Saturday, 15 March 2014

#COMEYFUN #PRKKAJANG #KAJANGMOVE LEBIH BERINTERGRITI DARI WAN JIJAH RATU AIR MATA




Bila cakap soal Intergriti dan tentu calon BN lebih menonjol berbanding Wan Jijah ratu air mata, kerana Chew Mei Fun telah membuktikan dirinya tak mahu terlibat dengan pemimpin yang mempunyai masalah skandal..

Prinsip Mei Fun, beliau tidak akan bersubahat dengan pemimpin yang terlibat dengan skandal.. Demi maruah, beliau melepaskan semua jawatan termasuk Timbalan Menteri pada tahun 2010..

PANASS !!! KALI KE 2 SI LEMAN MINYAK BELACAK SEBAR FITNAH !! @MAS SILA SAMAN !!!




APABILA sesuatu isu timbul, ramai pakar tidak bertauliah akan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Insiden kehilangan pesawat MH370 juga tidak terkecuali.

Semakin ramai ‘penganalisis, penyiasat dan pakar penerbangan’ tampil memberikan teori serta pendedahan maklumat yang tidak tepat malah mengelirukan. Tidak kurang juga ramai yang mahukan publisiti murahan.

Satu video yang diupload oleh Facebok Leman Raja Lawak kononnya mendedahkan propaganda yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan rakyat.

Video tersebut menunjukkan perjalanan radar pesawat MH370 yang dikatakan tidak terhempas seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh pihak berkuasa.

ALHAMDULILLAH KEDAH HUJAN LEBAT SETELAH 3 BULAN KEMARAU




Alhamdulillah, Negeri Kedah Daru Aman hari ini dihujani hujan rahmat setelah hampir 3 bulan kemarau melanda di Negeri Kedah..

Umum sedia maklum bahawa kerajaan negeri Kedah menganjurkan solat Istisqa dan solat hajat untuk penerbangan MH 370.

Dan hari ini dengan izin Allah SWT, hujan turun di seluruh negeri Kedah membasahi bumi Kedah..

UPDATE TERBARU #MH370 !! PM SAHKAN PESAWAT #MH370 PUSING KE ARAH BARAT !! #prayforMh370



Sebentar tadi PM Najib membuat sidang media mengenai pesawat MH370 yang kemungkinan dirampas.

PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370.

Katanya, ia berdasarkan kerja-kerja forensik oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia.

Mengulas mengenai laporan didakwa mengesahkan MH370 dirampas, Najib berkata beliau maklum dengan laporan media.

"Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib.

Berdasarkan perkembangan ini juga, siasatan kini ditumpukan semula ke atas anak kapal dan penumpang.

Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Operasi di Laut China Selatan dihentikan dan pihak berkuasa sedang menilai semula usaha untuk menugaskan semula aset yang digunakan untuk mencari dan menyelamat, katanya.

PM ADAKAN SIDANG MEDIA KHAS BERKENAAN #MH370 DI RAMPAS ??!




Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas,berkata demikian menurut Bernama.

seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

INFO !! ADAKAH SESEORANG MENERBANGKAN #MH370 KE DIEGO GRACIA ??




Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

#PRKKAJANG #KajangMove #ComeyFun !!! JANJI MEI FUN PADA PENDUDUK KAJANG !!




Ini janji Mei Fun kepada pengundi Kajang jika beliau diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat di Dun Kajang

1. Memperkenal dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah bandar kebudayaan

2. Menjadikan dirinya sebagai jambatan antara rakyat dan majlis perbandaran serta memantau dan memastikan perbandaran menyediakan segala jenis pembangunan infrastruktur untuk rakyat Kajang

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas di Kajang serta menjadikan pengangkutan MRT dibawah perancangan kerajaan pusat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kajang.

4. Menyelesaikan banjir kilat di Kajang

5. Menjadi penghubung antara rakyat dan PDRM bagi membanteras jenayah dan mengeratkan hubungan orang awam dengan PDRM.

Friday, 14 March 2014

VIDEO ZURAIDAH MAK LAMPIR MENGAKU DIA BERANAK ATAS LANTAI ??



Lihatlah betapa teruknya pemimpin PKR zuraidah maklampir kelahiran Singapura ini yang tak reti bersyukur bila dapat segala kemudahan di Malaysia termasuk menjadi Ahli Parlimen..


Dalam satu ceramah beliau di Kajang, Zuraidah dilihat menghina pihak hospital, Dr, jururawat serta ibu ibu yang bersalin di Hospital dengan mendakwa kaum ibu yang mahu bersalin dibiarkan bersalin di atas lantai hospital..

Benarkah dakwaan Zuraidah ?? Atau hanya dia seorang sahaja beranak atas lantai ?

KISAH PESAWAT AIR FRANCE 447 HILANG DI LAUTAN ATLANTIK #MH370 #PRAYFORMH370




Air France FLIGHT 447 adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris Perancis.Pesawat malang berkenaan dijumpai terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan meninggal dunia iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang.

Sisatan awal mendapati bahawa terdapat kesan Beku pada sensor pengawal kelajuan pada ruangan bawah kokpit menyebabkan bacaan laju udara yang salah dan bercelaru sehingga mengakibatkan kemalangan.

Pesawat Airbus A330-200 Air France itu berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-GaleĆ£o, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.Selepas radar Brazil gagal mengesan pesawat malang berkenaan,Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha.

BANGANG !!! DAH LEBIH 5 TAHUN PERINTAH TAK TUNAI JANJI MASIH NAK LANCAR MANIFESTO ?? #PRKKAJANG



Agaknya siapa la yang buat buat manifesto bodoh nie kan, Aku rasa ini mesti idea Rafizi.. Dalam PRK Kajang kali nie pun PKR masih berjanji nak selesai masalah kesesakkan trafik di Kajang.. Padahal dah masuk penggal ke dua PKR tadbir Negeri Selangor, waima Dun Kajang dan Parlimen Hulu Langat.

Tapi masih gagal selesaikan masalah kesesakkan trafik.Bahkan makin teruk sehingga beberapa kali Kajang di landa BANJIR lumpur paling buruk dalam sejarah..


Apa PKR buat sehingga masih gagal atasi masalah utama penduduk di Kajang ?? Kesesakkan bandar Kajang cukup tenat tatkala waktu puncak, iaitu pagi, tengah hari dan petang.. Malah boleh berlarutan sehingga malam..

Thursday, 13 March 2014

PANASS !! ANTARA CHEW MEI FUN DAN WAN JIJAH RATU AIR MATA, YANG MANA PENGUNDI #PRKKAJANG WAJIB PILIH !!! @NajibRazak




Siapa tak kenal Isteri kepada Raja Drama Malaysia iaitu Wan Azizah Wan Ismail yang dijulang oleh Anwar untuk mengantikannya sebagai calon PRK Kajang setelah Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari..

Pemilihan Wan Azizah di Kajang adalah atas kehendak Anwar yang mahu tarik simpati rakyat untuk mengundi PKR.. Wan Azizah diarahkan oleh Anwar untuk melakonkan drama air mata di sepanjang kempen PKR..

AYUH RAKYAT KEDAH SERTAI SOLAT ISTISQA & SOLAT HAJAT UNTUK #MH370 BERSAMA YAB @MukhrizMahathir


1. Dijemput semua ke Solat Istisqa (Memohon diturunkan hujan) bersama MB Kedah..

Jumaat - 14/3/2014.
11.00 pagi di Masjid Zahir Alor Setar.

2. Solat Jumaat bersama MB & selepas itu akan diadakan Solat Hajat untuk keselamatan penumpang & anak kapal MH370..

Anjuran: Kerajaan Negeri Kedah


INFO !! PERCAYA ATAU TIDAK TELEFON PENUMPANG #MH370 MASIH BERDERING ?? #PRAYFORMH370



Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.

Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.

Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.

INFO #MH370 !! SATELIT CHINA TEMUI OBJEK MISTERI DI LAUT CHINA SELATAN



Kerajaan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu, lapor CNN.

Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

PANASS !!! PERSAMAAN ANTARA RAJA BOMOH DAN BEKAS RAJA BEWAK TANGANI INSIDEN #MH370 !! #prayformh370




Sekor mengaku raja lawak, sekor lagi mengaku tok bomoh ahli nujum selebriti no 1 negara.. Pada aku kedua dua mangkaq ni memang tak tau nak hormat keluarga mangsa, selain memperlekehkan usaha kerajaan membantu mangsa..

Aku nak komen bab si leman raja bewak dulu, posting ni ditulis pada hari pertama kejadian kehilangan MH370, selepas dikritik oleh seluruh penguna media sosial, si raja bewak ni kata ini semua kerja cybertroopers UMNO, tapi yang peliknya si bewak ni memang tak pernah menyesal dengan perbuatan dia..

Wednesday, 12 March 2014

INFO !! BELUM TENTU PESAWAT MISTERI DI TELUK ANDAMAN MILIK #MH370 !! #PRAYFORMH370



"Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370,”

kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, mengenai kehadiran satu pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada pagi kehilangan pesawat MAS, Sabtu lalu.

Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.

TERKINI !!!! TIADA PESAWAT #MH370 DI PULAU PERAK !! #PRAYFORMH370



Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan membuat pengesahan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu lepas sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang petunjuk.

Kata beliau, laporan akhbar Berita Harian pada Selasa yang memetik kenyataannya itu telah tersalah lapor.

"Saya minta laporan itu dibetulkan bagi mengelak sebarang salah tafsir yang seterusnya tentang apa yang jelas tidak tepat dan salah lapor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Berita Harian melaporkan Rodzali berkata pada malam kejadian, pangkalan udara di Butterworth mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

#MH370 ! KALAU SI TUA @KHALIDSAMAD NI DEPAN AKU, DAH LAMA KENA BALING KASUT !!



Inilah perangai pembangkang, bodoh dan buta tuli tak bertempat.semua benda nak politik..Secanggih mana pun ciptaan manusia kalau Allah nak benda tu rosak, akan rosak jugak..

Dibwah adalah Ucapan khalid samad dalam satu ceramah di Kajang baru ni.

“Kapal terbang pun dah hilang, kapal terbang hilang pun tak tahu kat mana.. yang sepatutnya dipantau setiap saat semasa ianya berada di ruang udara Malaysia melalui sistem radar, melalui semua sistem yang canggih yang ada di darat dan di atas kapal terbang, tiba-tiba boleh hilang..,” kata beliau.

Tuesday, 11 March 2014

PANASS !!! PASUKAN PENYIASAT CHINA TUMPU KEPADA JURUTERBANG #MH370 !! #PRAYFORMH370




Sumber dalaman pasukan penyiasat China dalam kes kehilangan misteri MH370 memberitahu Mynewshub, pasukan itu turut memfokuskan penyiasatan mereka terhadap juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Fokus itu berikutan tindakan juruterbang berkenaan membina alat simulasi penerbangan sendiri di rumahnya.

“Apakah tujuan seorang kapten kapal yang sudah berpuluh tahun berkhidmat dan memiliki 18,000 jam lebih masa penerbangan mencipta alat simulasi sendiri di rumahnya?

“Apakah dia tidak puas lagi menaik dan menurunkan kapal terbang atau dia sedang berlatih untuk mendaratkan kapal di kawasan luar landasan sebenar, semua aspek itu perlu diambil kira” kata sumber itu dalam perbualan melalui telefon.

BERTEMU DI PRK BUKIT GELUGOR !! KARPAL HILANG KELAYAKKAN AHLI PARLIMEN



Dari segi teknikal Karpal Singh sudah gugur sebagai Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor.Ini setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengenakan denda RM 4,000 keatasnya kerana didapati bersalah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan APerak pada tahun 2009.

Apapun setakat ini beliau masih kekal sebagai seorang Ahli Parlimen kerana berhak membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi terhadap keputusan itu.

Ikut peraturan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika kena hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM4,000.

GAMBAR 2 SUSPEK PAKAI PASPORT PALSU !! #MH370 #PRAYFORMH370




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun.

Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan.

SEKADAR BERTANYA !! SIAPA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG JEMPUT BOMOH NIE ???



Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini.

JAWAPAN PAKAR !! HANYA 2 CARA UNTUK TEMUI #MH370 IAITU ....... #PRAYFORMH370




KITA ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370.

Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi CARI DAN MENYELAMAT (SAR) dan sebagainya.

Namun bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut.

#MH370 !! TEORI INI BANYAK MEMBUKA MATA SEMUA PIHAK !! ADAKAH CIA & MOSSAD DALANG SEMUA NI ?? #PRAYFORMH370



Aku tertarik dengan satu teori atau pandangan seseorang dibawah ini berlegar legar di laman FB (KLIK SINI ) dan whatapps group semalam, teori ini secara tak langsung membuka mata banyak pengunjung laman facebook tentang peranan pihak pihak kuasa besar didunia termasuk kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya..


1. MUQADDIMAH

Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.

Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)

Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)

TUMPAHAN MINYAK DI LAUT CHINA SELATAN BUKAN MILIK #MAS #MH370



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan beberapa tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan bukan minyak yang digunakan oleh pesawat MH370.

Ketua Penguatkuasaan APMM Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam sebaliknya berkata, minyak itu digunakan oleh tongkang, bukannya pesawat udara.

Katanya, ia berdasarkan hasil ujian yang dibuat Jabatan Kimia di Petaling Jaya yang diterima kira-kira jam 5 petang tadi. – Berita Harian

Monday, 10 March 2014

PANASS !!! CEBISAN YANG DIDAKWA SERPIHAN PINTU #MH370 HANYALAH "SEBATANG KAYU"




Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan penemuan pasukan mencari dan menyelamat Vietnam yang mengesan kemungkinan terjumpa objek berbentuk serpihan pintu pesawat di barat daya Pulau Tho Chu tidak benar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, objek tersebut adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun ikan.

"Kita sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam dan mereka sahkan tiada penemuan serpihan pesawat itu," katanya dalam sidang akhbar mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 di perairan Laut China Selatan awal pagi Sabtu lalu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KRONOLOGI TENTANG PESAWAT #MH370 YANG PERLU DIFAHAMI !! #PRAYFORMH370



1- Pusat Kawalan Terputus Komunikasi Dengan Pesawat

Pada jam 2.40 am, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) melaporkan kepada MAS MH370 hilang dari radar.

2.41am, Pusat Kawalan Udara Subang cuba menghubungi MH370, tetapi tiada signal dari 'transponder' dan 'Squawk Box'.

2.46am, ALERFA (Fasa Amaran/ Alert Phase) diaktifkan. Tiada signal kecemasan dari MH370.

SERPIHAN DI VIETNAM BUKAN MILIK PESAWAT #MAS #MH370 #PRAYFORMH370



Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100km di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.

"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

ADAKAH INI GAMBAR SERPIHAN PESAWAT #MH370 ?? #PRAYFORMH370




Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).

Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).

Sunday, 9 March 2014

KISAH #MH370 HAMPIR SAMA INSIDEN ADAM AIR DAN AIR FRANCE #PrayforMH370



Selain nahas Air France dari Rio De Jenario ke Paris yang menjunam ke dalam lautan Atlantik pada 1 Jun,2009...insiden hampir dengan Malaysia yang boleh jadi bahan renungan ketika menghadapi misteri MH370 ialah apa yang berlaku pada Adam Air pada 1 Januari 2007.

Adam Air ialah pesawat tambang murah terawal di Indonesia.Pada tarikh malang itu pesawat Boeing 737-400 yang membawa 96 penumpang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Manado.

Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi dalam cuaca buruk.

TERKINI DARI KLIA !! BERKEMUNGKINAN TOMPOKKAN MINYAK DI KAWASAN SELATAN VIETNAM MILIK PESAWAT #MH370 #PRAYFORMH370



Pemangku Menteri Pengangkutan Dato Seri Hishammuddin mengesahkan pihak Angkatan Tentera Udara Vietnam telah mengesan dua kesan tompokan minyak besar di kawasan selatan dalam sidang media sebentar tadi.. Pihak berkuasa Vietnam dalam perjalanan kesana untuk menyiasat sama ada tumpahan minyak di permukaan laut itu milik pesawat MH370 atau sebaliknya..

Semalam, Angkatan Tentera Udara Vietnam berjaya mengesan tumpahan minyak berkenaan dan petunjuk pertama bahawa pesawat MAS BERKEMUNGKINAN terhempas ke dalam laut setelah hilang dari radar.

TERKINI !!! MASIH TIADA PETUNJUK BARU UNTUK #MH370 SETAKAT PAGI INI #PRAYFORMH370




Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat MH370 masih gagal menemui sebarang petunjuk baharu sehingga pukul 9 pagi ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman berkata, laporan mengenai penemuan kesan dan jejak minyak di perairan Vietnam juga tidak disahkan.

Menurutnya, pihak berkuasa turut melakukan siasatan mengenai laporan bahawa terdapat penumpang yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki pesawat.UM

PANAS !! FAKTA TENTANG KEHILANGAN PESAWAT #MH370 YANG WAJIB KITA TAHU !!! #PrayforMH370




Sesetengah orang pandai cakap saja. Cakap memang senang, bagi pendapat pun senang. Hakikatnya kita kena faham dulu, baru boleh buat andaian atau tuduh yang bukan-bukan.

Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik

TIADA BANGKAI PESAWAT DI JUMPAI DI PERAIRAN VIETNAM #MH370 #PRAYFORMH370



Tentera Laut Vietnam telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan perkara ini, turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.

Apabila ditanya sekiranya juruterbang pesawat tersebut melaporkan masalah teknikal yang dialami oleh pesawat sebelum ia dikesan hilang, Najib berkata ia hanyalah satu spekulasi.

“Setakat ini semuanya hanya spekulasi. Kita tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi pada peringkat ini,” katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama Sama, KLIA hari ini.

KETIKA DS @NAJIB RAZAK BERSIMPATI TERHADAP MANGSA #MH370, NIZAR PULAK BUAT LAWAK BODOH !! #PrayforMH370



Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin diselar di jaringan media sosial Twitter kerana tuitnya yang dilihat memperolok-olokkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan Boeing 777 – MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Nizar berkata kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat itu beberapa jam selepas terputus hubungan sejak pukul 2.40 pagi Sabtu menunjukkan “Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam. Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna.”