Wednesday, 7 November 2012
ISU SCORPENE !!! KERAJAAN PERANCIS BUAT PASAL LAGI !!
Perancis Tawar Malaysia Beli Alatan Ketenteraan
Akhbar hari ini melaporkan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan. Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang, helikopter dan juga peluru berpandu. Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi kerjasama ekonomi.
Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis. Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar.
Maka, buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu.
Mengimbas penipuan SUARAM, pertubuhan itu telah mencemarkan imej dan nama bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga kerajaan, polis, hakim dan undang-undang Perancis. SUARAM telah dengan sewenang-wenang menggunakan nama hakim Perancis apabila membuat kenyataan bahawa perbicaraan tentang isu rasuah pembelian scorpene sedang berjalan. Malah, kononnya beberapa nama yang bakal disapina juga sudah diperolehi.
Walaupun telah terkantoi lagi buat kesekian kalinya apabila pendakwa Perancis membuat kenyataan rasmi bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di negara tersebut, SUARAM masih lagi berdegil untuk meneruskan penipuan.
Sejurus itu, SUARAM menggunakan nama Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara bagi menggambarkan kononnya siasatan masih berjalan dan tuduhan mereka benar. Bagaimanapun, Tan Sri Musa pantas menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media di Bangkok untuk mendedahkan penemuan baru mengenai isu ini sepertimana yang didakwa SUARAM.
Hakikatnya, aduan SUARAM telah ditolak oleh mahkamah Perancis sejak bulan Mac lagi atas alasan ianya tidak berasas. Dan SUARAM kini sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan.
Soalnya, kenapa SUARAM tidak menyatakan yang benar? Iaitu bahawa aduan mereka ditolak dan sedang menunggu rayuan? Kenapa mesti menipu? Kenapa mesti menggambarkan yang perbicaraan sedang berlangsung atau siasatan sedang dibuat? Kenapa mesti mereka-reka nama saksi yang akan disapina? Kenapa mesti memburukkan nama Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia? Kenapa mesti mereka-reka dokumen bukti dan menyebarkannya?
Kenapa begitu rendah sekali maruah Cynthia Gabriel, dan semua peneraju SUARAM? Manusia apakah mereka ini yang tiada harga diri, tiada rasa malu, tiada rasa kesal, bersalah atau insaf?
Kini, percubaan SUARAM untuk memburukkan nama Dato’ Seri Najib dan Malaysia ternyata gagal apabila terdedah bahawa semuanya hanyalah rekaan semata-mata. Tetapi apa yang lebih hebat lagi ialah walaupun segala usaha dan wang ringgit dilaburkan oleh SUARAM untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib, nama Perdana Menteri Malaysia ini semakin menjulang tinggi dan Malaysia juga semakin dipercayai terutama sebagai rakan dagang alatan ketenteraan.
Justeru, mungkin OSI, iaitu pertubuhan yang dimiliki oleh George Soros yang difahamkan menjadi dalang kepada penipuan ini perlu memikirkan semula mengenai ‘pekerja-pekerja’ atau ‘agen-agennya’ di dalam SUARAM. Nampak benar yang mereka-mereka ini begitu bodoh kerana menggunakan strategi penipuan yang amat bodoh dan mudah dikantoikan. Akibatnya, penipuan mereka bukan sahaja membuatkan pertubuhan itu hilang kredibiliti dan diketawakan, tetapi juga membuatkan Soros kerugian.
Lebih dari itu, ia juga membongkar dan membuka mata masyarakat mengenai agenda, strategi, operasi dan modus operandi pihak yang ingin menakluk dunia serta agen-agen mereka.
BERUANG BIRU
Apa yg aku boleh kata......Padan Muka
ReplyDelete