Siapa tak kenal Isteri kepada Raja Drama Malaysia iaitu Wan Azizah Wan Ismail yang dijulang oleh Anwar untuk mengantikannya sebagai calon PRK Kajang setelah Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari..
Pemilihan Wan Azizah di Kajang adalah atas kehendak Anwar yang mahu tarik simpati rakyat untuk mengundi PKR.. Wan Azizah diarahkan oleh Anwar untuk melakonkan drama air mata di sepanjang kempen PKR..
Demi Suami Wan Azizah sanggup lakukan apa saja |
Bagi Anwar, air mata Wan Azizah masih laku untuk menutup kesalahan meliwatnya yang didapati bersalah 2 hari sebelum penamaan calon di Kajang..
Bagi rakyat pula, kemana saja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan bahawa beliau adalah proksi Anwar.
tolak Wan Azizah |
Dan kini sama seperti yang berlaku di Kajang, Pada mulanya Anwar menawarkan diri untuk bertanding di sini, selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful, Anwar mengunakan Wan Azizah sekali lagi untuk tagih air mata simpati..
Anwar di sebalik wan azizah |
Adakah ini politik matang PKR ?? Bukan.. PKR diwujudkan bukan untuk rakyat sebaliknya untuk menyelamatkan Anwar.. Dari Keadilan Nasional sehinggalah Keadilan Rakyat.. Fokusnya hanya untuk selamatkan Anwar..
Tidak seperti Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, beliau sebelum ini merupakan Senator Dewan Negara dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Pendirian beliau cukup tegas dalam parti MCA, apabila pada Pemilihan MCA 2010 beliau telah berikrar akan melepaskan jawatan jika Datuk Dr Chua Soi Lek yang tebabit dengan kontroversi rakaman video seks dipilih perwakilan sebagai presiden.
Kesudahannya Chua Soi Lek berjaya mempertahankan kerusi Presiden menewaskan calon lain Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Akhirnya Chew Mei Fun melepaskan semua jawatan tertinggi parti dan Timbalan Menteri atas dasar prisip dan ikrar yang dilafazkan.
Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini.
Chew Mei Fun juga terkenal dengan akitiviti kemasyarakatannya. Berpengalaman sebagai bekas Wartawan China Press, guru, peniaga dan atlet judo sukan SEA.. Chew Mei Fun merupakan calon serba boleh dan sepatutnya dipilih mewakili warga Kajang DUN N25.
Dari undi kafir baik Islam.
ReplyDeleteIslam yg dkuasai kafir,dr si kafir yg dkuasai islam?
Delete