Tuesday, 6 November 2012
PAS KEDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!! RUMAH PPR TAK BINA PUN WAYANG SAJA LEBIH ?!!
Kerajaan Kedah dicabar supaya mendedahkan jumlah rumah yang dirancang untuk dibina dan bila projek itu akan bermula di negeri ini seperti yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S Ananthan berkata kenyataan Azizan bahawa kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat, tanpa penjelasan kos dan punca kewangan, seolah-olah mengajak rakyat miskin di negeri ini hidup dalam angan-angan.
"Kenapa sekarang, ketika beberapa bulan sahaja menjelang pilihan raya umum ke-13 tiba-tiba Menteri Besar itu mengumumkan projek perumahan yang kita percaya hanya lebih merupakan gula-gula pilihan raya?" katanya kepada Bernama di Padang Serai.
Minggu lepas, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar.
Ananthan yang juga penyelaras DUN Lunas berkata beliau yang mewakili masyarakat India di Kedah juga kesal kenapa projek yang sepatutnya diumumkan kepada rakyat seawal 2008, sebaik pakatan pembangkang mentadbir Kedah, hanya diumum menjelang PRU13.
"Inilah yang dikatakan umpan pilihan raya dan apabila projek itu tidak bergerak pun kelak alasan yang akan diberi mungkin kerana nanti kami menang pilihan raya akan kami selesaikan," katanya.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda