuntutan BERSIH. Kini kita dapat lihat apa yang diminta mereka sebenarnya cuma satu hipokrasi. Minta macam-macam walhal mereka sendiri tidak telus.
Undian mereka semuanya melalui pos. Mereka pos kepada 14000 ahli Bar Council. Katanya di poskan kepada semua 14000 ahli. Mengapa boleh wujud ketirisan? Kerana tiada bukti pengeposan dilakuakn kepada semua ahli yang berdaftar dibawah Bar Council. Ini envelop yang digunakan :
PANASS !! BAPAK SUKA AKSI AIS KRIM ANAK SUKA MABUK ??
Pagi tadi blog Mymassa telah mendedahkan identiti sebenar individu yang juga anak pemimpin tertinggi PKR tengah enjoy dan mabuk.. Pendedahan kali ini sebenarnya ingin menunjukkan betapa teruknya akhlak anak pemimpin PKR..
Baca kat bawah ni
Minggu lepas Rafizi mula bermain kotor dengan menyerang keluarga pemimpin UMNO. Sebagai balasannya, MyMassa dedahkan gambar ini.
RAFIZI DILABELKAN SEBAGAI PENYANGAK
KUALA LUMPUR — Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun
ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.
“Saya sudah lama fikirkan perkara ini. Sudah sampai masanya, perkara ini dilaksanakan demi faktor keselamatan dan kesucian institusi Parlimen,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.
Katanya surat mengenai perkara tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para petugas di bangunan Parlimen.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku pada masa ini berhubung tindakan orang luar dengan sewenang-wenangnya mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen,
sebagai sesuatu yang memalukan dan mencemar institusi tersebut.
NURUL IZZAH GIAN TENGOK GEREJA ??
INI dia sebut, bukan penulis sebut. Nurul Izzah anak sulong Anwar kata semasa dia sekolah dulu di Assunta, ada salib besar dalam sekolah tersebut. Walaupun melihat salib hari-hari tidak sampai mengubah akidahnya tapi lama-lama sudah tentu rasa terbiasa dan rindu itu ada.
Biasalah zaman persekolahan kan, biasa indah dan mengujakan. Ini jangan salah, penulis tak kata Izzah masuk Kristian ya.
Dalam masa yang sama mencetus juga persoalan, Izzah anak Menteri Pelajaran dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu, kenapa dalam banyak-banyak sekolah di negara ini, yang ada salib besar juga dipilih?
Tapi tak mengapalah, mungkin Anwar nak pupuk anaknya dengan budaya liberal dan pluralisme dari peringkat awal lagi, supaya bila dah besar panjang, Izzah akan mewarisi idealogi tersebut buat satu tempoh masa yang panjang.
Yang penting sekarang, kesan dari pendidikan awalnya itulah gamaknya sekarang, Izzah lebih senang bercakap dalam gereja dari Masjid, pasal gereja ada salib, masjid tidak ada.
Itu yang tau-tau Izzah sudah berceramah dalam Gereja, berceramah dalam Masjid? Kita belum dengar lagi.
PANASSS !!! PEMBANGKANG MALU BESAR ISU LYNAS !!
Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca :
KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.
PANASS !!! PEYOKONG KUAT DAP TAFSIR MELAYU BOLEH MURTAD
Lilian Tan ini adalah pegawai media di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Cina Keristian Katolik. Dia berkerjasama rapat dgn Susan Loone dari MalaysiaKini dan Suaram..
2 entiti pergerakan media sosial yang ada menerima bantuan dana asing dgnh satu NGO yg ada link dengan negara Israel untuk melemahkan Kerajaan Persekutuan Malysia melalui penyebaran berita2 yg boleh menimbulkan persepsi negetif terhadap pentakbiran MELAYU-ISLAM di Malaysia.
Cuba lihat Bila org bukan Islam buat tafsiran dan mengemukan hujah supaya MELAYU DI BOLEHKAN MURTAD. Rasa rasa apa agenda Lilian Tan nie? Bila pecacai2 lebai kera Pas tengok terjemah ni agak agak pecacai Pas masih nak pertahankan cina cina Dap Kristian nie???
Sumber FB
CERITA MENARIK !!! JELINGAN MANJA AWEK LOMBOK !!
Kecuali sekali sekala ada berita mengenai gadis Malaysia dilarikan, tidak banyak yang saya ketahui mengenai Lombok. Setelah tiga jam penerbangan terus dari terminal tambang murah Sepang, saya tiba di pulau tersebut hujung minggu lalu.
Banyak rahsia terbongkar sepanjang tiga hari di pulau bahagian Nusa Tenggara Barat (NTB) Indonesia itu. Satu rahsia yang patut saya bocorkan untuk dikongsi ialah perihal sebuah kolam yang airnya dikatakan dapat memulihkan tenaga.
“Bisa awet muda jika mandi di situ,” kata Junaidi, supir @ pemandu pelancong tidak rasmi, mengenai kolam mata air di Taman Narmada, kira-kira 10km dari bandar Mataram, ibu kota Lombok. Bagaikan menyindir, dia menjeling saya dan menambah: “Bapak juga bisa kembali remaja kalau mandi di Narmada!” Seperti yang diceritakan, air kolam tersebut dari mata air asli, sejuknya seperti ais.
Setelah berendam sehingga kecut semuanya, sebaik naik seluruh tubuh terasa hangat dan terus bertenaga. Konon, apa yang sebelumnya longgar boleh diketatkan, yang kendur boleh ditegangkan.
Thursday, 8 November 2012
PANASS !!! PELAJAR DITUDUH BERZINA DENGAN GURU ??
PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.
Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.
Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.
Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.
“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.
PANAS !! LAWAK BODOH APA ANWAR BUAT NI ??
Anwar Cabar Najib Bertanding Di Marang
Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim. Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia. Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya. Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.
Antara cabaran Anwar terhadap Dato’ Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang.
Persoalannya, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib hendak bertanding di Marang? Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan. Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja.
Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan. Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa?
DIKTATOR !!! HADI AWANG BELASAH NIK AJIS ??
Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.
Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.
Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.
Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.
KEPUTUSAN TERKINI !!!! LYNAS KALAH, PEMBANGKANG MENANG ??
KUANTAN, 8 Nov (Bernama) -- Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Khamis dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB),tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini,"katanya.
PANASS !!! MUJAHID RAWA BUAT APA NIE ??
Eh eh, apa mujahid buat tu ?? siap ada sambutan hari jadi sapa pulak ?
Sebelum ni Mursidol am Pas Nik Ajis kata sambut Maulid Nabi ikut seperti Kristian. Tapi lepas tu ada gambaq nik aziz potong kek pulak..
SAH !!! PAKATAN REPUBLIK BENAR BENAR NAK TUKAR BENDERA MALAYSIA ? #tukarkedah
Isk isk isk... Orang pakatan ni buat buat buta ka saja buat buat tak nampak ?? Bendera jalur gemilang pun depa sanggup buat macam tu.. Adakah pakatan rakyat memang betul nak tukar bendera republik ?
Macamni ke kata nak mentadbir Malaysia kalau bendera kebangsaan pun tak boleh nak ganti baru..
Gambar ni MTK ambil dihadapan sebuah bilik gerakan Pas dan PKR di Sungai Petani bersebelahan Surau..
Cukup sedih bila bendera kebangsaan kita dibiarkan lusuh sebegitu.Sedangkan bendera Pas dan PKR dibawah itu kelihatan baru..Adakah Pas dan PKR tak mampu membeli bendera baru untuk mengantikan bendera kebangsaan yang sudah lusuh tu..
PANASS !! GAMBAR ANWAR BUAT ONAR DEPAN KANAK KANAK
Pakatan jamin masa anda?? Heh !! Poster terbaru pakatan kali ini banyak mengunakan elemen elemen mempengaruhi dan merayu rakyat kononnya hanya pakatan saja yang mampu menjamin masa depan negara..
Kesemua poster poster kempen yang PKR guna kali ini adalah satu teknik PROPAGANDA terbaru yang mengunakan khidmat agensi bertaraf antarabangsa bagi mnarik sokongan rakyat kepada PKR..
Wednesday, 7 November 2012
HONDA PERKENALKAN JET PERIBADI PALING MURAH UNTUK ANWAR ?
HA-420 HondaJet ialah usaha sulung Honda bagi menghasilkan pesawat peribadi. Pesawat ini berbeza dengan pesawat peribadi lain kerana konfigurasi enjinnya yang diletakkan di atas permukaan sayap dan bukannya pada badan seperti pesawat lain.
Pesawat ini sepanjang 12.71 meter dengan sayap selebar 12.15 meter ini mampu membawa 6 orang penumpang dan anak kapal. Jarak perjalanan maksimumnya pula iala 2593 kilometer dengan kelajuan 778 kmj. Setiap Hondajet dijual pada harga USD 4.5 juta (RM 13.5 Juta) sebuah.
UMAT ISLAM BEBAS MEMILIH AGAMA SELEPAS UMUR 18 TAHUN ??
Marah benar “anak papa” apabila ramai pihak mengecam dan menghentamnya ekoran kenyataannya di sebuah forum dan menegaskan bahawa dia langsung tidak bermaksud menyokong gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.
Tidak cukup dengan itu, Nurul Izzah bertindak mengarahkan peguamnya untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia, kononnya akhbar itu telah memutar belitkan kenyataannya di forum tersebut.
Dalam forum tersebut, Nurul Izzah menjelaskan bahawa dia hanya memperjuangkan hak kebebasan agama tanpa paksaan di mana seseorang itu tidak wajar dipaksa untuk menganut agama Islam ketika dilahirkan dan wajar diberi kebebasan memilih agama.
Dalam ertikata lain, anak sulung Anwar Ibrahim itu tidak mahu seorang bayi yang baru dilahirkan di dalam Malaysia ini mewarisi agama kedua ibu bapanya dan berhak memilih agama sendiri ketika berumur 18 tahun.
Pada pandangan saya, kenyataan Nurul Izzah itu tidak memungkinkan seseorang itu murtad memandangkan pengertian murtad ialah hanya boleh disabitkan apabila seorang yang beragama Islam mengisytiharkan keluar dari Islam.
ISU SCORPENE !!! KERAJAAN PERANCIS BUAT PASAL LAGI !!
Perancis Tawar Malaysia Beli Alatan Ketenteraan
Akhbar hari ini melaporkan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan. Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang, helikopter dan juga peluru berpandu. Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi kerjasama ekonomi.
Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis. Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar.
Maka, buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu.
SUSPEK TETAK ANAK BEKAS MP SERAH DIRI
Seorang dari lima suspek kes tetak anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan di Seksyen 6,Wangsa Maju di sini Ahad lepas, menyerah diri di Balai Polis Kepong Selasa malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki yang berumur 27 tahun itu, menyerah diri kira-kira pukul 9 malam.
"Sebelum itu, polis menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Gombak kira-kira pukul 3 pagi semalam dan suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk diambil keterangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Beliau berkata setakat ini polis telah menahan dua individu berkaitan
kes itu.
Dalam kejadian 10.30 pagi Ahad lepas, Wan Mohd Faizal, 24, anak kepada Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan parang berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju.
Dua lagi suspek dipercayai menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.-BERNAMA
PAS SUBAHAT BENARKAN UMAT ISLAM DIMURTADKAN ?!
Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim bukan lagi satu rahsia. Walaupun Anwar masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya tetapi setiap ungkapan, ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya dalam soal ini.
Anwar yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian dalam liberalisasi Yahudi Zionis yang berpegang kepada keterbukaan atau kebebasan tanpa batasan. Bagi mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar melihat perjuangan mereka sebagai sesuatu yang benar, suci dan murni maka gologan berfahaman liberal ini merujuk agenda mereka sebagai perjuangan membela ‘hak asasi manusia’.
Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. Antaranya, amalan homoseksual, lesbian, transeksual serta gejala pondan. Begitu juga dengan seks bebas.
WAJIB BACA !! GADIS DI RABA DALAM KOMUTER !! PENUMPANG TENGOK SAJA ?
MTK terbaca satu entri dari blog Keris7Lok. Entri ni memang sesuai di share kepada semua wanita di Malaysia. Ini soal keselamatan memang tak boleh di ambil mudah.
Earlier today, saya naik komuter dari Stesen KTM Sungai Buloh, kakak n abang ipar saya hantar dari Temerloh. Harap dapat naik Shuttle Train, sekali dapat komuter biasa je. Untuk yang tak tau, Shuttle Train ni lagi panjang dari komuter biasa, n dia akan berhenti dekat a few stations je. Maksudnya kita konpem akan dapat seat, n masa pun lagi cepat sebab dia tak berhenti dekat semua stesen.
So dengan paksarela terpaksa jugaklah naik komuter. Macam biasa, sibuk. Hiruk-pikuk. Orang ramai. Nak duduk takde tempat. Mujurlah waktu pagi, takdelah bau badan masing2 mencucuk2.
PROJEK UDANG KERPAN !! BN KEDAH SEDIA DI SIASAT SPRM
Barisan Nasional (BN) Kedah sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku terhadap projek ternakan udang di Kerpan, Air Hitam di sini.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mereka tidak boleh menghalang mana-mana pihak membuat laporan SPRM berhubung pelbagai isu bagi menyiasat sekiranya berlaku penyelewengan dalam pengurusan wang rakyat.
“Kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk membuat siasatan terperinci kepada individu terlibat berhubung projek berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan, Pemuda Pas Kedah membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat projek ternakan udang di Kerpan, Air Hitam.
PANASS !!! JAMIL ARAH PALSUKAN MINIT MESYUARAT ELAK BAYAR HUTANG ?
Semalam MTK mengeluarkan artikel tentang keputusan mahkamah mengarahkan KUIN membayar RM 1.599juta kepada syarikat Shake Cuisine disebabkan kegagalan KUIN untuk mematuhi syarat syarat perjanjian dengan syarikat itu.. Klik SINI
Kali ini MTK siarkan 1 lagi bukti dokumen akuan bersumpah minit mesyuarat Syarikat Shake adalah palsu dan rekaan semata mata bagi mengelakkan KUIN membayar hutang kepda syarikat Shake..
Lhat dokumen dokume yang dipetik dari blog BERITA KUIN
Tuesday, 6 November 2012
RENE HIGUITA LAGENDA BOLA SEPAK DUNIA
José René Higuita adalah bekas penjaga gol bola sepak Colombia ynag digelar El Loco ("Madman"). Rene Higuita terkenal untuk gaya bermain 'penyapu' beliau menonjol dalam sejarah sebagai salah seorang penjaga gol yang paling unik dan luar biasa sepanjang masa.
Beliau mencipta sepakan Scorpion pada tahun 1995 semasa perlawanan persahabatan menentang England.Beliau sering dianggap sebagai 'tuan' yang tidak menentu.
WASPADA FAHAMAN ISLAM LIBERAL !!! WAJIB BACA
KALANGAN Muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.
Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan al-sunnah dan al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.
Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim
Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang Keesaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang di utus menyampaikan wahyu-Nya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).
Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (ar-Ruum: 30).
PANASS !! OSTAJAH PKR TAK KISAH PASAL MELAYU ISLAM ?!!!
Alahai Nurul, nak spin apa lagi, dah terang terang portal pro pembangkang Malaysiakini yang laporkan kenyataan tu..Macamana boleh kata ada pihak nak putarbelitkan isu ni..??
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.
PAS KEDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!! RUMAH PPR TAK BINA PUN WAYANG SAJA LEBIH ?!!
Kerajaan Kedah dicabar supaya mendedahkan jumlah rumah yang dirancang untuk dibina dan bila projek itu akan bermula di negeri ini seperti yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S Ananthan berkata kenyataan Azizan bahawa kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat, tanpa penjelasan kos dan punca kewangan, seolah-olah mengajak rakyat miskin di negeri ini hidup dalam angan-angan.
"Kenapa sekarang, ketika beberapa bulan sahaja menjelang pilihan raya umum ke-13 tiba-tiba Menteri Besar itu mengumumkan projek perumahan yang kita percaya hanya lebih merupakan gula-gula pilihan raya?" katanya kepada Bernama di Padang Serai.
HOTSX !!! MANOHARA SUKA UPLOAD GAMBAR BIKIN PANAS ?
Manohara ni tak habis habis suka upload gambar sensitif macam ni..tak malu ke bagi orang tengok bongolan tu..?? Maaf MTK terpaksa censored gambar diatas kerana terlalu menonjol dan boleh menyebabkan aktiviti kurang sihat dikalangan remaja kita...hehehe
TUDIAA !! HARI KE 2 ADIK MATPUT JAWAB SPM ?!!
Hari ni adalah hari kedua pelajar tingkatan 5 mengambil peperiksaan SPM..Semoga adik adik kita dapat menjawab soalan dengan baik..Jangan jadi macam mamat kat atas tu tak penah fikir nak sambung belajar walaupun dia sedar kelulusan tahap SRP saja..Tapi belagak pandai ja lebih..heheehe
JIKA PAS TAK SUKA, MB KEDAH WAJAR DESAK DYMM TUANKU SULTAN BUANG SUK
Politik PAS Kedah terus bergolak apabila beberapa pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan memberi tekanan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir agar meletak jawatan. Beberapa demonstrasi diadakan oleh pihak ini bagi memaksimakan tekanan dengan harapan Datuk Rasli akan meletakkan jawatan, atau Menteri Besar Kedah serta DYMM Sultan sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya.
Blog-blog penyokong PAS di Kedah juga turut membantu usaha ini dengan memburuk-burukkan Datuk Rasli. Berbagai teori dibentangkan lengkap dengan kisah-kisah sebalik tabir yang digambarkan dari berbagai sudut. Walaubagaimanapun, sudut penceritaan adalah terpulang kepada kepentingan para blogger yang menulis kisah tersebut.
Bagi menjustifikasi tentangan mereka terhadap Datuk Rasli, blogger PAS ini sanggup berkata apa saja termasuk menggambarkan exco Kedah Phahrolrazi yang menimbulkan kontroversi kerana terlalu gilakan jawatan MB sehingga sanggup menentang Azizan secara terbuka, sebagai dibeli oleh Datuk Rasli di padang golf untuk menggantikan Azizan dan seterusnya menjadi MB boneka UMNO!
PENDEDAHAN EKSKLUSIF !!! BALA BAGI RAKYAT JIKA UNDI PAS KEDAH PADA PRU 13 !!! #TUKARKEDAH
Kedah bukanlah sebuah negeri termiskin di Malaysia seperti apa yang digembar gemburkan selama ini..Sejak BN mentadbir negeri Kedah banyak usaha yang dilakukan untuk memajukan negeri Kedah..
Dari segi pelaburan banyak yang masuk ke negeri Kedah ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan..Sehinggalah Pas mengambil alih pentadbiran, negeri Kedah terus berubah wajah..Dari slogan menuju ke Kedah Maju 2010 hinggalah ke Kedah Sejahtera yang dicipta Pas..
Kerajaan BN sebelum ini telah meletakkan sasaran 2010 untuk bermulanya era kemajuan bagi negeri Kedah..Tetapi sejak Pas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri pada 2008,usaha itu telah terbantut kerana Pas mencipta slogan Kedah Sejahtera iaitu negeri berkebajikan mengamalkan dasar kebajikan..Pas juga idak mahu meneruskan beberapa projek yang dilihat akan memberi kredit percuma kepada kerajaan BN sebelum ini..
Lalu Pas telah menghentikan beberapa projek mega BN Kedah sebelum ini kerana bagi mereka apa yang BN buat semuanya akan merugikan..Sebagai contoh projek Kedah Agro yang di usahakan oleh kerajaan BN sebelum ini berjaya membawa pulangan sehingga 40juta setahun..
Monday, 5 November 2012
[VIDEO] KOMUNIS VS NIPPON !! SHAOLIN SOCCER DUNIA SEBENAR
Shaolin Soccer di alam sebenar..Tengok cara pemain bola sepak negara China main bola, memang ganas habis..
TUDIAA !! PM @NAJIBRAZAK DAH TERRER BAWA FERI !!
Anwar pi Sabah naik private Jet, Ds Najib pi Langkawi naik feri penumpang saja..Gambar ini diambil ketika Datuk Seri Najib mengadakan lawatan ke Langkawi selepas melawat Tajung Dawai dan Pantai Merdeka pada 31 Oktober lalu..Dalam perjalanan ke Langkawi menaiki Feri, Datuk Seri dibawa ke ruangan pemandu dan merasai sendiri cara pemanduan feri..
HANYA IZRAIL MAMPU LUCUT JAWATAN NIK AJIS
Sebagaimana yang dijangka, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dia tidak akan melayan mana-mana desakan dari pihak di luar PAS yang mahu dia meletak jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Menyatakan pendiriannya baru-baru ini kepada media, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia hanya akan tunduk sekiranya permintaan tersebut dilakukan oleh pihak dalam partinya sendiri dan bukannya dari pihak yang disifatkan sebagai “buangan UMNO” – Datuk Ibrahim Ali.
Katanya lagi, untuk berlawan dengan UMNO, seseorang itu tidak memerlukan tubuh yang sihat untuk berbuat demikian dan memadailah dengan memiliki kekuatan minda.
Nik Aziz mendakwa, sebagai Menteri Besar, dia mempunyai barisan “menteri-menteri kecil” yang membantunya menguruskan pentadbiran negeri Kelantan dan itulah yang menyebabkan dia berkeras menyatakan kemampuannya mempertahankan kerusi empuk itu.
Persoalannya, apakah dia sedar tentang keadaan dirinya itu atau tidak?
SKANDAL LEMBAH SIREH !! PROJEK GAGAL KERANA ADA PENYELEWENGAN ?
Lebih kurang seminggu dua kebelakangan ini, Kerajaan PAS Kelantan kelihatannya tak senang duduk, masing-masing semacam kehangatan dan keresahan lebih daripada biasa.
Ramai pemimpin utama negeri bermula dari Exco-Exco hinggalah Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar sendiri yang terpaksa tampil ke depan untuk memperjelaskan isu skandal Lembah Sireh.
Penjelasan yang keluar dari mulut masing-masing ada pelbagai versi, ada yang mengatakan projek tersebut tidak merugikan, projek itu mungkin gagal, ada yang kata cuma kurang berjaya, kononnya pula bermasalah dengan soal tebus guna tanah dan itu ini segala macam aneka alasan.
Satu yang pasti, kesemua mereka sedaya upaya cuba menggambarkan Projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu yang kosnya dianggarkan sekitar RM2 bilion itu bebas daripada skandal, penyelewengan dan salah guna guasa mahupun rasuah.
PANASS !!! SYARIKAT SHAKE CUISINE MENANG SAMAN KEATAS KUIN !!
Sebelum ini TMK pernah mendedahkan keluhan Shaikh Faisol yang mengalami kerugian hampir RM 1.3Juta kerana tidak dapat meneruskan perniagaan akibat kegagalan KUIN mematuhi syarat syarat dan terma.Baca Kat SINI dan SINI ..
Setelah sekian lama menanti, akhirnya Mahkamah mengarahkan KUIN untuk membayar baki bayaran kontrak kepada Syarikat Shake Cuisine..
Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.
Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.
GEMPARR !! RAFIZI DI SERANG GANGSTER ANAK MENTERI ??
Dengan mengupah gengster untuk menakutkan dirinya sendiri, Rafizi akan mengunakan segala bantuan yang ada untuk mencari kesalahan Nedim.
Tak cukup dengan mengupah gengster berbadan sasa, Rafizi akan mengunakan khidmat bodyguard upahan yang mempunyai pistol seperti bodyguard Anwar untuk menganggu tugasnya seharian..
Sebelum ini rafizi begitu ghairah memanggil wartawan ke pejabat pkr kononnya beliau mahu mendedahkan 7 video keluarga nedim didalam kenderaan mewah kepunyaan eric chua..
Namun didalam ketujuh tujuh video yang didedahkan itu, tiada langsung kelibat Nedim dalam kenderaan mewah tersebut..
[VIDEO] !!! AKSI STUNT MAT REMPIT DI INDIA , KERAJAAN INDIA PATUT CUBA SISTEM #AES
Aku rasa kerajaan India patut gunakan sistem AES ni bagi mengurangkan kadar kemalangan akibat tindakkan rakyatnya yang suka menyusahkan penguna jalan raya yang lain..hehe.saksikan video dibawah
Sunday, 4 November 2012
TUDIAA !!! IJAB KABUL PALING LAWAK DI DUNIA
Sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah, bermakna bermulalah musim orang kahwin..Kat atas ni video ijab kabul paling lawak pernah berlaku kat dunia..Jadi kepada bakal bakal pengantin baru bolehlah tengok video ini..Boleh praktis awal awal..
PANASS !!! ANTARA PUNCA PUNCA PAS DICERAIKAN PADA TAHUN 1977
DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.
Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menganaktirikan Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang angkat kaki dari kerajaan BN pada 1977 ekoran sifat tikam belakangnya terhadap BN.
Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
TUDIAA !! MAK CIK BANTAH #AES NI BAWA FERRARI KAH ???
Kadang kadang lawak jugak tengok kelaku pak turut yang berdemo buta tuli ni..Bila orang suruh berdemo depa pun demo jugak,bila suruh tidur atas jalan depa pun tidur atas jalan..Kali ni tengok sendiri gelagat makcik makcik berdemo bantas AES..
MTK pun tak pasti sama ada mak cik mak cik ni ada lesen memandu atau tidak..Ye lah, yang tua tua bangka ni selalunya rabun dan buta warna..Bukan niat nak menghina tapi depa tau tak AES ni apa benda??
Kalau setakat bawa kereta dalam 60 hingga ke 80 KM/J, lebih elok mak cik duduk rumah jaga cucu lagi bagus dari berdemo yang tak mendatangkan faedah ni..Lainlah kalau makcik bawa Ferrari boleh cecah 300KM/J ke..
Kalau taknak kena saman patuhi undang undang jalan raya..Jangan bawa ikut suka hati..Sumber gambar Blog CTS
SUAMI LARANG IZREEN BERLAKON DENGAN 'BOTAK'
KUALA LUMPUR – Bergadingan dengan teman rapat pelakon lelaki, Johan Asari dalam drama Julia yang disiarkan di stesen TV3, aktres Izreen Azminda, 27, tidak melihat sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan Nabila Huda.
Kata Izreen yang dipetik dari Kosmo Online, dia dan Nabila bergandingan secara profesional dan tidak melibatkan sebarang perasaan peribadi.
Izreen juga menerangkan tiada sebarang masalah timbul ketika dia berlakon bersama dengan Nabila dan begitu senang dengan perangai pelakon janda anak satu itu.
Bagi Izreen, keadaan di mana Nabila ingin berkawan rapat dengan bekas kekasihnya, Johan A’asari bukanlah hak untuk dia pertikaikan kerana dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan orang lain.
“Saya dan Nabila tidak ada sebarang masalah, malah saya cukup senang dengan sikapnya.