Sunday, 2 March 2014
STATUS FACEOOK PETANDA AJAL
"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."
"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”
Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.
“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.
Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja.
Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.
Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.
Status Facebook tentang kematian
Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian.
Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.
Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.
Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.
Keluar makan bersama
Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani.
“Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya.
Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja.
“Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.-SINARONLINE
Abg aku 3-4 bulan sebelum meninggal, siap bagi tau, dia kata, aku rasa mcm nak mati la. Dan dia kata, kalau Tuhan nak matikan dia, dia tak mintak dipanjangkan umur. Aku pulak joke kan aje, aku kata, engko rasa nak mati pun mati, engko tak rasa nak mati pun akan mati jugak. Mati ni pasti cuma masanya aje bila kita tak tahu, yg penting mati yg baik husnul khatimah. Rupa betul, lepas 3-4 bulan dia cakap gitu, balik haji seminggu, sakit seminggu dia pun meninggal, Alhamdulillah dpt hari Jumaat. Abg aku sorg ni mmg kamceng sikit ngan aku dr adek beradek lain, tp biasala, gaduh gaduh sikit sikit tu adala.
ReplyDeleteAnyway, mati bukan la perpisahan selama lamanya, jika diizinkan Allah swt bakal bertemu lg di Mahsyar dan kemudian mudah mudahan insyaAllah di Syurga nanti. Tp bhgn tak mintak pnjg umur tu aku tak setuju, sbb bg aku bila pnjg umur lg bnyk jasa dan kebaikan boleh kita buat, dan lbh pnjg pula masa utk minta ampun dan taubat. Dan lg pemerhatian aku, org klu sampai usia tua ni, walau dulu muda muda nakal, dah tua baik pulak.
Assalam, I have 5 brothers and 3 sisters, but this one brother was quite close to me when he was no more in good terms with our eldest brother. We used t hangout and talk about the family for hours and talk about each character almost everytime when we hang out. This ONe brother was not a healthy brother, he had SIX sickness, but he always smile and laugh when we met, and he was often admitted to hopital and was very friendly with staff there. and that was in the Hospital Sungai Petani. And after several occasions in the Hospital Sungai Petani , he finally had the chance to be admitted to HSAH Hosdpital Sultan Abdul Halim. And he never passed any remarks when he was admitted to HSP, but at this HSAH, he said," well bro, I believe this will be my last stay at the hospital.". And I took it as a normal joke as we used to joke around too when we hanged out. And true enough after 3 days stay at HSAH, he stayed the last stay at the hospital. AND my bro was put to rest at Tanah Perkuburan Islam Taman Kelisa and was the TWELVETH resident then. TQ
ReplyDelete