Monday, 28 April 2014
"BLACKOUT" PUNCA KIRA UNDI DALAM HOTEL- PKR
Jika selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu kira undi termasuk dakwaan kononnya berlaku ‘blackout’ di beberapa kawasan ketika proses kira undi PRU13 lalu.
Kini ‘paku buah keras’ sudah kena pada diri sendiri.
Entah disengajakan atau tidak… tapi kejadian ‘blackout’ itu benar-benar berlaku.
Ini berikutan pengakuan Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak lalu mencetuskan kekecohan.
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan.
Ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pedalaman, tiada lokasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel bajet berkenaan.
“Sehabis waktu pilihan raya, petugas dan wakil daripada calon bawa undian ke dalam bilik untuk pengiraan, dan ketika itu tiba-tiba terputus bekalan elektrik,” kata Johari pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini.
Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dua wakil calon pergi ke bilik berkenaan dan mendapati kertas undi berselerakan.
“Ketika mereka sedang buka tong undi dan mengira, kebetulan bekalan elektrik terputus.
“Terdapat dua calon majlis pemilihan pusat yang datang untuk memastikan pengiraan, tetapi mereka terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu bilik dibuka,” katanya, dan menambah, insiden itu kemudiannya mencetuskan kekecohan.
“Mereka ambil gambar kertas undi berselerakan, lalu mereka mendakwa wujudnya unsur penipuan,” katanya.
Johari bagaimanapun berkata pihaknya akan melakukan penyiasatan segera berhubung perkara itu.
“Saya akan menyiasat perkara ini. Selepas ini saya terus ke Batang Sadong,” katanya. – Agendadaily.com
Bukan psl 'Blackout' tapi si geng PKRSODOM mengundi sambil meraikan pesta 'orgy'-SODOM kat bilik hotel tu! Kan mereka ni PENJILAT undg-undg SAMPAH si KAPIR Barat-ZIONIS termasuk undg-undg UN di bawah falsafah "demokrasi-hak-asasi" mereka!
ReplyDeleteMakcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).