Tuesday, 11 March 2014

BERTEMU DI PRK BUKIT GELUGOR !! KARPAL HILANG KELAYAKKAN AHLI PARLIMEN



Dari segi teknikal Karpal Singh sudah gugur sebagai Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor.Ini setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengenakan denda RM 4,000 keatasnya kerana didapati bersalah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan APerak pada tahun 2009.

Apapun setakat ini beliau masih kekal sebagai seorang Ahli Parlimen kerana berhak membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi terhadap keputusan itu.

Ikut peraturan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika kena hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM4,000.



Karpal membuat kesalahan itu semasa kehangatan isu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang selepas 11 bulan berkuasa kerana tiga ahli Dewan Undangan Negeri 'lompat'

Peguam terkenal ini didakwa pada 21 Februari 2009 ada berkata Sultan Perak boleh dikenakan tindakan kerana melucutkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Keputusan menghukumm Karpal itu dibuat oleh Hakim Azman Abdullah.

Karpal yang ditemui wartawan kemudian berkata beliau masih Ahli Parlimen dan kedudukannya hanya boleh diputuskan selepas selesai proses rayuan.-11/3/2014- Agenda Daily

2 comments:

  1. Lepas ni Parlimen Batu..kes Lahad Datu.lepas tu Pandan,Rafizi dengan kes BAFIAnya......kemuncaknya nanti Pmtg Pauh...fahamx aja,

    ReplyDelete
  2. Menang patut ..keadilan tercapai akhirnya. Dia org ingat kebal sangat.. SALAH TETAP SALAH. Yg lain2 tu tak sabar saya nak tunggu..

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda