Friday, 7 March 2014

TERKINI !! AKHIRNYA ANWAR DIDAPATI BERSALAH MELIWAT SAIFUL



TERKINI Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kes liwat Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Mereka menerima rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaraya dalam kes tersebut.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Sebelum ini Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Hakim berkata pendakwaan mendapati hakim (Mahkamah Tinggi) membuat kesilapan dalam keputusannya.



“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.

Agenda daily

2 comments:

  1. DIA TAKAN MENGAKU. MESTI INGAT LEPAS NI DAI AKAN BUAT SESUATU UNTUK MEMASTIKAN NAFSUNYA AKAN TERCAPAI.

    ReplyDelete
  2. laknat si kunyit , mampus lah kau, allah akan mengadilnya atas peniayaian diri di buat nya sendiri. mampus lah kunyit porak peranda negara. dah bosan perangai laknatnya.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda