Thursday, 9 January 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI KAKI PROJEK KENA TAHAN SPRM



Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan wang sogokan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pegawai khas tersebut dan seorang ahli perniagaan selama empat hari bermula hari ini.



Seorang lagi yang berjawatan setiausaha direman tiga hari. Ketiga-tiganya direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. - UTUSAN


MTK
Dah dapat kerja dengan menteri tu buatlah elok elok jangan busukkan nama majikan dan parti je. Kalau niat nak jadi pegawai khas semata mata nak kumpul harta baik tak payah..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda