Saturday, 14 June 2014
MALUNYA PAS ADA KETUA PEMUDA MACAM MAMAT NIE
Ketika golongan penoreh getah baru hendak menarik nafas lega mendengar bantuan RM500 susulan kejatuhan harga getah seperti diumumkan pada Rabu, PAS seperti biasa akan memperkecilkan langkah kerajaan membantu rakyat di negara ini.
Mahu tidak, sikap prihatin kerajaan terhadap penoreh yang menderita akibat harga getah skrap menjunam di bawah RM2 sekilogram menyebabkan PAS macam cacing kepanasan.
Sebelum ini, pemimpin parti itu juga yang sanggup buat perhimpunan di Baling mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi membela nasib penoreh getah.
Mereka cuba berlagak hero sedangkan di Dewan Rakyat sebelum itu, beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dari Kedah sudah mengusulkan kepada kerajaan melakukan sesuatu bagi membantu nasib pekebun dan penoreh getah.
KANTOI !! PENGARAH STRATEGI PKR SI @RAFIZIRAMLI FAIL BAHASA MELAYU !!
Rafizi dalam satu kenyataan dalam Malaysian Insider baru-baru ini mendakwa Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberi geran sebanyak RM 100 juta kepada syarikat NSE Resources Corporation (M) Sdn. Bhd dan meminta YAB PM dan MOSTI menjelaskan RM 100 juta yang diluluskan.
Dalam kenyataan tersebut Rafizi mendedahkan satu surat permohonan dari NSE dimana disitu terdapat catitan dari Perdana Menteri
PANASS !! KEDAH TAK BOLEH BIKIN AIRPORT BARU SEBAB PENANG MAU BIKIN JUGAK !! @CMLIMGUANENG
Baca ulasan Guan eng yang dipetik dari Malaysiakini
Cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang kedua di Kedah tidak sesuai dari segi ekonomi atau mempunyai justifikasi, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Beliau berkata cadangan untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim menimbulkan banyak persoalan memandangkan lokasinya begitu hampir dengan Pulau Pinang.
"Perlu diingat bahawa Pulau Pinang adalah penerima terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia. Kedudukan Kedah begitu jauh dari segi FDI," katanya ketika mengulas cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim
Friday, 13 June 2014
@MukhrizMahathir BUKA AIRPORT INTERNATIONAL DI KULIM DAN LALUAN UDARA BARU DARI A.STAR KE LUAR NEGARA #HanyadiKedah
Gambar DS Mukhriz ketika hadir di program taklimat SL1M |
YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir begitu optimis untuk merancakkan pembanggunan di Kedah.. Terbaru beliau telah mencadangkan kepada kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk diperhalusi cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang.
Lokasi lapangan terbang tersebut terletak berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan bakal dibina di atas tanah seluas lebih 600 hektar.
Thursday, 12 June 2014
SAKAN NIIEE !! RAKYAT DERITA PEMIMPIN PAS BERMEWAH ??
Kalau tengok kepada no plat, dah lambang Ahli Parlimen diatas tu mesti orang akan cakap, ini mesti kereta wakil rakyat BN..
Tapi betul kah kereta tu milik wakil rakyat BN ?? Jawapannya tentu tidak.. Kereta diatas kepunyaan Ahli Parlimen Pas Tumpat YB Kamarudin Jaafar..
HASIL PROGRAM #JALINANKEDAH #KEDAHKEJOHOR !! PUSAT PENGUMPULAN PKS AKAN DIBINA @MukhrizMahathir @KhaledNordin
Hasil lawatan kerja selama 3 hari Kerajaan Negeri Kedah ke Negeri Johor sempena program #JalinanTransformasi Kedah ke Johor dimulakan dengan membangunkan pusat pengumpulan dan pengedaran produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memudahkan pemasaran antara kedua-dua negeri.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata selain memperkasakan usahawan tempatan, pengwujudan sebuah pusat seumpama itu di Kedah dan Johor dapat mengurangkan kos logistik.
"Kita akan wujudkan jaringan dua hala iaitu menggunakan sebuah kontena yang akan membawa produk PKS Kedah ke Johor dan kemudian pulang ke Kedah dengan membawa produk Johor," katanya kepada selepas majlis ramah mesra bersama usahawan Johor di kilang pemprosesan kopi Karaz Synergy Sdn Bhd.
Wednesday, 11 June 2014
UMNO DAN PAS KEDAH WAJAR BERSATU @MukhrizMahathir #HanyadiKedah
Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.
“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.
“Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain.
GANASS + KUAT KEMUT !! FARHAN DIBELASAH OSTAJAH ABBY SEBELUM BERCERAI !!
Watak lemah lembut yang dilakonkan oleh Abby selepas menjadi Ostajah Politik rupanya sandiwara semata mata, apabila bekas suami Abby si pucuk muda Farhan mendedahkan bahawa si Abby mencederakan dirinya sebelum mereka bercerai..
Berita ini didedahkan dalam portal Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.
Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.
PANAS ! BILA 2 NEGERI UTARA DAN SELATAN BERGABUNG !! @MukhrizMahathir @khalednordin #JalinanKedah #KedahkeJohor
Kerajaan Kedah berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan Johor khususnya dalam pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan.
Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sektor perdagangan yang menumpukan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pelancongan dilihat berpotensi besar untuk ditinjau bagi memberi manfaat kepada rakyat.
"Kami mempunyai agenda untuk memperkenalkan produk Kedah ke Johor dan dalam masa yang sama membawa masuk produk Johor ke Kedah," katanya kepada pemberita selepas taklimat pembangunan 'Jalinan Transformasi' antara kerajaan Johor dan Kedah, di sini Selasa.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Rombongan kerajaan Kedah dalam lawatan dua hari ke negeri ini turut disertai 60 delegasi termasuk Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali, exco kerajaan dan ketua jabatan.
Tuesday, 10 June 2014
HOT INFO !! TIPS PENGUNAAN PETROL PADA KERETA ANDA
🔸Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki.
🔸Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.
🔸Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.
121 JEMAAH UMRAH TERKANDAS DISELAMATKAN
Sebanyak 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak lapan hari lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Flynas, petang Isnin.
Tinjauan Bernama mendapati kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.
Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.
JIJIK !! KILANG BIHUN CINA PALING KOTOR GUNA GAMBAR MASJID
Inilah bihun yang dikeluarkan oleh syarikat cina Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd.. Syarikat ini mengunakan gambar masjid dan logo halal sebagai tarikan agar umat Islam membeli tanpa was was..
Tetapi hakikatnya cara bihun ini di proses bukan cara Islam, sebaliknya dipersekitaran dan bahan bahan yang digunakan untuk memproses bihun ini sangat sangat jijik dan kotor..
Monday, 9 June 2014
PANASS !! UST KAZIM SANGGAH QARDAWI DAN DR MAZA KATA BABI BOLEH MAKAN ??
Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.
Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.
Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.
CADBURY !! BRUNEI KATA HALAL !! BILA LAGI PPIM & JMM NAK DEMO DEPAN ISTANA NURUL IMAN ??
Tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan, aku sarankan kepada Persatuan Penguna Islam Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia agar membuat satu laporan polis, bukan kepada polis Malaysia tetapi laporan kepada Interpol kerana tindakkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam Negara Brunei Darussalam mengeluarkan laporan bahawa Cadbury Bebas dari DNA babi..
Sebelum ini PPIM dan JMM menyalahkan pihak kerajaan berhubung kenyataan mengelirukan pengguna umat Islam di negara ini yang dibuat oleh KKM dan Jakim..
Sepatutnya NGO NGO ini perlu sabar dan menanti keputusan yang dibuat oleh kedua dua belah pihak.. Bukannya semberono menunjuk hero dalam kes ini..
Jika Negara jiran kita pun keluar kenyataan bahawa tiada kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury, adakah Ngo ngo ini akan meminta maaf secara terbuka kepada Jakim ??
Berbalik kepada artikel sebelum ini, PPIM bertindak menyerang sahabat blogger Double Y kerana mendedahkan ada unsur2 POW antara NGO dan PPIM.. Sama ada betul atau tidak aku tak pasti, tapi PPIM hingga sekarang tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh Double Y..
Sehingga jurucakap PPIM mengajak Double Y berjumpa di program yang dianjurkan oleh pihak lain, bukannya majlis anjuran PPIM sendiri.. Baca artikel sebelum ini di SINI
Sunday, 8 June 2014
PPIM VS YY !! BERANIKAH PPIM HERET @YuseriYusoff KE MAHKAMAH ?? #JAKIM #KKM
Nampaknya Isu Dna Babi dalam cokelat Cadbury kembali menjadi panas.. Panas bukannya disebabkan dna babi dalam cadbury tetapi ugutan dari pihak PPIM iaitu Persatuan Penguna Islam Malaysia..
Isu ini kembali menjadi panas ekoran tindakkan sahabat blogger saya, Double Y mendedahkan ada unsur unsur POW antara NGO dan pengeluar Cadbury..
Bila blogger Double Y muat naik status tentang perkara itu, beliau diserang oleh seorang individu yang mengaku dirinya aktivis PPIM..