Wednesday, 8 January 2014

MB KEDAH JAWAB TUDUHAN KERETA MERCEDEZ BENZ S300 @MukhrizMahathir




1. Menteri Besar, Dato’ Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir:

“ Yang pertamanya kenyataan saya sebelum ini bersifat penjelasan. Ianya bukan penafian. Dan saya nyatakan hari itu bahawa yang pertamanya, kenderaan yang saya gunakan di Kedah ini adalah kenderaan yang telah dibeli di zaman Almarhum Ustaz Azizan dahulu. Yang keduanya, kenderaan yang saya pakai di Kuala Lumpur adalah sebenarnya kenderaan peribadi saya yang telah saya beli, mungkin tiga tahun yang lepas, kalau tak silap. Nombornya G1M 6. Plet nombonya. Tetapi oleh kerana ianya saya juga untuk urusan rasmi, itu sebabnya saya letak nama Menteri Besar di situ. Mudahlah urusan rasmi itu. Saya baru dimaklumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan bahawa pihak PKNK ada membeli kenderaan Mercedes Benz S300, menggunakan nombor yang lama iaitu KBV 8 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong di Pulau Langkawi. Jadi mungkin itulah menyebabkan salah faham itu timbul tetapi bukan untuk kegunaan Menteri Besar. Untuk kegunaan Agong di Langkawi. Kenderaan itu ditempatkan di Pulau Langkawi. ”




2. Penjelasan tambahan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wira Hj. Mohd Puat Haji Mohd Ali pada sidang media sama:

“ Berlaku silap faham itu apabila kita mendapatkan peruntukan daripada PKNK, kita beli S300 tu. Pegawai di pejabat saya menyangkakan Dato’ Paduka yang nak pakai kereta tu. That’s why they put the plate Menteri Besar. Ada confusion. Sebenarnya, Dato’ Paduka masih pakai kereta KCX 8. KBV 8 itu, sebab nombor yang cantik. Kita retained, kita akan bawa ke Langkawi. Kereta yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Pemangku dah tua, model tahun 90an, selalu rosak. Kita beli kereta itu dan dalam proses untuk dibawa ke Langkawi. “


3. Tambah Dato’ Paduka Menteri Besar:

“ Saya ingin sarankan kalau lah kawan-kawan kita di sebelah sana begitu prihatin soal pengangkutan diri saya, terima kasih banyak-banyak lah. Tetapi pada saya, isu-isu macam Kalimah Allah ni jauh lebih penting. Kalau boleh mereka turut menjuarai isu itu berbanding dengan kenderaan Menteri Besar. Itu tak berapa penting. “

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda