Wednesday, 7 November 2012

UMAT ISLAM BEBAS MEMILIH AGAMA SELEPAS UMUR 18 TAHUN ??



Marah benar “anak papa” apabila ramai pihak mengecam dan menghentamnya ekoran kenyataannya di sebuah forum dan menegaskan bahawa dia langsung tidak bermaksud menyokong gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Tidak cukup dengan itu, Nurul Izzah bertindak mengarahkan peguamnya untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia, kononnya akhbar itu telah memutar belitkan kenyataannya di forum tersebut.

Dalam forum tersebut, Nurul Izzah menjelaskan bahawa dia hanya memperjuangkan hak kebebasan agama tanpa paksaan di mana seseorang itu tidak wajar dipaksa untuk menganut agama Islam ketika dilahirkan dan wajar diberi kebebasan memilih agama.

Dalam ertikata lain, anak sulung Anwar Ibrahim itu tidak mahu seorang bayi yang baru dilahirkan di dalam Malaysia ini mewarisi agama kedua ibu bapanya dan berhak memilih agama sendiri ketika berumur 18 tahun.

Pada pandangan saya, kenyataan Nurul Izzah itu tidak memungkinkan seseorang itu murtad memandangkan pengertian murtad ialah hanya boleh disabitkan apabila seorang yang beragama Islam mengisytiharkan keluar dari Islam.



Maknanya, seseorang itu perlu menganut agama Islam terlebih dahulu dan kemudiaannya boleh dianggap murtad sekiranya dia bertindak keluar dari Islam.

Memperhalusi kenyataan Nurul Izzah itu, saya berpandangan bahawa dia berkemungkinan besar mahu seorang bayi yang lahir di negara ini tidak menganut mana-mana agama ketika dilahirkan sehinggalah dia bebas memilih agama ketika berusia 18 tahun.

Maksudnya, Nurul Izzah berpendapat bahawa adalah wajar bagi seorang bayi tidak memeluk sebarang agama sehingga berusia 18 tahun.

Persoalannya, mereka yang tergolong dalam lingkungan usia sehari sehingga 18 tahun tidak boleh memeluk agama kedua ibu bapanya dan sekiranya dia berbuat demikian, apakah tindakan tersebut tidak wajar diiktiraf secara rasmi di atas kad pengenalan sebagaimana sekarang?

Ataupun, mungkin juga Nurul Izzah berpendapat bahawa setiap individu yang berusia 18 tahun ke bawah berhak untuk menukar agamanya pada selepas hari ulangtahun kelahirannya yang ke-18?

Dalam ertikata lain, setelah berusia 18 tahun, seorang yang beragama Islam diberikan hak secara perlembagaan untuk memilih agama lain. Dan sekiranya ini berlaku, apakah golongan berumur 18 tahun ke atas ini tidak boleh dikategorikan sebagai murtad?

Bukankah ia menunjukkan bahawa kebebasan memeluk agama lain selain dari Islam pada umur 18 tahun itu tidak boleh dikatakan sebagai “murtad”? Kalau tidak boleh dikatakan sebagai “murtad”, perkataan atau istilah apa yang paling sesuai?

“Keluar dari Islam” itu “tidak murtad”? Biar betul anak “Pak Syiekh” ni…

Saya tahu bahawa Allah SWT tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk memeluk agama Islam (La ikraaaha fiddin..). Namun, apakah Nurul Izzah sedar tentang hukum murtad dan perlembagaan negara yang selama ini mempertahankan aqidah umat Islam tidak membenarkan tindakan tersebut?

Saya tertanya-tanya, apakah keistimewaan yang ada pada Nurul Izzah dan Pakatan Haram sehingga membolehkan mereka menafikan hak dan keistimewaan serta kedudukan Islam di negara ini?

Apakah dia fikir dengan mempunyai hubungan baik dengan Ambiga yang mempelopori IFC maka dia wajar meletakkan aqidah umat Islam di negara ini sewenang-wenangnya?

Saya yakin, sekiranya hak dan kedudukan istimewa Islam di negara ini digugat sebagaimana yang Nurul Izzah mahu, tidak hairanlah selepas ini jika generasi muslimin dan muslimat pada akan datang bakal dicemari dengan gerakan murtad yang hebat.

Sedangkan ketika perlembagaan melarang gerakan memurtadkan umat Islam pun sudah ramai yang terpedaya dengan gerakan tidak beretika ini, apatah lagi jika Pakatan Haram membenarkannya secara perlembagaan.

Persoalannya, di manakah kesucian Islam selepas Pakatan Haram memerintah negara ini? Apakah mereka fikir bahawa undi dari golongan bukan Islam itu lebih penting dari aqidah umat Islam di negara ini?

Inilah jadinya jika Nurul Izzah dan Pakatan Haram sentiasa berkiblatkan politik sehingga menyisihkan kepentingan aqidah dan umat Islam di negara ini.

Justeru itu tidak hairanlah DAP dan PKR berjaya memaksa PAS melupakan negara Islam dan hudud. Rupanya dasar Pakatan Haram lebih kurang dasar parti Likud di Israel juga, kan?

SUMBER MYKMU

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda