Tuesday 29 April 2014

TOK MIE MANTAN KB JERAI & SHAHANIM DILANTIK SENATOR



Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof dan bekas Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dipilih sebagai ahli Dewan Negara berkuat kuasa 21 Mei ini.

Pemilihan mereka dicadangkan kerajaan negeri Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman yang berlangsung semalam.

Pelantikan Shahanim dan Mohd Suhaimi untuk menggantikan dua Ahli Dewan Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 21 Mei ini iaitu Saiful Izham Ramli dan Mohd Yusuf Hussin.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda