Saturday, 8 March 2014

LUAHAN HATI PM @NAJIBRAZAK KEPADA MANGSA PENERBANGAN #MH370 #PRAYFORMH370



Selesai sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 di KLIA Sepang sebentar tadi. Saya telah mengumumkan bahawa ops mencari pesawat MH370 masih berterusan pada saat ini.

Dalam peringkat pertama ops mencari, kita memberi tumpuan di mana kawasan isyarat terakhir pesawat tersebut diterima, namun kita tidak dapat mengesan apa-apa setakat ini.

Oleh itu, setelah berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Menteri-menteri lain, ketua Tentera dan agensi-agensi kerajaan, kami telah bersetuju untuk memperluaskan kawasan pencarian. Untuk memenuhi tujuan ini, kita telah menambah bilangan aset yang dikerahkan kepada kawasaan mencari pesawat ini.

SENARAI NAMA MANGSA PENERBANGAN MAS #MH370




Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilapor hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam di Laut China Selatan pada 2.40 pagi.

Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.

Berikut adalah nama juruterbang dan anak kapal yang terlibat;

AZMIN LANCAR REFORMASI 2.0 !! HARAP @PDRMSIA AMBIL TINDAKKAN



Portal Malaysiakini melaporkan beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas tuduhan liwat dan dijatuhkan lima tahun penjara, para penyokongnya berhimpun di Kajang menggesa kejatuhan BN.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

KELUARGA MANGSA PENERBANGAN #MH370 AKAN DIBAWA KE SATU LOKASI DIRAHSIAKAN




Laporan berita awani sebentar tadi menyebut waris keluarga mangsa diminta hadir di KLIA pada pkul 6 petang dengan membawa pasport antarabangsa, dan menurut salah seorang waris keluarga mangsa, mereka akan dibawa ke suatu tempat yang dirahsiakan.. Adakah MAS sudah menjumpai pesawat #MH370 ??

Sama sama kita nantikan update seterusnya

ASTRO AWANI LAPOR PESAWAT #MAS370 TERHEMPAS DI LAUT CHINA SELATAN #prayformh370





Dalam pada itu YAB Perdana Menteri sudah mengarahkan agar "semua langkah yang boleh, diambil" bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang hari ini ketika dalam perjalanan dari sini ke Beijing.

"Doa dan ingatan saya untuk anggota keluarga penumpang penerbangan MH730. Saya sudah meminta agar semua langkah yang boleh, diambil," kata Najib menerusi Twitter.

Penerbangan MH730 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilapor hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam di Laut China Selatan pada 2.40 pagi.

Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi. - BERNAMA

USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT PESAWAT #MH370 DILANCARKAN #PRAYFORMH370



Pesawat MAS Dalam Penerbangan Ke Beijing Hilang, Usaha Mencari Dilancarkan

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan bagi menjejak pesawat Malaysia Airlines yang dilaporkan hilang hari ini semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di perairan Laut China Selatan, dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat itu.

HARAP MAKLUM !! PESAWAT #MH370 TIDAK MENDARAT DI NAMNING




Berita tentang pesawat MH 370 mendarat di Namning China tidak benar.. Ceo MAS menafikan khabar angin berkenaan..

BBC melaporakan pesawat malang MH370 hilang dari radar ketika melintasi ruangan udara Vietnam.. menurut sumber pihak berkuasa Vietnam ada melaporkan bahawa pesawat berkenaan mendarat di NamNing.Namun berita itu tidak benar sama sekali..

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

UPDATE TAK RASMI !!! PESAWAT MAS MH 370 SELAMAT MENDARAT DI NAM MING CHINA




Baru mendapat info tak rasmi sebentar tadi bahawa pesawat MAS MH 370 mendarat cemas di sebuah lapangan terbang kecil berdekatan Nam Ming China.

Sila ambil perhatian !! MAS belum lagi keluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal ini sebab masih menunggu pengesahan dari pihak berkuasa Udara di Beijing. Namun sebahagian besar maklumat ini datangnya dari kalangan orang yang ada direct contact dengan penumpang2 MH370 termasuk kapten pesawat berkenaan..



TERKINI !! PESAWAT MAS KE BEIJING HILANG



Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Friday, 7 March 2014

5 TAHUN ANWAR BAKAL MERINGKUK DI PENJARA




Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 thn oleh Mahkamah Rayuan slps didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

TERKINI !! AKHIRNYA ANWAR DIDAPATI BERSALAH MELIWAT SAIFUL



TERKINI Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kes liwat Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Mereka menerima rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaraya dalam kes tersebut.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Sebelum ini Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Hakim berkata pendakwaan mendapati hakim (Mahkamah Tinggi) membuat kesilapan dalam keputusannya.

PANASS !!!! DS @NAJIBRAZAK RELA DIKECAM ??




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara pendapatan tinggi.

Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia.

Najib berkata kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia.

#SELAWATPERDANA DAPAT SAMBUTAN MENGALAKKAN




Luar biasa sambutan yang diberikan umat Islam terhadap program 'Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bakal berlangsung pada 21 Mac 2014 bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Precint 1.


Sokongan ditunjukkan menerusi laman Facebook Selawat Perdana yang kini telah berjaya mengumpulkan lebih 100,000 likes sejak diwujudkan dua minggu yang lalu.

KDN HARAMKAN BUKU ULTRAMAN !! BUNYI MACAM LAWAK TAPI MEH TENGOK APA ADA DALAM NIE



Ramai yang terkejut bila berita KDN mengharamkan buku komik kegilaan kanak kanak ini berkuatkuasa 18fed lepas..

Ada juga berpendapat tindakkan KDN itu satu tindakkan bodoh.. Tapi selepas mendapat gambaran sebenar barulah kita tahu bahawa tindakkan yang dilakukan KDN adalah wajar..

Isi kandungan buku Ultraman sebenarnya mengandungi kalimah Allah yakni berkemungkinan boleh memudaratkan si pembaca..

Thursday, 6 March 2014

#PRKKAJANG !! TUN DAIM SIMPAN BERBILION RINGGIT DI BANK LUAR NEGARA ??



Baru baru ini dalam satu ceramah Anwar Ibrahim di Kajang, Anwar secara berterusan mendakwa Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Kewangan MENTERI KEWANGAN PALING KORUP DALAM SEJARAH
MALAYSIA.

Memetik kenyataan Anwar dalam keadilan daily, Tun Daim mengunakan Proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan..

BENARKAH SITI ZABEDAH A.K.A SITI KASSIM MURTAD ??



AIDCNews – 5/3/14 – Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

PEMBELI BLACK LIST DIBERI PELUANG MILIKI RUMAH PPR- @MukhrizMahathir



Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencari mekanisme terbaik bagi memberi peluang kepada individu disenarai hitam untuk memiliki rumah sendiri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kebiasaannya kebanyakan individu yang memohon untuk membeli rumah PPR gagal mendapat pinjamaninstitusi kewangan kerana telah disenarai hitam akibat tanggungan hutang.

"Ada (pembeli) yang mempunyai masalah kadang-kadang disenarai hitam CTOS (Credit Tip Off Service) atau CCRIS (Central Credit Reference Information System), jadi kedudukan kredit mereka tidak baik.

"Saya bagi pihak mereka merayu kepada KPKT supaya mempermudahkan urusan pasal kes pinjaman tersangkut ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PPR Dimiliki Peringkat Negeri di Kampung Naga dekat sini, Rabu.

Wednesday, 5 March 2014

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA INDIVIDU DALAM GAMBAR INI



Dengan rasa rendah diri admin mewakili rakan rakan penulis blog Medan Tempur Kedah inginn membuat permohonan maaf secara terbuka kepada individu individu terlibat dalam gambar ini seperti mana yang ditulis oleh penulis blog MTK dimana gambar ini diambil dalam sebuah gereja..

Gambar ini dikeluarkan oleh individu dalam sebuah Facebook Page Sokong haramkan Dap pada tahun 2012 klik sini.. Tapi malangnya individu berkenaan sudah menarik balik gambar bekenaan dari page FB tersebut..

GILIRAN KHALID PULA BANTAI RAFIZI LEMBU !!



Tak tahan kena serang kiri-kanan...Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Antaranya, Khalid menyifatkan tuduhan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa harga air akan naik dan memorandum persefahaman (MoU) yang diikat dengan Putrajaya tidak sah adalah tidak lebih daripada "andaian" semata-mata.

Khalid berkata beliau akan terus memberikan penjelaskan kepada pihak berkenaan daripada semasa ke semasa mengenai MoU berkenaan yang dimeterai pada minggu lalu untuk penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan loji rawatan Langat 2.

Tuesday, 4 March 2014

REBUTLAH PELUANG MEMILIKI RUMAH #PR1MA !! #PR1MAHOMES



Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500.

Perumahan mampu milik ini merupakan produk yang boleh memberi manfaat kepada rakyat selaras dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan bertemakan 'menjadikan impian rakyat satu kenyataan'.

ANGGOTA PDRM MAUT DISERANG PENJENAYAH INDON !!




Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis.

JENERAL PERANG BMS @Ibdil TERLIBAT DALAM PENGANUGERAHAN KEPADA MALAYSIAKINI ??



Isu Zahid Hamidi diperangkap dan dimalukan kerana menyampaikan anugerah Kecemerlangan Media Sosial kepada Mkini baru2 ini masih hangat diperkatakan.

Saya percaya ramai yang dah mula menerima kemungkinan Zahid diperangkap, atau dengan katalain beliau tidak tahu yang beliau akan naik kepentas dan menjadi tetamu kehormat yang bakal memberikan anugerah kepada portal yang tidak berapa lama dulu dikecam nya.

Saya baru terbaca satu pendedahan menarik yang mungkin saja bakal menambah satu lagi angle baaiiik punyer pada sesetengah orang.

Penganjur majlis anugerah itu adalah Malaysian Social Media Chambers. Semakan di laman MSMC, anda akan jumpa page ini -

AHLI POLITIK SEORANG JANDA KETUA SAYAP PARTI DI TANGKAP KHALWAT ?!!


hiasan

Inilah padahnya bila nafsu melebihi segalanya.. Kerana nafsu juga, tak kenal jawatan dan pangkat.. Itulah yang berlaku kepada seorang mak janda ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berumur 47 tahun..

Menurut laporan Mstar Online, janda berkenaan merupakan seorang ahli politik yang memegang jawatan ketua sayap sebuah parti.. Teringat pulak kisah ostat badrulamin dulu ketika ditangkap khalwat di Pahang.. Tak tahu apa kesudahan kes tu..

Monday, 3 March 2014

SAYA MAAFKAN SAUDARA YEW - DS ROSMAH MANSOR



"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mengharapkan agar saya diserang sakit jantung (sudden death) dan segera menemui ajal (journey to the "west"). Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan & kebahagiaan agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam" - Rosmah Mansor

Itu pesanan yang dikirimkan oleh seorang sahabat melalui wassap sebentar tadi, sebelum ini DS Rosmah diserang dan didoakan cepat menemui ajal oleh cina DAP super rasis Hew Kuan Yau Ketua Publisiti dan Penerangan DAP Kebangsaan selepas melihat video ucapan DS Rosmah yang dikeluarkan Malaysiakini.

Hew Kuan Yew seorang pemimpin besar Dap, berkelakuan ekstrem dan anti Melayu Islam dimana sebelum ini si cina dap ini kerap menghina pemimpin pemimpin Umno termasuk Ds Najib..

PANASSS !!! PDRM MASIH BERLEMBUT BIARPUN DILABEL SEBAGAI BABI ?? @Zahid_Hamidi


Biarpun dilabel dengan pelbagai tomahan dan cacian oleh bangsat cina Dap, namun PDRM tetap berlembut mahu menarik penyertaan kaum cina menyertai PDRM

Sehingga PDRM sanggup memberi beberapa keistimewaan terhadap kaum cina seperti lebihan gaji, minimakan syarat kemasukan seperti hanya lulus bahasa Melayu dan tempoh latihan dari 9 bulan ke 6 bulan sahaja..

Tawaran ini khusus untuk kaum cina sahaja.berbanding lain lain kaum di Malaysia khususnya Melayu..

Persoalannya kenapa PDRM sangat berlembut dengan mereka? Pasukan PDRM sering kali dilabel sebagai "Polis Raja Di Malaysia" kerana ketegasan pasukan menjaga keharmonian negara.Namun aku agak terkilan dengan sikap pengurusan tertinggi PDRM memberi syarat istimewa kepada mereka jika mahu menyertai PDRM sebaliknya tidak kepada bangsa lain..

RUMAH #PR1MA !! APA KATA PEMUDA UMNO KEDAH ??



Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai pemilikan rumah PRIMA Negeri Kedah

Pemuda UMNO Kedah menyambut baik dan menyanjung tinggi pembinaan 20,000 unit rumah PRIMA di negeri Kedah yg dilihat mampu menyelesaikan permasalahan pemilikan rumah dikalangan rakyat yg kurang berkemampuan. Namun begitu Pemuda UMNO Kedah melihat ada beberapa penambahbaikan yg perlu dilakukan demi memberi pulangan "leverage" politik kpd orang Melayu dan orang muda khasnya. Diantara cadangan2 yg ingin Pemuda UMNO ketengahkan adalah :

1) Pemuda UMNO Kedah ingin melahirkan kebimbangan thdp proses pinjaman dan pembiayaan utk pemilikan rumah PRIMA ini yg diuruskan oleh bank2 komersial yg dilihat akan mengenakan pelbagai sekatan dan prosedur kpd peminjam. Status pemohon kali pertama terutamanya orang2 muda yg ada rekod CCRIS dan CITOS akan menyukarkan proses kelulusan permohonan. Oleh yg demikian Pemuda UMNO ingin mencadangkan agar PRIMA sendiri mewujudkan sayap kewangannya sendiri bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman khasnya utk pemohon orang muda.

2) Mewujudkan kuota kaum - Pemuda UMNO percaya PRIMA masih perlu mewujudkan kuota tetap bumiputera sebanyak 30% bagi mengimbangkan proses urbanisasi akibat pembinaan rumah PRIMA dikwsn tertentu. Pemuda UMNO bimbang sekiranya tiada kuota, akan berlakunya ketidakseimbangan geopolitik dibeberapa kwsn khasnya kawasan bandar dan pinggir bandar.

Sunday, 2 March 2014

#PR1MA !! MENJADIKAN IMPIAN RAKYAT SATU IMPIAN !! #PR1MAHOMES




Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited menunaikan janjinya menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat dengan melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) peringkat Kedah di Bandar Utama di sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perumahan mampu milik merupakan produk yang boleh memberi manfaat kepada rakyat selaras dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"Untuk Kedah sahaja, melalui PRIMA, sebanyak 13,000 unit diluluskan di enam daerah setakat ini. Hanya 7,000 unit lagi sedang dicari untuk melengkapkan jumlah 20,000 unit rumah PR1MA di Kedah (bagi 12 daerah). Hari ini, kita lancarkan projek 2,700 unit rumah.

STATUS FACEOOK PETANDA AJAL




"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."

"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”

Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.