Monday, 9 June 2014

PANASS !! UST KAZIM SANGGAH QARDAWI DAN DR MAZA KATA BABI BOLEH MAKAN ??




Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.



"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.








Dalam pada itu Dr MAZA juga menyokong fatwa Qardawi. Menurutnya Dr Maza, DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain.

“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya.
“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.

“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi

Apa yang dipandukan oleh Dr Yusuf Qardawi hanyala bersandarkan kepada 1 mazhab, lagi 4 mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

Jadi apa kata anda ??

4 comments:

  1. Apa pun tak usahlah kita mendekati makanan yang ragu2 statusnya. Sifat biologi dalam DNA babi tetap sama. Jadi, ijtihad saya DNA babi tetap haram walaupun diproses.

    Arak yang berubah menjadi cuka halal kerana sifat kimianya yang berubah?

    Ulama sekarang harus mengkaji apakah kerana sifat biologi dan sifat kimia memainkan peranan penting dalam penentuan halal dan haram.

    Sifat kimia yang masuk dalam badan akan menjadi sifat biologi dan biokimia, maka adakah sifat kimia yang berubah (cth:arak kpd cuka) halal yakni boleh berubah?

    Manakala, sifat biologi yang haram tetap haram? (cth:DNA babi dan najis yang digunakan utk dihidu sebagai gas? Tetapi jika najis digunakan utk menjana tenaga seperti biogas tidak haram kerana tidak berubah menjadi sifat biologi dan biokimia (dalam tubuh @ dimakan).

    Mungkin kerana itu anak luar nikah tidak boleh dibinkan dengan nama ayah biologinya yang tidak mengikat tali perkahwinan yang sah. (hasil zina dan mutaah). Luasnya Islam untuk dikaji.

    BAGAIMANAPUN SEMUA YANG HUKUM ASALNYA HALAL AKAN TIDAK HALAL APABILA TERDAPAT PELANGGARAN HUKUM2 ISLAM (terdapat dalam AQ dan Sunnah)

    Selamat mengkaji wahai ulama2 kesayangan... Anda pewaris Nabi... Ingat. Amar Makruf Nahi Mungkar

    ReplyDelete
  2. Pd aku dlm isu ni aku setuju dgn UKE dan TSHS berbanding MAZA dan YQ, haram babi tak jadi halal dgn kaedah istihala, bolehnya atas dasar darurat rukhsah dan terpaksa yg jadi satu kelonggaran bila tidak ada pilihan lain dan ianya sgt perlu ketika itu, dan yg dibolehkan itu pula adalah sekedar yg terpaksa sahaja, bukan sesuka kita.
    Namun begitu jika Majlis Fatwa Kebangsaan mengguna pakai pandangan MAZA dan YQ sbg pegangan rasmi aku akur atas dasar ketaatan kpd ulil amri, tp bg diri aku sendiri akan sentiasa mengelakkannya sedaya aku.
    WaAllahu'alam 1

    ReplyDelete
  3. Klu nak kata umum balwa' pulak, klu mmg dah tak boleh elak tu, apa nak buat ? Tp sedaya mungkin jauhkanlah selagi boleh, lg pun ikut kaedahnya klu was was tinggalkanlah.

    ReplyDelete
  4. SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada seorg. tokoh agama TULEN dan BERANI mcm. YB Ustaz Kazim!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda