Saturday, 11 January 2014
KPN @KBAB51 SETUJU ISA DIKEMBALIKAN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan semula bagi memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan negara.
Beliau menyokong jika kerajaan ada cadangan untuk mengembalikan undang-undang itu yang dilihat sesuai digunakan pada keadaan tertentu.
“Saya penguat kuasa undang-undang dan apa sahaja undang-undang yang diluluskan di Parlimen untuk buat negara selamat, saya akan sokong dan PDRM akan kuatkuasakan bagi memastikan negara kita aman dan damai,” katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
Friday, 10 January 2014
SALAM JILAT TANGAN PM PUN BELUM TENTU TAK BOLEH DI PECAT
Semalam tersebar satu berita di laman FB tentang perletakkan jawatan secara sukarela seorang menteri iaitu menteri KPDNKK atau nama ringkasnya menteri ayam.
YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK yang telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menurut sumber terdekat keluarga D.S. Hassan Malek, perletakkan secara sukarela ini ekoran kerelaan beliau yang telah melihat menjadi Liabiliti kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam mentadbir Negara. Satu pengumuman akan di buat oleh D.S. Hassan Malek waktu terdekat ini.
LAWAK PAGI JUMAAT !! JENIS JENIS ORANG GILA JAWATAN DI MALAYSIA
Inilah jenis jenis orang gila jawatan terdapat di Malaysia. Ada yang nak jadi tuhan, ada yang nak jadi wakil kerajaan langit, ada yang nak jadi rasul, ada yang nak jadi YDP Agong, ada yang nak jadi Sultan dan ada juga yang tak habis habis berangan nak jadi PM.. memang berdengung betui puak ni
Thursday, 9 January 2014
PEGAWAI KHAS MENTERI KAKI PROJEK KENA TAHAN SPRM
Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan wang sogokan berkaitan pemberian tender.
Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pegawai khas tersebut dan seorang ahli perniagaan selama empat hari bermula hari ini.
JAWAPAN ARKITEK PUTRAJAYA TENTANG CADANGAN BUKA HRC
1. Saya berterimakasih kerana interpretasi yang sering dibuat berkenaan pemikiran saya. Tetapi kadang-kadang interpretasi berbeza dari pemikiran saya yang sebenar.
2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuah Bandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan ini.
3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris.
4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris.
Wednesday, 8 January 2014
MB KEDAH JAWAB TUDUHAN KERETA MERCEDEZ BENZ S300 @MukhrizMahathir
1. Menteri Besar, Dato’ Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir:
“ Yang pertamanya kenyataan saya sebelum ini bersifat penjelasan. Ianya bukan penafian. Dan saya nyatakan hari itu bahawa yang pertamanya, kenderaan yang saya gunakan di Kedah ini adalah kenderaan yang telah dibeli di zaman Almarhum Ustaz Azizan dahulu. Yang keduanya, kenderaan yang saya pakai di Kuala Lumpur adalah sebenarnya kenderaan peribadi saya yang telah saya beli, mungkin tiga tahun yang lepas, kalau tak silap. Nombornya G1M 6. Plet nombonya. Tetapi oleh kerana ianya saya juga untuk urusan rasmi, itu sebabnya saya letak nama Menteri Besar di situ. Mudahlah urusan rasmi itu. Saya baru dimaklumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan bahawa pihak PKNK ada membeli kenderaan Mercedes Benz S300, menggunakan nombor yang lama iaitu KBV 8 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong di Pulau Langkawi. Jadi mungkin itulah menyebabkan salah faham itu timbul tetapi bukan untuk kegunaan Menteri Besar. Untuk kegunaan Agong di Langkawi. Kenderaan itu ditempatkan di Pulau Langkawi. ”
SYARIKAT KONSULTAN DIBAYAR BERJUTA JUTA UNTUK JAGA TWITTER PEMANDU KENA BUANG SERTA MERTA
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri menamatkan kontrak syarikat perhubungan awam Edelman dengan pihak itu berkuat-kuasa dalam tempoh sebulan bermula semalam berikutan kesilapan memuat naik Tweet yang menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Bekas Perdana Menteri.
Sumber memberitahu Mynewshub, surat mengenai penamatan kontrak berkenaan dikeluarkan PEMANDU berikutan terlalu banyak aduan diterima dari pelbagai pihak yang tidak dapat menerima cara kerja bodoh yang dipertontonkan oleh Edelman.
Edelman adalah syarikat yang mengaku diri mereka sebagai firma perhubungan awam (PR) terbesar di dunia.
Tuesday, 7 January 2014
AKHBAR SIAR IKLAN PROMOSI ARAK MINUMAN KESUKAAN RAKYAT MALAYSIA ??
Aku tertanya tanya sejak bila arak menjadi salah satu kegemaran rakyat malaysia?
Kalau dilihat pada iklan di atas ianya mengambarkan bahawa seluruh rakyat Malaysia termasuk umat Islam suka minuman keras..
KERAJAAN KEDAH PERTIMBANG GUNA SEMULA PROTON PERDANA
Kedah bakal mengikut langkah kerajaan pusat apabila bercadang menukar kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan exco kepada Proton Perdana yang baharu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kereta itu bakal menggantikan kereta rasmi sedia ada, iaitu Toyota Camry, yang dibeli pada 2010 oleh kerajaan terdahulu.
“Kita sedang nantikan maklumat terperinci berhubung kelebihan menggunakan Proton Perdana baharu daripada pihak Proton.
PANASS !! MUKHRIZ BELI KERETA BARU LAGI ??
Lepas Guan Eng beli kereta Merc baru, kini timbul pulak cerita MB Kedah Dato Paduka Mukhriz Mahathir beli kereta baru untuk kegunaan rasmi beliau.. Semalam aku dah tulis pasal isu kereta ni kat SINI ,
Kali ni aku nak tulis jawapan MB sendiri pasal isu yang pembangkang fitnah beliau. Kerajaan Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baru sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.
Dr ASRI A.K.A MAZA FITNAH NAJIB TAPI BUDAK SURUHAN [ ADMIN ] MINTA MAAF ??
Dr Maza bekas mufti negeri Perlis telah menarik balik kenyataannya di laman media sosial semalam.
Selepas memfitnah dan memuat naik gambar ruangan pesawat mewah yang di ambil di laman google, digambarkannya sebagai ruangan dalaman pesawat yang digunakan oleh pemimpin kerajaan sehingga memberi tangapan negatif kepada rakyat..
Monday, 6 January 2014
APA NAK JADI DENGAN ANAK PEREMPUAN TUN M SORANG NI??
ANAK kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir semalam membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat.
Sinar Harian dalam laman webnya hari ini menulis artikel bertajuk “Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam” memetik kenyataan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
PANASS !! PEMANDU KATA @NAJIBRAZAK BEKAS PERDANA MENTERI ?!
Apa lagi nak cakap pasal pemandu? Tercabut butang keyboard pun najib bukan peduli kan.? Biarlah pemandu nak cakap najib ni bekas PM ke Next PM ke sebab najib jenis tak kisah pun..
APA REAKSI MENTERI AYAM BILA SEMUA HARGA BARANG NAIK SERENTAK???
Selepas kita menyaksikan kenaikkan beberapa harga barangan dan perkhidmatan dimana dijanjikan pak menteri tidak membebankan penguna, kini harga keperluan harian pula naik secara mendadak berkali ganda.
Harga barangan keperluan seperti ikan, sayur, ayam, daging dan ais kiub naik mendadak sekali ganda, harga ikan kembong sudah mencecah RM 16 begitu juga beberapa lagi barang keperluan.
Apa tindakkan menteri ayam dalam soal ini? Kata ada penguatkuasa KPDNKK memantau kenaikkan harga barang, tapi kalau sekadar pantau tanpa sebarang tindakkan tak guna.
Aku harap menteri Ayam tak keluar statment suruh makan ikan sardin dalam tin sudahlah
Sunday, 5 January 2014
APA PERASAAN ANDA JIKA WANITA INI ISTERI, IBU ANDA ATAU AHLI KELUARGA
Apa perasaan anda jika wanita mengandung yang duduk bersila ini adalah isteri, ibu atau saudara mara anda?
Kaum mata sepet memang tak ada sifat kemanusiaan pun siap buat muka bodoh pulak tu..
Yang depa tau berebut nak duduk kalau ada tempat kosong walaupun tempat tu khas untuk ibu mengandung atau yg ada anak kecil
@TansriAseh JANGAN JADI PELACUR PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal
Putrajaya merupakan sebuah bandar moden dimana terletaknya Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Ianya adalah lambang tamadun Islam di Asia Tengara.
Senibina bangunan bangunan di Putrajaya bercirikan Islam ini adalah idea dari Mantan Perdana Menteri ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad.
Penduduk di kawasan Jantung Malaysia ini majoritinya umat Islam.